23 Januari 2012

Selamat Tahun Baru Cina.

29 Safar 1433H. [MOD] -

Bila malam Hari Raya Cina saya sering terkenangkan kisah silam betapa kemeriahan menyambut datangnya Tahun Baru dengan pelbagai juadah yang telah tersedia disamping perbagai persiapan lain yang telah dibuat sejak dari awal.

Ayah cuma memberi peluang untuk kami anak-anaknya untuk membeli kasut baru setiap tahun untuk Hari Raya berupa kasut sekolah jenama "Bata" sekaligus untuk sekolah dan untuk sambut Hari Raya. Demikianlah kami sekeluarga berjimat, dan itulah sikap Ayah yang menjadi kenangan hidup kami sekeluarga. Sikap berjimat sebegitu adalah satu pendidikan keluarga bagi keluarga Cina.

Malam ini kami berkumpul untuk sama-sama "makan besar", dan tradisi itu saya teruskan selepas memeluk Islam. Demikianlah terasa kemeriahan Tahun Baru Cina yang disambut saban tahun sehingga berumur 22 tahun pada tahun 1985 saya mengucap dua kalimah syahadah dengan Hidayah dari Allah Jua.

Kerana itu segalanya saya teruskan dengan menyambut Tahun Baru Cina setiap tahun. malam ini kami sekeluarga di Perak akan "makan besar" sekali lagi. Seadanya persiapan dibuat untuk menyambut kedatangan Tahun Baru Cina esok Hari.

Masa terasa begitu cepat berlalu dan sudahpun 25 tahun saya memeluk agama Islam, selama itu juga saya masih merasakan kemeriah sambutan Tahun baru Cina bersama Isteri dan anak-anak.

Malah saya yakin dengan hak saya seorang Cina Islam untuk saban tahun merayakan perayaan tradisi nenek moyang kami yang dikatakan sudah lebih 4000 tahun telah dirayakan.

Kerana ini bila sesiapa mendengar ucapan saya mengenai"masuk Islam atau masuk Melayu" dengan nada keras saya katakan mustahil menukar bangsa sendiri, dan saya cuma masuk Islam bukannya masuk Melayu.

Kerana itu harapan besar diri yang kedil ini dengan wadah Pakatan Rakyat yang baru berusia sekitar 4 tahun, tidak lain untuk melihat Malaysia terus aman dan makmur dengan semangat toleransi yang dipacu dengan haluan yang benar sejak tsunami politik 2008.

Sungguh jauh bezanya UMNO berada dalam BN yang tidak mampu memperkenalkan sosok sebenar Islam kepada non muslim. Sedangkan dalam tempoh umur PR setahun jagung PAS telah mampu meleraikan sikap prajudis non muslim kepada Islam yang hakikatnya nya datang dari sikap pemimpin UMNO yang terus menerus menyerang PAS untuk menggambarkan Islam yang kami perjuangkan tidak benar.

Oleh itu Tahun Baru Cina pada tahun ini berkebetulan Tahun Naga dan tahun kelahiran peribadi 1964 adalah tahun naga, saya berdoakan kepada Allah semuga Islam terus dapat diperjelaskan kepada bagsa saya yang mengikut sejarahnya lebih dahulu memeluk Islam.

Tidak ada alasan yang kukuh kenapa bagsa Cina perlu takut kepada Islam sedangkan nenek moyang kami lebih dahulu memeluk Islam. Hairannya bila mereka sampai ke Malaysia mereka ditakutkan oleh orang melayu yang tidak bertanggung jawab.

Adalah sesuatu yang silap kalau masih ada orang melayu atau pemimpin cina MCA , kerana ingin mempertahankan kuasa yang sedang berada dihujung tanduk, lalu masih memukul gendang lama untuk menyerang sosok Islam yang kami perjuangkan dalam PAS.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le......

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 22 Januari 2012.

7 ulasan:

mantaro berkata...

Xin Nian Kuai le.Gong Xi Fa Cai.

Mat Indera Sipejuang berkata...

Assalamualaikum Yb... semoga dirahmati Allah SWT.

Mehmed - berkata...

Selamat Tahun Baru Cina Tuan. Semoga tahun ini kita dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Berjaya dengan aman, dengan izin Allah jua.

Awanama berkata...

Gong Xi Fa Cai .. happy new year.lau takat jadi melayu tapi tolak Islam Xde makne

Awanama berkata...

Ai! , dalam ucapan kong hi fat cai pun tersalut sedikit politik.
Alhamdullillah, semoga umno perubah.......bukan berubah apa....berubah jadi pembangkang.

KATAKUT.....blogspot.com berkata...

YB teruskan berjuang demi Islam - Gong Xi Fa Cai

PAS PEKULA-Tikam Batu berkata...

asalamualaikum....selamat gong xi fa cai semoga Allah rahmati tuan sekeluarga......amin