KUALA LUMPUR, 17 July :- Peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan polis sudah membebaskan Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu, kira-kira jam 9.30 pagi tadi dengan jaminan. Peguam Sankara Nair berkata, anak guamnya itu dibebaskan selepas ditahan semalam bagi membantu siasatan dakwaan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar juga akan mengadakan sidang akhbarnya di rumahnya di Segambut, jam 2 petang ini.18 Julai 2008
Anwar dibebas dengan jaminan
KUALA LUMPUR, 17 July :- Peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan polis sudah membebaskan Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu, kira-kira jam 9.30 pagi tadi dengan jaminan. Peguam Sankara Nair berkata, anak guamnya itu dibebaskan selepas ditahan semalam bagi membantu siasatan dakwaan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar juga akan mengadakan sidang akhbarnya di rumahnya di Segambut, jam 2 petang ini.17 Julai 2008
UMNO Perak Berbohong dan Menyebar Fitnah untuk Menebus Kekalahan
Maksud firman Allah SWT: “Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.” (Al-Furqan:63)Apa yang sebenarnya berlaku ?
Pada awalnya, menjawab soalan wartawan mengapa polis komando bertopeng yang diarah menangkap Anwar, Musa berkata:“Mana ada.. polis takkan tangkap orang pakai topeng.”Tetapi apabila diberitahu bahawa seorang jurugambar sempat merakamkan peristiwa penahanan Anwar oleh sepasukan komando bertopeng itu, Musa menjelaskan:“Saya baru sampai (dari Brunei), saya tak tahu menahu, saya tak ada komen,” katanya.
Gambar ini memberi jawapan sebenar.

Kronologi penangkapan DS Anwar.
Anwar ditahan polis
KUALA LUMPUR, 16 July :- Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis jam 1 tengah hari ini, kata isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Wan Azizah yang mengesahkan penahanan Anwar berkata, suaminya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan ketika dalam perjalanan pulang dari Putrajaya ke rumahnya di Segambut. Anwar dibawa dan tiba di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur jam 1.11 tengah hari ini dengan dikawal ketat polis.
Hati yang lapang.
“Bila hati seseorang telah dimasuki nur (cahaya iman), maka hati itu akan menjadi lapang dan terbuka” (HR. Ibnu Jurair). Ada yang sangat penting perlu difahami tentang keadaan hati kita. Mungkin ia telah lama tertutup rapat dan susah sekali terbuka. Tertutup atau terbukanya hati dapat dilihat dari tanda-tandanya.
“Apa tandanya hati yang lapang dan terbuka?” tanya sejumlah orang pada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW mengatakan, 1.Ada perhatian terhadap kehidupan yang kekal di akhirat, 2.timbulnya pengertian tentang tipu daya kehidupan dunia ini, dan 3.bersedia menghadapi mati sebelum mati.”
Ketiga-tiga tanda hati yang lapang yang diuraikan Rasulullah SAW tersebut perlu dipertanyakan lebih lanjut pada diri kita. Apalagi kalau terlalu cenderung kepada dunia, hati manusia akan berkurang kecenderungannya kepada akhirat. Contohnya, orang yang terlalu mencintai dunia akan sangat kedekut mengeluarkan hartanya untuk kepentingan akhiratnya, seperti untuk bersedekah atau membantu orang lain. Hatinya tidak akan mudah merasa kasihan dengan penderitaan orang yang sedang mendapat musibah.
Akhirnya, orang yang demikian akan terus tenggelam dan hanyut oleh perbuatan-perbuatan yang sifatnya mengejar harta dunia. Sebab, kata Rasulullah, manusia tetap tamakkan harta dunia meskipun sudah memiliki gunung emas.
16 Julai 2008
Analisa ringkas Debat Shabery, Anwar berhubung isu minyak
Debat antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim baru berakhir di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, yang bermula jam 9 malamberakhir sejam kemudian.Menariknya untuk sekiankalinya Debat selama sejam itu disiarkan secara langsung oleh TV9 dan Bernama TV menerusi saluran 502. Tajuknya “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" itu anjuran portal berita Agenda Daily itu membabitkan moderator, Datuk Johan Jaafar yang juga Pengerusi DBP.
Sebaliknya Shabery nampaknya mengulang-ulang serangan peribadi dan sering terkeluar dari topik perbahasan sebenar. Antaranya seingat saya dia mengulangi mengenai Anwar demo dibaling sebanyak 2 kali, selain itu mengaitkan Anwar dengan IMF dan kejatuhan ekonomi tahun 1998.
Hujah-hujah Anwar sangat bernas berbanding dengan Shabery yang tersasar kepada serangan peribadi. Satu masa dia menyebut mengenai "minyak urut", yang menampakkan hujah yang kebudak-budakan.
Munajat Rakyat di Stadium Perak
SLIM RIVER, 15 Julai : - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang baru melepasi 100 hari pemerintahanya skali lagi cuba digugat oleh pihak tertentu berikutan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Dato' Tajol Rosli Ghazali, yang menyatakan Kerajaan Pakatan Negeri ini akan tumbang sebelum 31 Ogos ini.Sehubungan itu Dewan Ulama PAS Negeri Perak menganjurkan majlis Munajat Rakyat pada 17 Julai ini di Stadium Perak untuk memohon pertolongan Allah bagi menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini daripada sebarang bentuk perancangan jahat oleh musuh-musuh Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang.
UMNO Perak Tak Sanggup Terima Kekalahan
Maksud firman Allah SWT: “Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.” Al-Anfal:62.Peserta senamrobik anjuran MPKB BRI dipastikan tutup aurat
KOTA BHARU, 14 Julai- Keupayaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengurus aduan awam turut menarik minat Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA). Baru-baru ini seramai 12 kakitangan Bahagian Aduan Awam dan Bahagian Audit Dalaman MBSA yang diketuai Ketua Bahagian Audit Dalaman, Ridzuan Mazlan mengadakan lawatan sambil belajar ke MPKB BRI.
Taklimat mengenai MPKB-BRI disampaikan Pengarah Perhubungan Awamnya, Azman Mohd Daham, manakala berkaitan audit pula disampaikan Ketua Bahagian Audit, Haji Che Mohamad Che Hassan.
Azman berkata, Jabatan Perhubungan Awam MPKB-BRI merupakan jabatan yang penting bertanggungjawab melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan.
Antaranya menganjur Program Sihat Cergas Ceria, Majlis Penerangan MPKB-BRI Bersama Masyarakat, menganjurkan Hari MPKB-BRI Bertemu Pelanggan dan Majlis Muafakat MPKB-BRI Bersama Masyarakat.
Bagi program sihat cegas diadakan sekali sebulan di Taman Perbandaran Tengku Anis Tanjung Chat di mana semua peserta senamrobik disyarat menutup aurat atau berpakaian sopan bagi bukan Islam, katanya.
Manakala majlis muafakat pula diadakan sebanyak tiga kali setahun di tiga kawasan Parlimen yang terletak di kawasan MPKB-BRI iaitu Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian.
Khidmat Ahli Majlis akan ditamatkan jika prestasi tidak baik
IPOH, 15 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengingatkan semua ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) agar menunjukkan prestasi yang baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sehingga tahun ini jika mereka mahu terus kekal sebagai ahli majlis, tetapi jika mereka gagal melaksanakan tugas tersebut dengan baik, Kerajaan Negeri tidak lagi akan melanjutkan tempoh kontrak mereka. "Kita beri peluang kepada ahli majlis untuk menunjukkan prestasi kerja dalam tempoh enam bulan ini, jika mereka gagal menunjukkan kerja yang baik, kita ada sekumpulan calon lain yang boleh dipilih,"katanya selepas Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Perkhidmatan Awam Negeri Perak di sini kelmarin.
Menurut beliau, pihak Kerajaan Negeri telah memilih ahli majlis berasaskan prinsip meritokrasi dan ahli majlis yang dilantik mewakili Badan Bukan Kerajaan (NGO), Golongan Kurang Upaya (OKU), wanita, Orang asli, Melayu, Cina, India dan Sikh, ini merupakan gabungan adil yang merangkumi semua kaum.
Mengenai memorandam yang dihantar oleh Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) Perak yang diserahkan kepadanya, Kerajaan Negeri tidak dapat memenuhi 100 peratus kehendak semua kaum, tetapi apa yang dapat dilakukan, sekurang kurangnya ada sekumpulan calon yang boleh dipilih untuk lantikan akan datang
"Kerajaan Negeri tidak dapat mencari calon yang kesemuanya terbaik dari semua kumpulan dalam tempoh yang singkat," katanya.
Pelik, sekatan jalan raya masih berterusan
KUALA LUMPUR, 15 Julai - Pengguna jalan raya dari arah Brickfield ke Pasar Seni dekat sini hari ini terkejut kerana polis masih mengadakan sekatan jalan raya di jalan berkenaan. Sekatan diadakan di bahagian jalan belakang Stesen Keretapi Kuala Lumpur menghampiri Pasar Seni oleh beberapa anggota polis.
Mereka meletakkan kon di bahagian tengah jalan sementara sebuah 'Black Marea' pula diletakkan di bahu jalan dengan seorang polis mengawal di tengah-tengah jalan dan beberapa orang lagi memerhati di tepi jalan.
Sekatan itu mengejutkan beberapa penumpang yang menaiki bas bersama penulis dari Seremban.
Seorang penumpang dengan spontan bertanya "ada himpunan lagikah?, dalam laporan televisyen semalam kata tak ada himpunan di Parlimen pun, kenapa hari ini ada sekatan lagi?".
Timbul tanda tanya mengapa sekatan itu masih diteruskan, dan seperti apa yang dikatakan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dalam satu ulasannya bahawa sekatan itu seolah-olah menjadikan 'zon perang'.
Namun dalam kenyataan balas Menteri Dalam Negeri, Dato'Seri Syed Hamid Albar, sekatan itu katanya dibuat untuk menjaga sebarang kemungkinan berlaku himpunan yang boleh menjejaskan Parlimen.
Malangnya, sehingga petang semalam tiada sebarang himpunan diadakan, malah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri mengakui Pakatan Rakyat tidak merancang untuk mengadakan himpunan di Parlimen. _
15 Julai 2008
Persiapan Sukan Olimpik Beijing selesai dibuat
BEIJING, 14 July :-Menurut laporan akhbar Harian Renminribao Edisi Seberang Laut, kerja-kerja persiapan untuk Sukan Olimpik Beijing telah selesai dibuat selepas usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan dalam tempoh tujuh tahun yang lalu.Sejak Beijing berjaya mendapat hak penganjuran Sukan Olimpik pada tahun 2001, peruntukan dana untuk membaiki alam sekitar Beijing telah mencatat 140 bilion yuan RMB. Jumlah hari yang kualiti udara menepati standard dalam bandar ini pula meningkat kepada 246 hari pada tahun 2007 berbanding 100 hari pada tahun 1998.
Siaran langsung debat perdana.
KUALA LUMPUR,14 July :- Bernama TV melalui saluran Astro 502 akan menyiarkan secara langsung debat isu kenaikan harga minyak antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok.Pengerusi DBP, Datuk Johan Jaaffar yang juga moderator debat itu, berkata debat itu menyerupai debat presiden di Amerika Syarikat. “Kedua-dua pendebat itu akan berada di pentas dan diberi lima minit setiap seorang sebagai mukadimah dan saya akan tanya satu soalan setiap seorang,” katanya.
Usul tergempar ditolak : Semua Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan
KUALA LUMPUR, 14 July :- Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini menolak usul tidak percaya kepada kepemimpinan Perdana Menteri yang dikemukakan pembangkang, Khamis lalu. Mereka bertindak demikian jam 12.10 tengah hari sebaik dimaklumkan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang dikemukakan Khamis lalu, ditolak Pandikar Amir. Mereka sebelum itu turut merayu Speaker menimbangkan semula usul itu, tetapi Pandikar Amir Mulia tetap dengan keputusannya.
14 Julai 2008
Persidangan ketua-ketua negeri Pakatan di Kota Bharu
KOTA BHARU, 13 Julai (Hrkh) ? Persidangan ketua-ketua kerajaan Pakatan Rakyat akan diadakan di sini tidak lama lagi sebagai satu platform mengeratkan hubungan yang sedia terjalin.Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa berkata, kesemua lima pemimpin iaitu dari Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak dan Kelantan akan mengadakan pertemuan pertama di Kota Bharu.
?Kelantan tetap akan menjadi tuan rumah pertemuan itu, bagaimanapun ia tidak dapat diadakan dalam waktu terdekat ini kerana ada beberapa perkara termasuk perundingan penggunaan NGV,? katanya di sini.
Menurut dalam pertemuan tersebut beberapa cadangan akan dibangkitkan termasuk menggunakan NGV di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu Kelantan akan menjadi tuan rumah pertemuan lima pemimpin Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Besar Kelantan boleh dijadikan rujukan kepada ketua negeri lain di bawah Pakatan kerana mempunyai pengalaman luas.