15 Januari 2012

Polis Kemboja temui 5 mayat disumbat di dalam beg pakaian

21 Safar 1433H. [MOD] -

PHNOM PENH 15 Jan. - Polis Kemboja semalam menemui lima mayat termasuk dua daripada mereka disumbat di dalam beg pakaian dan ditinggalkan di dalam sebuah kereta milik seorang lelaki Perancis yang dipercayai telah hilang bersama empat anaknya selama beberapa bulan lalu, kata pegawai.

Pengarah Jabatan Keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri, Chhay Sinarith berkata, kereta itu dimiliki oleh Laurent Vallier, 42, diangkut keluar dari sebuah kolam berdekatan rumah kediamannya di wilayah selatan Kampung Speu.

“Lima mayat itu dipercayai merupakan keluarga Perancis yang telah hilang selama beberapa bulan lalu,” ujar Sinarith.

Katanya, polis masih menyiasat punca kematian mereka. - AFP

Tiada ulasan: