24 Disember 2011

Saya tarik balik kritik Negara Berkebajikan - Hasan Ali

28 Muharram 1433H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.

Ekoran itu juga, beliau yang juga exco kerajaan Selangor pada satu sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti.

“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

“Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama.

Sehubungan itu beliau menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Mengakui ulasannya sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah menubuhkan sebuah negara Islam.

“Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

“Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan,” katanya.

Sementara itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut mengaitkan dirinya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan merana

Terlajak memandu boleh gostan balik
Terlajak kata "lu blah laa bhai"
~Gunting dlm lipatan, api dlm sekam, buek apo layie nk disimpan!

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Dr. Hassan.

Macam ni lah pemimpin Islam berani mengaku kesilapan, semoga kita sama2 memaafkan beliau dan semoga beliau terus istiqamah bersama pas pertahankan Selangor serta mara ke PUTRAJAYA. Kepada semua pemimpin pas selangor saya menyeru satu perjumpaan silaturahim diadakam segera, buang yang keroh ambil yg jernih.Kalau tuan puan tak dapat lakukan ini macam mana kami ahli dibawah nak ikut, cakap dalam
forum,ceramah,dan sebagainya supaya kita mesti ada dlm jemaah, tapi
pemimpin bercakaran,mudah kecil hati,patah semangat, suka buat kenyataan kepada media berkaitan parti pd media musuh, tuan2 semua berkelulusan tinggi, ada PHD,Ir,Dr dan lain, tapi bila bertelagah sampai rosak parti baru ngaku silap, jangan lah macam tu. Susun semula kekuatan jemaah sebelum buat apa2 kenyataan maklum pada pimpinan tertinggi atau dapat pandangan mereka. Kami melihat Bang Mat Sabu,Datuk Mahfuz,Dr Hatta,dan lain2,antara pemimpin yang tahan di uji, kena ISA,naik turun mahkamah biasa, keluar masuk lokap biasa, kena gari biasa, kalah pertandingan biasa,tapi tak bernah putus asa jauh sekali berkecil hati, suara dan aura terus berapi, sentiasa menjuarai apa2 isu dan kedepan,Kami dibawah dok perati benda ni, ini lah yang meletakan Bang Mat di di mana dia dok la ni.

Maaf sekiranya komen saya agak sediki kasar -

Man Langkawi.

Tanpa Nama berkata...

Dato Dr Hasan, tahniah lah kalau sudah memohon maaf, Dato dapat jadi EXCO pun kerna PAS dan PR. Dato kena akur akan perkara ini apa guna kritik PAS, tak kan Dato nak sama macam Ibrahim Ali, PAS tolong dia dapat jadi MP Pasir Mas dia lawan taukeh.
Bagi pimpinan PAS yang lain harap maafkan Dato Dr Hasan Ali, jika ia benar-benar akui keterlanjuran kata. PAS dah pernah berkerjasama dengan BN, dengan Angkatan Perpaduan Ummah dan kini PR ini namanya strategi Politik....Dasar ISlam tetap No 1....

rasid68 berkata...

PRU 13 sudah hampir, ketika ini adalah waktu untuk merapatkan saf kepimpinan jangan ada pertingkahan kecil yang boleh merosakkan parti.
BN memang sedang berusaha keras untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat, mereka mahu memonopoli politik negara. Ingat rakyat Malaysia apabila sesuatu syarikat/firma yang memonopoli sesuatu produk / perkhidmatan kita tidak akan mendapat produk / perkhidmatan yang berkualiti dan murah. Begitu juga dalam hal politik jangan biarkan BN memonopoli sistem politik negara, rosak negara. Sistem 2 parti yang kuat di Malaysia sudah hampir berjaya, jangan biarkan BN meruntuhkannya. Biarkan BN dn PR bersaing dalam persada politik negara, supaya kita mendapat perkhidmatan yang terbaik kerana masing-masing ingin menunjukkan kepada rakyat siapa yang lebih baik. Negara maju seperti US dan Britain mempunyai 2 parti politik yang kuat. Negara mereka lebih berkebajikan dari kita. Memang benar bukan semua yang ada di negara mereka itu baik tetapi kita harus ambil contoh yang mana baik. Sekian. Terima kasih. Ayuh rakyat Malaysia PRU 13 kita hantar Pakatan Rakyat ke PutraJaya. Kita cuba bagi mereka perintah, tak baik akan datang tukar balik kepada BN, kita tak rugi apa-apa pun. Pengalaman memerintah PR memang sudah ada, contoh di Kedah, P Pinang, Kelantan, Selangor dan sekejap di Perak.

fikrah islamiah berkata...

Sudah-sudahlah dato buat ulasan dan mengguna media. Tidak untungnya keburukan diri dan orang lain kita dedahkan kepada umum. Bincang dalam syura dan selesaikan dalam syura. Jangan gugatkan kepercayaan pengikut terhadap perjuangan dengan sebab perdebatan ini.