DIBUNUH...anggota polis membawa masuk mayat mangsa ke dalam trak untuk dibawa ke HSB.
KUALA NERANG: Tiga lelaki ditemui mati dalam keadaan diikat dan badan
dipenuhi kesan tetakan senjata tajam dalam sebuah kebun getah
berhampiran Kampung Cebar, Tanjung Piring, dekat sini.
Mereka dikatakan diikat sekumpulan 13 lelaki kira-kira jam 11 malam
Sabtu lalu, namun seorang rakan mangsa berjaya meloloskan diri dan
membuat laporan polis kira-kira jam 1 tengah hari semalam.
Sumber berkata, mangsa yang terselamat itu dikatakan lewat membuat
laporan polis kerana bersembunyi selama satu hari dipercayai bimbang
anggota kumpulan terbabit berjaya mengesan jejaknya.
Menurutnya, lelaki itu kini dirawat di Hospital Kuala Nerang akibat kecederaan dialaminya.
Menurutnya, lelaki itu kini dirawat di Hospital Kuala Nerang akibat kecederaan dialaminya.
“Siasatan awal mendapati tiga lelaki yang ditemui mati berusia antara 18 dan 30 tahun. Semua mangsa dan rakan mereka yang membuat laporan polis dipercayai berasal dari Arakan, Myanmar,” katanya.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan