: Cina Islam | 2025 : (林川興)

: Cina Islam | 2025 : (林川興) Memori Perjalanan Hidup Insan Kerdil

27 Ogos 2013

Kerusi Parlimen Muar kekal dalam genggaman BN


20 Syawal 1434 H. [MOD] -



MUAR: Kerusi Parlimen Muar kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) selepas Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi kawasan itu. 

Hakim Pilihan Raya, Datuk Suraya Othman menolak petisyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan kos sebanyak RM35,000. 
Idham Lim (林川興) at 6:43 PTG Tiada ulasan:
Kongsi

Anggota polis hilang pistol selepas kemalangan di Shah Alam

20 Syawal 1434 H. [MOD] -

SHAH ALAM: Seorang anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Selangor kehilangan sepucuk pistol selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Seksyen 20 di sini, awal pagi semalam. 

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, kemalangan pada jam 5.45 pagi itu menyebabkan anggota polis berkenaan cedera di kepala dan lutut manakala motosikal yang ditunggangnya remuk. 
Idham Lim (林川興) at 6:41 PTG Tiada ulasan:
Kongsi

Kes Altantuya: Pendakwaan fail notis rayuan Jumaat lalu

20 Syawal 1434 H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Pendakwaan telah memfailkan notis rayuan berhubung pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) daripada pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lepas. 


Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan pendakwaan memfailkan notis itu di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas.
Idham Lim (林川興) at 6:39 PTG Tiada ulasan:
Kongsi

Pertubuhan Syiah M'sia diisytihar haram

NONE
20 Syawal 1434 H. [MOD] -

Menteri Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.


Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi (kiri) berkata, walaupun permohonannya untuk didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ditolak, badan itu tetap bergerak aktif.
Idham Lim (林川興) at 6:36 PTG Tiada ulasan:
Kongsi

Keputusan bantahan petisyen Bukit Baru 5 Sept


20 Syawal 1434 H. [MOD] -

MELAKA: Mahkamah Pilihan Raya akan membuat keputusan 5 September ini berhubung bantahan PAS terhadap petisyen yang di kemukakan BN bagi Dun Bukit Baru.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata, beliau menyeru kepada ahli dan penyokong PAS menunjukkan solidariti kepada Adun PAS, Dr Md Khalid Kassim di mahkamah nanti.
Idham Lim (林川興) at 6:32 PTG Tiada ulasan:
Kongsi

Tok Guru Nik Aziz semangat cerita isu Mesir

20 Syawal 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelihatan bersemangat sambil meluah rasa kesal terhadap pergolakan politik di Mesir.


“Segalanya bermula kejahatan Yahudi. Sejak zaman Rasulullah s.a.w. orang Yahudi sudah memusuhi Islam.
Idham Lim (林川興) at 6:28 PTG Tiada ulasan:
Kongsi

PAS anjur Multaqa Ulama Se-Malaysia 14 Sept


20 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,27 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat akan mengadakan Multaqa Ulamak Se-Malaysia di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar pada 14 September bermula 8.00 pagi hingga 12.00 malam.


Pengarah Multaqa, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib(gambar) berkata, program tersebut bakal menghimpunkan para ulama PAS di semua peringkat dari seluruh tanah air bagi memperkasakan peranan ulama dalam mengaktifkan diri kepada masyarakat.
Idham Lim (林川興) at 6:26 PTG Tiada ulasan:
Kongsi

Persidangan Tergempar Krisis Mesir 30 Ogos

20 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,27 Ogs 2013


KUALA LUMPUR: Mapim dan jaringan organisasinya menganjurkan Persidangan Tergempar Pembunuhan Massa, Demokrasi dan Hak Rakyat Mesir pada 30 Ogos ini di Dewan Seminar Masjid Al Falah, USJ Seksyen 9, Subang Jaya.
Idham Lim (林川興) at 6:25 PTG Tiada ulasan:
Kongsi

Mahkamah Seremban tolak petisyen PAS bantah keputusan DUN Klawang


20 Syawal 1434 H. [MOD] -



SEREMBAN: Mahkamah Pilihan Raya Seremban sebentar tadi menolak petisyen difailkan PAS untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. 
Idham Lim (林川興) at 3:36 PTG Tiada ulasan:
Kongsi

Doktor Kerugian RM200,000 Rumah Dipecah Masuk

20 Syawal 1434 H. [MOD] -

BESUT: Seorang doktor klinik swasta di Bandar Jerteh kerugian kira-kira RM200,000 apabila rumahnya dipecah masuk di Kampung Pulau Panjang, dekat Jerteh pada tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata kejadian dipercayai berlaku antara 10.30 pagi dan 12 tengah hari, ketika pasangan suami isteri berkenaan keluar bekerja.
Idham Lim (林川興) at 3:34 PTG Tiada ulasan:
Kongsi

1,056 Pelajar Dibawa Pulang Sebelum Jumaat





PUTRAJAYA: Seramai 1,056 lagi pelajar Malaysia di Mesir akan diterbangkan pulang sebelum Jumaat demi keselamatan mereka kerana difahamkan ada beberapa perancangan demonstrasi besar pada hari berkenaan, menurut Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.
Idham Lim (林川興) at 3:21 PTG Tiada ulasan:
Kongsi

Kebakaran 11 rumah panjang di S'wak, rugi RM12.8 juta

20 Syawal 1434 H. [MOD] -


Kebakaran yang memusnahkan 11 rumah panjang di Sarawak setakat kelmarin, menyebabkan kerugian dianggarkan RM12.8 juta.

Lima daripada insiden itu disebabkan aktiviti memasak, empat disebabkan litar pintas dan selebihnya penggunaan lilin.
Idham Lim (林川興) at 3:18 PTG Tiada ulasan:
Kongsi

PRU13: PAS lapor polis isu Borang 14

20 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS hari ini membuat tiga laporan polis berhubung dengan kesalahan membabitkan Borang 14 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Idham Lim (林川興) at 3:14 PTG Tiada ulasan:
Kongsi

Erdogan kecewa dengan Syeikhul Azhar


20 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,27 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengatakan bahawa pihak-pihak yang mendukung apa yang disebutnya sebagai kudeta di Mesir sedang mencuba untuk membenarkan tindakannya tersebut dengan mengatakan ini adalah prosedur demokrasi yang dilakukan oleh tentera Mesir.
Idham Lim (林川興) at 3:12 PTG Tiada ulasan:
Kongsi

Kudeta terus buru pimpinan Ikhwan Muslimin


20 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,27 Ogs 2013
MESIR: Kerajaan Kudeta Mesir meneruskan tindakan memburu pemimpin Ikhwan Muslimin dan terbaru bekas Menteri Belia Dr Osama Yasin ditangkap semalam.


Osama ditangkap bersama dengan dua ahli Ikhwan Muslimin yang lain di sebuah vila di Penempatan Kelima, timur Kaherah. 
Idham Lim (林川興) at 3:12 PTG Tiada ulasan:
Kongsi

Altantuya dibawa pergi "mereka berdua" - Isteri Bala


20 Syawal 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,27 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: A Santamil Selvi, isteri kepada penyiasat persendirian mendiang Balasubramaniam mendakwa suaminya pernah bercerita kepadanya berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.

Dipetik Keadilandaily, Selvi dilapor berkata, suaminya ada menceritakan sendiri kepadanya bagaimana Altantuya dibawa oleh dua orang tertuduh sebelum mayat wanita berkenaan ditemui telah diletupkan.
Idham Lim (林川興) at 10:33 PG 2 ulasan:
Kongsi

PAS anjur Seminar Perlaksanaan Syariah Islam


20 Syawal 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,27 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Pusat akan menganjurkan satu program bertajuk 'Seminar Perlaksanaan Syariah Islam Di Malaysia: 56 Tahun Merdeka-Halangan dan Penyelesaian’.

Ketua  Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, seminar itu diadakan ialah untuk memberi kefahaman mengenai Syariah Islam yang luas sebagai satu sistem dalam perundangan negara.
Idham Lim (林川興) at 10:31 PG Tiada ulasan:
Kongsi

Kesilapan besar pendakwa kes Altantuya menyebabkan dua polis bebas

20 Syawal 1434 H. [MOD] -

Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, yang bebas dari pertuduhan membunuh Altantuya, Jumaat lalu.








Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, yang bebas dari pertuduhan membunuh Altantuya, Jumaat lalu.
Timbalan Superintendan Polis (DSP) Musa Safri yang tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan adalah kunci untuk membongkar kes pembunuhan model Mongolia  Altantuya Shaariibuu, menurut laporan penghakiman 47 muka surat yang dikeluarkan hari ini.
Idham Lim (林川興) at 7:27 PG 1 ulasan:
Kongsi

Hakim perbicaraan Altantuya tersilap, bekas polis tidak seharusnya dijatuhkan hukuman


20 Syawal 1434 H. [MOD] -
Pihak pendakwaan mendapati hakim perbicaraan mengetahui wujudnya kepincangan dalam keseluruhan bukti akan tetapi mengharapkan Mahkamah Rayuan untuk menggunakan kuasa istimewa mereka untuk mengekalkan hukuman terhadap bekas polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.
Idham Lim (林川興) at 7:24 PG Tiada ulasan:
Kongsi

Obesiti: Setelah Malaysia jadi juara Asia Tenggara


20 Syawal 1434 H. [MOD] -
SM Mohamed Idris,26 Ogs 2013
Malaysia telah berjaya menjadi juara dalam carta obesiti negara-negara di Asia Tenggara  dan berada pada kedudukan keenam Asia! Dalam keadaan Malaysia perlu menghadapi realiti yang menyakitkan ini, kami di Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyambut dengan sokongan sepenuh hati sebarang baik  kerajaan untuk mengatasi masalah ini. 
Idham Lim (林川興) at 7:21 PG Tiada ulasan:
Kongsi

Sekolah halang murid guna komputer sumbangan PR


20 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,26 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Pentadbiran sebuah sekolah di Shah Alam dikatakan menghalang muridnya menggunakan komputer sumbangan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berikutan perbezaan fahaman politik.


Hal itu didedahkan seorang Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), R Panner Selvam kepada TV Selangor selepas dimaklumkan guru besar sekolah berkenaan.
Idham Lim (林川興) at 7:18 PG 1 ulasan:
Kongsi

Mahkamah terima rayuan, Sirul mungkin dianiaya

20 Syawal 1434 H. [MOD] -




Penghakiman bertulis dalam kes rayuan oleh dua anggota polis elit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu menunjukkan bahawa tertuduh kedua, Kpl Sirul Azhar Umar mungkin telah dianiaya.
Idham Lim (林川興) at 7:01 PG Tiada ulasan:
Kongsi

Iraq larang guna ruang udaranya untuk serang Syria


20 Syawal 1434 H. [MOD] -

BAGHDAD 27 Ogos - Iraq tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan ruang udara atau wilayahnya bagi melancarkan serangan ke atas Syria.

"Kami tidak akan membenarkan penggunaan ruang udara untuk menyerang jiran kami. Pendirian kami tetap berhubung perkara ini," kata jurucakap Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki.
Idham Lim (林川興) at 6:57 PG Tiada ulasan:
Kongsi

Pemilu Indonesia 2014 : Megawati beri laluan kepada Jokowi

20 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Megawati Soekarnoputri membayangkan untuk tidak bertanding jawatan presiden sebaliknya akan menyokong tokoh-tokoh muda termasuk Gabenor Jakarta, Joko Widodo (Jokowi) mengambil bahagian dalam pilihan raya presiden 2014.


Teh Jakarta Post melaporkan, esekutif Parti, Puan Maharani, yang juga anak perempuan Megawati berkata, pihak secara konsisten mencalonkan tokoh-tokoh muda dalam pilihan raya serantau dan berminat untuk menggunakan startegi sama di peringkat nasional.

Idham Lim (林川興) at 6:55 PG Tiada ulasan:
Kongsi

Tujuh maut van berlanggar dengan bas di Filipina


20 Syawal 1434 H. [MOD] -

PUERTO PRINCESA 27 Ogos - Kesemua tujuh penumpang serta pemandu sebuah van maut selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas di Palawan, barat Filipina hari ini.

Ketua polis daerah, Errol Adia berkata, van berkenaan bertolak dari Puerto Princesa sebelum bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan.
Idham Lim (林川興) at 6:44 PG Tiada ulasan:
Kongsi

Man Utd-Chelsea terikat 0-0

20 Syawal 1434 H. [MOD] -

MANCHESTER: Pertembungan dua gergasi, Manchester United dan Chelsea berkesudahan terikat 0-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris, di Old Trafford, sebentar tadi.


Pengurus United, David Moyes menurunkan Wyane Rooney yang disebut-sebut dipikat Chelsea, mengemudi barisan serangan bersama Robin van Persie dan Danny Welback. 
Idham Lim (林川興) at 6:42 PG Tiada ulasan:
Kongsi
‹
›
Laman utama
Papar versi web

Mengenai Saya

Foto saya
Idham Lim (林川興)
Parit Buntar, PRK, Malaysia
Lihat profil lengkap saya
Dikuasakan oleh Blogger.