16 April 2008

Lembaga Displin UMNO takut ambil tindakan ?

Bermula dengan kenyataan keras dari Setiausaha Badan perhubungan UMNO Pahang,Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman supaya semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO melepaskan jawatan mereka baru-baru ini sebagai mengambil tanggung jawab atas kekalahan besar BN dalam PR Umum ke 12 lalu. ahmad Tajuddin meminta semua Ahli MT UMNO melepaskan jawatan masing-masing dan membentuk jawatankuasa protem bagi memberi peluang kepada perwakilan memilih anggota MT yang baru dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mengumumkan bahawa Badan Perhubungan UMNO negeri tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Ahamd Tajuddin kerana kenyataan yang dikeluarkan beliau bersifat peribadi dan bukan mewakili UMNO negeri.

Sesudah itu Ahmad Tajuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar meletakkan jawatannya kerana bertanggungjawab terhadap cadangannya. “Saya meletakkan jawatan kerana saya adalah rantaian daripada kepimpinan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang ada sekarang dan saya sekali lagi cadangkan supaya mereka melepaskan jawatan masing-masing,”

Cadangan demi cadangan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak supaya Pak lah Juga meletakkan jawatannya. Terakhir semuanya bercakap pula mengenai peralihan kuasa. Sehingga hari ini mungkin sudah hampir separuh pemimpin UMNO mencadangkan beliau berundur cepat. Terbaru seperti yang disebut oleh Kak Fidah ,"janganlah pula peralihan kuasa ini dijalankan dalam keadaan seperti nasi sudah menjadi bubur".

Dalam kemelut ini tidak timbul lagi persoalan tindakan displin kepada yang bercakap walaupun hendak maki hamun pemimpin mereka. Seingat saya kalau zaman Tun dulu sudah kena semuanya. Kononnya semuanya adalah pendapat peribadi maka tidak perlu ambil tindakan. Bukankah sebab peribadilah dia menjadi pendapat umum, ataupun peribadi itulah yang bercakap untuk kumpulannya sendiri walaupun kecil.

Demikianlah UMNO yang semakin parah, luka dan tercedera akibat kekalahan dalam PR yang lalu, semakin parah apa bila diasak bertubi-tubi oleh pemimpin mereka sendiri. Kita tunggu dan lihat episod yang berikutnya !

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt. YB Ustaz Khalil, saya terpanggil untuk menyatakan sesuatu. Peranan PAS PB perlukan kekuatan dan sokongan golongan Muda. Jadi, Pas PB perlu bekerja kuat untuk mendekati golongan muda, remaja ini. Dari pandangan YB sendiri apa perancangan yang telah digariskan untuk mendekati generasi muda.

    BalasPadam
  2. A'kum,
    terpanggil saya untuk memberi pendapat tentang persoalan untuk mendekati golongan muda:
    1. dekati mereka dengan cara
    berhemah, tidak menegur
    kesalahan mereka secara
    membabi buta atau membolehkan
    mereka tersinggung. Mereka
    juga mempunyai harga diri.
    2. Libatkan golongan muda untuk
    kerja-kerja kemasyarakatan
    seperti gotong royong, majlis
    kenduri, program keraian. Ini
    membuatkan mereka merasa diri
    mereka diperlukan.
    3. Bergaul dengan mereka seperti
    rakan-rakan mereka. Apabila
    sudah rapat mereka akan
    bersedia untuk membantu kita
    apabila diperlukan.
    4. Mendengar rungutan dan komen
    mereka dengan teliti dan buat
    tindakan susulan. Jika tidak
    mampu dilaksanakan, berikan
    langkah langkah alternatif
    agar mereka berpuas hati.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam