06 Mac 2012

PR Perak sambut ulang tahun ke-4 pada 8 Mac

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH, 6 Mac: Pakatan Rakyat Perak akan menganjurkan program sambutan ulangtahun keempat gabungan tiga parti itu.

Pengarah program, Dr Muhaimin Sulam berkata, majlis tersebut akan diadakan pada Khamis ini, 8 Mac di Medan Klebang Restu, Jalan Chemor, di sini.

“Program bermula dengan majlis berbuka puasa bersama pimpinan Pakatan Rakyat seterusnya menunaikan solat hajat.

“Dan program akan diteruskan dengan majlis bacaan Yaasin dan munajat perdana sebelum program kemuncak iaitu ceramah serta persembahan oleh tetamu jemputan,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.

Beliau yang juga mantan Ketua Pemuda PAS Negeri berkata, program tersebut tidak sarat dengan politik dan akan berlangsung secara santai.

Program tersebut akan menampilkan tetamu istimewa iaitu Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Che Shamsuddin Othman atau dikenali Dinsman, penyair terkenal, Pyahabib dan pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

“Saya mengajak semua rakyat negeri Perak untuk hadir ke program ini bagi bersama-sama berkumpul bagi memperingati penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang hanya sempat menabur bakti hanya 11 bulan sebelum dirampas dengan kejam oleh BN,” katanya.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: