Keputusan PRU ke 13 memang mengejutkan banyak pihak, kerana itu pada pagi ini saya gagahkan jasad ini untuk berada dihadapan komputer untuk mencatat sesuatu sebagai tatapan rakan seperjuangan dan pengunjung blog ini.
Paling kurang agar ia menjadi suatu memori kenangan bersama dan peniup kepada semangat yang masih membara untuk terus menyusun strategi bagi menawan Kuala Kangsar dalam PRU akan datang.
Seawalnya saya banyak menerima panggilan dan sms juga ucapan secara langsung dari para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang melihat peluang terbaik untuk menawan Kula Kangsar bila berlaku pertandingan 3 penjuru. Umumnya mereka melihat itu sesuatu yang sangat manarik dan memberi peluang dan kelebihan. Apalagi peluang itu dianggap berada di urutan yang pertama disesabkan yang menjadi calon bebas di Kuala Kangsar adalah Datuk Kamilia yang dikenali umum dan menganggap beliau punya pengaruh yang kuat untuk memecah undi BN.
8 ulasan:
Nasihat kepada MB Kedah.
Utamakan perpaduan Melayu.
Eratkan persaudaraan antara Melayu, Siam, India dan Cina.
Diharap semua ADUN tidak kira UMNO dan PAS, marilah bekerjasama memajukan Kedah.
Yang penting "Buang yang keruh, ambil yang jernih".
MB Kedah sekarang sudah ditakdirkan di Loh Mahfuz. Kita semua wajib redha dan mentaati pemerintah.
Takbir..
ALLAH HUAKBAR.
ALHAMDULILLAH.
aaaminnnnnn.
Kalah dan menang soal kedua. Skg kptsn dah pun diketahui. PR kena buat post mortem walaupun menang undi majoriti tapi kalah kerusi. Utk bentuk k'jan kena menang kerusi bukan undi majoriti. Yg mustahak kena faham kehendak pengundi bandar dan luar bandar tak sama. Teruskan perjuangan dan tetap istiqomah.
salam drs,
agak sayu melihat banner,bendera dan imej kita dicabut tanpa meninggalkan sebarang kerusi... sekali lagi..
rata2 penyokong dalam keadaan rendah moral...
coming election, kekal lah di kuala...
selamat berjaya dan berjumpa lagi...
Diriwayatkan dari Al-Hasan: ‘ Ubaidillah bin Ziyad pernah menjenguk Ma’qil bin Yasar Al-Muzanni pada waktu sakit menjelang wafatnya. Lalu Ma’qil berkata, “Aku akan menceritakan sebuah hadis yang aku dengar dari Rasulullah saw. Kalau aku tahu bahawa aku masih akan hidup, tentu aku tidak mau menceritakannya kepada mu. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Seseorang yang diberi amanat oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu mati ketika sedang MENIPU rakyatnya, maka Allah mengharamkan baginya syurga.”
(6:9 Shahih Muslim)
Assalamualaikum YB, pertama yang ucap tahniah kerana berjaya mengekalkan DUN walaupun kalau pada parlimen. Cuma mengulas tentang kekalahan PAS dan PR dalam PRU13 ini, bukanlah berpunca daripada penipuan sesuatu pihak, tetapi kerana strategi kita yang kurang berkesan. kita tidak lihat masa depan tetapi lihat kejayaan lampau. Lihatlah bagaimana DAP boleh berjaya begitu cemerlang, belajarlah dengan mereka strategi yang berkesan untuk masa depan.
As Salam Drs.....ghasenye baghu bebeno kita besalam dan senyum begugho...dalam seminggu akhir hampir 5 kali kita besalam.....taim drs. nyenguk ghomoh teman ptg itu.....ghase macam udoh bebeno drs jadi yb kume di kuale.....tapi doa kita belum Allah makbulkan....Allah tangguhkan seketika.....lepaih inilah.....sekejap je lagi....InsyaAllah. Allah Maha Adil lagi Bekuase.
Turut kecewa dan sedih. Tapi pakatan xpernah belajar dari sejarah. mungkin perlu menjadi sedikit kurang ajar untuk mengajar.
Salam kepada semua
Keputusan PRU13 sudah diketahui Allah berkehendak sedemikian maka tiada daya dan upaya kami sebagai hamba untuk melawannya, namun begitu Allah jua memberikan kita akal dan fikiran untuk memikir dan muhasabah diri atas apa jua yang berlaku. Maka bagi diri saya yang lemah ini kekalahan PR dalam PRU13 ini sebahagianya besarnya disumbangkan oleh Parti PAS dibawah pimpinan Hj Hadi yang banyak dilihat sebagai tidak cerdik dalam menguruskan hal berkaitan rakan dalam PR.
Saya dan sebahagian besar generasi saluran 3 amat kecewa dengan apa yang berlaku PAS melalui presidennya banyak mendatangkan rasa kurang senang aktivis PR juga pengundi yang telah lama bersedia untuk menyokong Pakatan Rakyat.
Kami tidak menyangka seorang presiden parti Hj Hadi sanggup menghina dan memalukan rakan dalam PR yang lain hanya kerana beberapa perkara yang boleh diselesaikan secara baik, ahli PAS juga dilihat terlalu menakutkan dengan melakukan pelbagai perkara antaranya sebotaj dan kelihatan seperti sorang yang sangat tamak hanya kerana mengikutkan nafsu semata mata.\
Maaf mungkin ini menyakit ahli parti tuan-tuan tetapi bagi saya sebagai rakyat yang menjadikan Pakatan Rakyat sebagai wadah perjuangan saya yang lemah ini amat yakin seperti ada gerekan halus yang disusun oleh agen kerajaan perpaduan yang masih hidup didalam PAS supaya hasrat rakyat untuk melihat DSAI menjadi PM gagal sama sekali.
Selama ini kami berfikir mungkin Parti Keadilan dan DAP yang agak lemah daripada segi akhlak dan pendirian tetapi PAS jua lebih teruk lagi sebenarnya, perangai mereka sebahagianya hampir menyamai musuh dalam beberapa hal. Kini kami mula sedar bahawa PAS bukan la sebuah parti yang boleh diharapkan dalam gabungan PR ia amat mirip seperi UMNO dan usaha untuk menyatukan PAS dan UMNO adalah idaman sebahagian daripada duri dalam daging parti PAS.
Mereka memakai baju hijau, melaungkan Takbir duduk bersama rakan PR yang lain berpura-pura mengambil berat hal rakyat tetapi sebaliknya hati mereka cenderung kepada musuh, semoga Allah menghancurkan mereka satu masa nanti...
Catat Ulasan