20 November 2011

Najib pulang dari menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19

24 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SUBANG 20 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pulang hari ini dari menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 dan berkaitan selama tiga hari di Bali, Indonesia.

Pesawat khas yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di malam tadi.

Sidang kemuncak itu juga dihadiri Rakan Dialog ASEAN, Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). – Bernama

Tiada ulasan: