21 Februari 2012

Swastakan Loji Benih Padi, Petani Derita

28 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PERMATANG, 21 FEB: Tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menswastakan loji benih padi di Negeri Selangor bukan sahaja menyebabkan pesawah terpaksa membeli harga benih tinggi.


Demikian menurut Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Dun Permatang, Mohd Yahya Mat Sahri ketika dihubungi Selangorkini baru-baru ini.

Menurut beliau, tindakan tersebut menyebabkan pesawah-pesawah di Tanjung Karang termasuk di Dun Permatang terpaksa membeli benih padi pada harga RM28 berbanding sebelum penswastaan RM22 tetapi dibekalkan benih yang tidak berkualiti.

"Dahulu kerajaan ada memiliki loji benih padi sendiri, jadi pesawah dapat beli benih padi dengan harga RM22 sahaja bagi setiap kampit 20kg.

"Tetapi apabila Datuk Seri Noh Omar jadi Menteri Pertanian, dia swastakan loji benih padi di sini dan menyebabkan pesawah terpaksa beli dengan harga RM28.

"Malangnya, sepatutnya apabila diswastakan kualiti benih dan sistem pembekalan jadi lebih baik tetapi menjadi teruk dan kucar kacir dan mampu menjejaskan pengeluaran padi negara ini," ujar Yahya.

Tegasnya, Inilah jadinya apabila kerajaan memberikan tanggungjawab ini kepada syarikat yang kurang pengetahuan dan keupayaan teknikal dalam mengeluarkan benih padi.

Yahya turut mendesak menteri terbabit yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Karang agar menjelaskan butiran subsidi RM20 bagi setiap kampit yang diberikan kepada pegusaha loji terbabit.

"Selain harga RM28 yang dibayar oleh pesawah, kerajaan turut membayar subsidi sebanyak RM20 kepada pengusaha logi benih terbabit bagi setiap kampit seberat 20kg.

"Kita menyokong subsidi untuk meringankan beban pesawah, tetapi soalnya subsidi RM20 itu adalah tinggi, tetapi tiada perincian untuk menampung kos apakah subsidi itu diberikan," katanya lagi.

tv news/-

2 ulasan:

lijitra berkata...

tu lah kerajaan bn.tak kira apa benda yang depa buat tu ada kualiti atau tidak dan harga mahal sikit apa depa peduli.janji ada masuk kantong.

Tanpa Nama berkata...

SKANDAL PADI BENIH YANG TERBURUK DALAM SEJARAH INDUSTRI PADI/BERAS NEGARA
(Melibatkan – Noh Omar Menteri MOA, Dato’ Hashim KSU MOA dan Datin Naimah Pengarah IPB (Industri Padi Beras)

Menteri Pertanian, Noh Omar telah menyalahgunakan kuasa bagi tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Lihat surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 20 Julai 2012 mengenai perkara ini.

Telah disahkan pihak MOF oleh Dato Fauziah Yaacob, Bahagian Perolehan Kerajaan (para 2) bahawa proses penilaian teknikal dan perakuan tender tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam dokumen tender dan tidak selaras dengan prinsip-prinsip tender (terdapat 3 kriteria yang dinyatakan).

cerita selanjutnya bersama dokumen akan diemail kepada YB.