18 September 2012

Penyokong BERSIH bebas tuduhan perhimpunan haram

2 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Dua puluh satu orang, termasuk wakil rakyat, telah dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram dan tidak mematuhi perintah pegawai polis.

Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan polis gagal untuk menunjukkan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam perhimpunan nyalaan lilin dalam menyokong BERSIH pada tahun 2008.

Menurut mahkamah, terdapat jurang dalam kes pendakwaan ekoran testimoni saksi-saksi yang tidak konsisten.

"Berikutan ini, tidak perlu untuk memanggil tertuduh untuk membela mereka. Mereka dilepaskan dan dibebaskan daripada semua tuduhan," kata Hakim Hayatul Akmal.

Mereka yang didakwa termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu, ADUN Kampung Tunku Lau Weng San dan ahli Majlis MBPJ Tiew Way Keng, paderi Katolik Paulino Francesco Miranda serta peguam S Ashok Kandiah.

Yang lain adalah K Raman, G Ramish, Augustine Gan Liam Tee, Andrew Ng Yew Han, Lim Cheng Inn, Ooi Suan Huah, Ambrose Poh Teik Huat, Johny Andu @ Abu Bakar Adnan, K Thengaran, Ong Boon Keong, Mohd Fasya Mohd Tajudin, Goh Jin Kiat, Henry Hor @ Henry James Hor, Mohd Khairul Anuar Mohd Jamil and Goh Chien Yee.

kesemua mereka berumur antara 29 dan 66 tahun, dengan majoritinya dari Lembah Kelang dan yang lainnya dari Alor Setar, George Town dan Tampin.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: