03 Mei 2012

219 mangsa banjir di Taiping dipindahkan di 3 pusat pemindahan

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH: Seramai 219 orang daripada 22 keluarga di daerah Taiping dipindahkan susulan tiga kampung dinaiki air sedalam satu meter selepas hujan lebat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata kesemua mangsa mula dipindahkan pada jam 8.20 malam tadi di tiga pusat pemindahan iaitu Dewan Orang Ramai Sungai Nibong, Sekolah Kebangsan Temerluk, Trong dan Dewan Orang Ramai Kampung Jawa, Padang Gajah.

Tiga kampung yang terbabit ialah Kampung Baru, Kampung Masjid dan Kampung Simpang Temerluk, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, hujan lebat bermula petang semalam menyebabkan air di Sungai Bemban dan Sungai Temerluk yang berhampiran kampung terbabit melimpah.

Operasi memindahkan mangsa banjir dilakukan oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, polis, RELA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - BERNAMA

Tiada ulasan: