Notis kebankrapan yang dikeluarkan terhadap Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.
12 Jun 2014
YB Muflis, PRK Jika Gagal Langsai Hutang
14 Sya'aban 1435. [MOD] -
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas gagal menyelesaikan sejumlah hutang kepada sebuah bank.
Pengisytiharan berkenaan boleh menyebabkan Abdul Aziz hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, sekali gus membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil (PRK) bagi kawasan berkenaan.
Abdul Aziz Sheikh Fadzir
Pengisytiharan berkenaan boleh menyebabkan Abdul Aziz hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, sekali gus membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil (PRK) bagi kawasan berkenaan.
11 Jun 2014
Penipuan Internet: Peniaga Jangan Sampai Ditipu Pembeli
13 Sya'aban 1435. [MOD] -
PETALING JAYA: Kes penipuan di internet bagai tiada penghujungnya apabila kumpulan-kumpulan penipu terus menyasarkan laman-laman popular jualan barangan dalam talian untuk mencari mangsa.
Jika sebelum ini penjual sering dikaitkan sebagai penipu, namun trend itu telah bertukar apabila pembeli pula dikesan menipu di laman web jualan barangan dalam talian.
Penyangak dalam talian ini dilihat semakin berani apabila mereka menggunakan pendekatan yang lebih mesra, iaitu berurusan secara langsung dengan peniaga melalui telefon, menjadikan peniaga yang diumpan lebih yakin dengan mereka.
Mengapa bercakap tentang hudud setelah jadi pembangkang?
13 Sya'aban 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Umno diminta melaksanakan hudud di negeri-negeri yang diperintah oleh BN dan bukannya mengusulkan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah itu ketika menjadi pembangkang, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.
Mengulas usul yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik agar Dewan Negeri Selangor menggesa kerajaan negeri mengkaji keberangkalian melaksanakan undang-undang hudud, Iskandar menyifatkannya sebagai “hanya bermain politik”.

Air: Puncak Niaga akhirnya terima tawaran k'jaan S'gor
13 Sya'aban 1435. [MOD] -
SHAH ALAM: Tawaran Kerajaan Selangor untuk mengambilalih 100 peratus pegangan saham dalam Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan 70 % saham dalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) telah diterima secara prinsip oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (Puncak Niaga).
Keputusan Puncak Niaga untuk menerima tawaran pengambilalihan PNSB dan SYABAS oleh Kerajaan Selangor telah dimaklumkan kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui sepucuk surat bertarikh 6 Jun 2014. KDEB pula dalam balasan suratnya kepada Puncak Niaga semalam menyatakan persetujuan secara prinsip dengan persetujuan tawaran itu.

Ada cap masjid tapi tiada sijil halal
13 Sya'aban 1435. [MOD] -

Walaupun menggunakan lambang masjid dan terdapat logo halal, produk sebuah syarikat rupaya-rupanya tidak mempunyai sijil sah halal keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
06 Jun 2014
WhatsApp sasar sumbang 1 bilion pengguna baru kepada Facebook
9 Sya'aban 1435. [MOD] -PALO ALTO, California: Walaupun sukar meningkatkan penggunaan di Amerika Syarikat dan beberapa pasaran lain, Pengasas Bersama WhatsApp Brian Acton yakin syarikat akan memberi sumbangan penting kepada bakal pemiliknya, Facebook Inc.
“Memang mencabar untuk terus berkembang di Amerika Syarikat. Begitu juga di Jepun dan Taiwan, tetapi kami boleh lebih berjaya dengan usaha lebih keras,” katanya pada StartX, forum untuk syarikat pemula yang diadakan dengan kerjasama Stanford University di sini malam tadi.
'Enakmen baru Johor langgar prinsip tanggungjawab'
9 Sya'aban 1435. [MOD] -

Pakar perlembangaan Abdul Aziz Bari berkata cadangan enakmen baru yang memberi kuasa yang luas ke atas Sultan Johor dalam satu lembaga perumahan adalah satu perkara aneh.
Malaysia akan rayu tambah kuota haji
9 Sya'aban 1435. [MOD] -

Malaysia akan cuba mendapatkan kuota tambahan jemaah haji daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan lebih ramai umat Islam menunaikan ibadah itu pada tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden PAS boleh keluar wad sehari dua lagi
9 Sya'aban 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Keadaan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kini sedang dirawat di wad hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul bertambah baik.
Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semalam doktor pakar yang merawat Tuan Guru Abdul Hadi memberitahu, dengan perkembangan positif itu, kemungkinan besar beliau akan dibenar keluar hospital dalam sedikit masa lagi.

Presiden PAS makin pulih, terima kunjungan pelbagai pihak
9 Sya'aban 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sejak dipindahkan ke wad biasa kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak putus-putus menerima kunjungan dari pelbagai pihak.
Semalam, beliau turut menerima kunjungan Sheikh Yussof Nada iaitu salah seorang pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir di zaman Imam Hassan al-Banna.
Semalam, beliau turut menerima kunjungan Sheikh Yussof Nada iaitu salah seorang pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir di zaman Imam Hassan al-Banna.
05 Jun 2014
PPIM saran k'jaan wujud akta produk halal
7 Sya'aban 1435. [MOD] -
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kerajaan mewujudkan Akta Produk Halal bagi melindungi kepentingan umat Islam dan integriti institusi Islam di negara ini.
Setiausahanya, Datuk Dr Ma'amor Osman berkata sistem pensijilan halal boleh menjadi satu sabotaj ekonomi dan malapetaka jika isu berkaitan makanan seperti kemelut penemuan DNA khinzir dalam coklat Cadbury tidak ditangani dengan betul.
Kuasa Sultan lebih luas melalui enakmen baru
7 Sya'aban 1435. [MOD] -

Kerajaan Johor akan membentangkan satu rang undang-undang baru di DUN pada hari Isnin untuk membentuk satu lembaga perumahan dan hartanah yang memberi kuasa kepada Sultan untuk melantik ahli lembaga, menyelia akaun dan juga untuk membubar lembaga tersebut.
Tujuh maut bangunan runtuh di Samarinda
7 Sya'aban 1435. [MOD] -
Jumlah kematian akibat keruntuhan bangunan rumah kedai yang sedang dibina di Samarinda, Kalimantan Timur, meningkat kepada tujuh pada hari Selasa, ketika pasukan penyelamat meneruskan operasi menyelamatkan mangsa di bawah runtuhan.
"Mangsa kelima ditemui pagi ini pada 4.25 pagi. Identiti belum dikenal pasti kerana pasukan pemulihan masih menjalankan bedah siasat," menurut Ketua Agensi Mitigasi dan Bencana Kalimantan Timur Wahyu Widhi Heranata sebagaimana dipetik
oleh Jakarta Globe pada Rabu.
Teluk Intan: DAP jangan salahkan pihak lain
7 Sya'aban 1435. [MOD] -
KOTA BHARU: Kelantan menolak andaian pemimpin DAP kononnya isu hudud menjadi faktor parti itu gagal mempertahankan Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya kecil (PRK) Sabtu lalu.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, DAP tidak sepatutnya menyandarkan kekalahan di Teluk Intan kepada orang lain tanpa melihat dalaman parti itu sendiri.
“Kalau hendak dakwa Teluk Intan kalah kerana isu hudud mengapa pula di Bukit Gelugor parti terbabit boleh menang sedangkan isu hudud juga hangat diperkatakan ketika itu.

Langgan:
Catatan (Atom)