15 Januari 2012

3 cedera kereta api pengangkut tergelincir akibat letupan

21 Safar 1433H. [MOD] -

DAMASCUS 15 Jan. – Sekurang-kurangnya tiga cedera semalam selepas sebuah kereta api pengangkut yang dipercayai membawa bahan api, tergelincir lalu terbakar disebabkan oleh letupan bom di wilayah Idlib barat laut Syria.

“Bahan letupan itu diletakkan di atas landasan kereta api antara stesen Mahmabil dan Bishmarun di Idlib oleh sekumpulan pengganas bersenjata menyebabkan kereta api yang dimuatkan dengan bahan api, tergelincir lalu terbakar,” lapor agensi berita SANA.

Katanya, kereta api itu membawa sebanyak 1,000 tan bahan api untuk digunakan bagi penjanaan kuasa. - AFP

Tiada ulasan: