01 Jun 2012

Emas tulen tidak takut api yang kuat - DHPP

11 Rejab 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yakin PAS tidak akan rosak dan musnah dengan pelbagai serangan yang dibuat oleh media Umno sekarang ini kerana parti Islam itu mempunyai kekuatan tersendiri.

Ketua DHPP, Hu Pang Chaw yang berucap dalam Himpunan Hijau Menuju Putrajaya pagi ini memetik satu pepatah China bagi menyokong kenyataan beliau itu.

"Emas tulen tidak takut dibakar dengan api yang kuat," kata Pang Chaw dalam ucapan di Markas Tarbiyah PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut hari ini.

Beliau dipercayai mengulas isu muzakarah yang dipercayai beliau cuba dignakan Umno untuk memerangkap PAS.

Bagi beliau, PAS sudah cukup berpengalaman untuk diperangkap lagi dalam isu ini.

"Jangan mimpi untuk perangkap PAS dengan isu muzakarah.. pepatah Cina emas asli tidak takut kepada api yang kuat," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan saf kepimpinan PAS agar berhati-hati mengulas sebarang isu sekarang untuk mengelakkan sebarang salah faham kerana pihak lawan pandai putar belit kenyataan.

Dalam ucapan itu juga, beliau mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana telah menterjemahkan buku Negara Berkebajikan ke dalam bahasa Cina dan Inggeris.

Beliau berharap agar buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Tamil pula bagi memahamkan semua pihak tentang perjuangan PAS.

Harakah Daily

Tiada ulasan: