30 September 2011

PAS mahu impak 'lebih kuat' di Pulau Pinang

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Tidak ramai yang sedar bahawa PAS bermula di Pulau Pinang, - dan kerana itu, parti Islam itu memilih Kepala Batas untuk menyambut ulangtahunnya ke-60, kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa.

Katanya, majlis itu adalah "bersejarah" kerana parti tersebut berhasrat memberi impak lebih besar di negeri tersebut, walaupun ia kini hanya mempunyai dua kerusi - satu kerusi parlimen dan satu kerusi negeri, Permatang Pasir.

Beliau bagaimanapun tidak komited sama ada parti itu akan bertanding lebih banyak kerusi di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang, yang boleh diadakan seawal November atau tahun depan.

Mujahid (kanan) yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, kongres tersebut akan memberi tumpuan kepada isu dan cabaran yang dihadapi parti itu selama ini ketika ia berdepan dengan usaha "penjenamaan semula" supaya boleh diterima semua rakyat Malaysia.

"Adalah penting rakyat Pulau Pinang tahu sejarah PAS dan bagaimana parti itu bermula di negeri ini," katanya kepada Malaysiakini, ketika ditemui di Seberang Perai, malam tadi.

Sepanjang termpoh tersebut, tambahnya, PAS menjadi lebih kuat, tidak seperti parti-parti politik lain yang akhirnya lenyap, tetapi PAS berjaya berkembang dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: