22 Mei 2012

Abramovich mahu empat kejuaraan

1 Rejab 1433H. [MOD] -

ROMAN Abramovich mahu empat kejuaraan Liga Juara-Juara!

Jutawan Russia itu memberitahu pemainnya, kejayaan di Allianz Arena Ahad lalu hanyalah permulaan kepada penguasaan kelab itu diperingkat Eropah.

Pengerusi Chelsea, Bruce Buck berkata, Abramovich mahukan pemainnya menyamai rekod Bayern Munich, Barcelona dan Ajax yang menjuarai trofi berkenaan sebanyak empat kali.

“Roman mahu kejayaan di peringkat Eropah diteruskan. Jadi, dia mahu melihat pemain mengekalkan trofi itu di Stamford Bridge, musim depan,” katanya.

Dalam pada itu, difahamkan setiap pemain The Blues menerima bonus berjumlah £300,000 (RM1.49 juta) di atas kejayaan sulung meraih trofi Liga Juara-Juara.

Ahad lalu, Chelsea di bawah kendalian pengu­rus sementara, Roberto Di Matteo mengalahkan Bayern Munich 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti apabila terikat 1-1 selepas masa tambahan.

Sinar Harian

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ERRRKKkkkkkkk.........kenyang lah pemain2 chelsea.

bila gak nya pemain msia blh rasa bonus 10% drpd tuh?

tp sebenarnya jumlah bonus tak penting tp kepuasan dpt memenangi sesuatu kejohanan tu adalah lbh manis dan penting

hahaha....kata2 dr yg tak mampu memberi