19 April 2013

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-85 disambut sederhana

8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA KANGSAR: Sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Ke-85 hari ini disambut sederhana. 

Sambutan dimulakan dengan Majlis Santapan Diraja di Istana Iskandariah di sini pagi tadi dengan dihadiri pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim, bersama kerabat diraja dan orang kenamaan. 

Ia disusuli dengan majlis bacaan yasin dan tahlil di Masjid Ubudiah sebelum solat Jumaat. 

Terdahulu, pada Majlis Santapan, Raja Nazrin menyampaikan salam Sultan Azlan dan terima kasih kepada rakyat atas ucapan dan doa untuk kesihatan baginda. 

Raja Nazrin bertitah, walaupun Sultan Azlan kini dalam keadaan perlu beristirehat baginda tetap mengambil berat situasi semasa termasuk perkembangan politik dan pilihan raya umum pada 5 Mei ini. 

Malah, baginda berpesan supaya parti politik dapat mengamalkan sikap tanggungjawab tinggi semasa berkempen.

Berita Harian/-

Tiada ulasan: