26 Mac 2012

T-Team mahu beres 90 minit!

3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SELEPAS berjaya mengekang Kedah daripada meraih sebarang jaringan di Alor Setar kelmarin, Yunus Alif yakin perlawanan suku akhir kedua Piala FA mampu ditamatkan dalam masa 90 minit.

Menurutnya, faktor bermain di arena sendiri dan disokong ribuan penyokong dapat membakar semangat anak buahnya dalam mencipta kemenangan sekali gus layak ke peringkat separuh akhir musim ini.

“Saya memang dah jangka dari awal tuan rumah bakal memberi tentangan hebat kepada kita. Tetapi, pemain saya terus berjuang dan pujian wajar diberikan kepada barisan pertahanan yang berjaya menutup ruang daripada dibocori.

“Kami akan menguasai perlawanan kedua di Kuala Terengganu pada Selasa ini (esok),” katanya.

Yunus juga berharap, dua pemain tonggak pasukan itu, penjaga gol Mohamad Shamsuri Mustafa dan pertahanan Shahril Faizal Saifuddin yang pulih dari kecederaan dapat membantu mematahkan serangan Kedah pada aksi timbal balik nanti.

Sinar Harian

Tiada ulasan: