23 Mac 2012

Usir Hamza: Gambar buktikan k'jaan tipu, kata NGO

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

NGO Lawyers for Liberty mendakwa gambar-gambar yang diperolehinya membuktikan bahawa kerajaan Malaysia telah berbohong apabila mendakwa wartawan Arab Saudi Hamza Kashgari di itu.ditahan semasa ketibaannya di negara ini.

"Lawyers for Liberty telah memperolehi gambar-gambar menunjukkan Hamza Kashgari sebenarnya berada di negara ini untuk beberapa hari sebelum beliau ditangkap pada 9 Februari, 2012," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan semalam.

NGO itu mendedahkan beberapa gambar yang menunjukkan Hamza berada di Taman Tasik Titiwangsa dan Istana Budaya di Kuala Lumpur manakala satu lagi dirakamkan di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut mereka, gambar-gambar itu menyangkal dakwaan Kementerian Dalam Negeri bahawa Hamzah yang dikehendaki di Arab Saudi, ditangkap semasa ketibaan.

"Menteri Dalam Negeri dan polis mempertahankan kenyataan mereka bahawa Hamza ditangkap apabila tiba di KLIA pada 9 Februari, sedangkan hakikatnya beliau ditangkap oleh pihak imigresen di dewan berlepas KLIA ketika cuba untuk menaiki pesawat ke Auckland, New Zealand selepas tiba di Malaysia pada 7 Februari," kata kumpulan itu.

Hamzai melarikan diri Arab Saudi selepas membuat komen di Twitter yang dianggap menghina Nabi Muhammad, dan mencetuskan kemarahan rakyatnya.

Pada sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, wartwan berusia 23 tahun itu didakwa menulis kata-kata yang menyinggung perasaan umat Islam.

Hamza Kashgari at KLIA departure hallDalam kicauannya itu, beliau menulis, dia amat mengagumi sifat yang ada pada Nabi tetapi mahu bersalaman dengan baginda bukan sebagai pengikut tetapi setaraf dengannya.

Beliau kemudian memohon maaf dan mahu bertaubat tetapi sekumpulan ulama terkemuka negara itu melabelkan beliau sebagai murtad dan mahu beliau dibicarakan dan dihukum di negara itu.

Menghina Islam dan Nabi adalah satu jenayah yang boleh dihukum mati di Arab Saudi.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: