10 Februari 2009

Jenazah Ahli Parlimen Bkt. Gantang selesai disemadikan.

BATU GAJAH , 9 Feb :- Lebih 5000 orang menziarahi jenazah Almarhum Hj. Roslam Sharum di kediamannya di Changkat Larang di sini petang tadi. Jenazah yang sampai dari Hospital batu Gajah sekitar jam 3.00 petang telah ditunggu oleh saudara dan rakan taulan sejak lebih awal lagi.

Setibanya jenazah di rumah pada masa tersebut, bertali arus saudara dan rakan dari kaum Melayu, Cina dan India berdatangan untuk memberi ucapan takziah dan memberi penghormatan terakhir.

Antara yang hadir dan dapat dikesan ialah DS.Anwar Ibrahim,Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin,Dr. Hatta Ramli, Hj. Mahfodz Omar, Ust. Ahmad Awang,Ahli Parlimen yang lain serta ADUN-ADUN. Pemimpin tertinggi Parti pakatan Rakyat Perak dan Pegawai-pegawai kerajaan juga kelihatan hadir.

Sembahyang jenazah dilakukan sebanyak 3 kali, sekali di rumahnya dan dua kali di Masjid jamik Changkat Larang.

Jenazah disemadikan di tanah kubur yang berdekatan. bacaan talkin diketuai oleh YAB Menteri Besar perak dan Tahil di ketuai olehPengarah Jaipk ,Sheikh Mohd. Nor Al Hafiz.

Gambar menyusul kemudian...

13 ulasan:

  1. Ya Allah, jika inilah hikmah di sebalik polemik yang melanda negeri Perak ini, kau berikanlah kemenangan kepada rakyat dalam mencari pengganti MP Bukit Gantang, dan cucurilah rahmat yang beroanjangan buat rohnya. Amin

    BalasPadam
  2. SEDIHNYA RASA HATI INI.DISAAT2 GENTING INI..KITA KEHILANGAN INSAN YANG DEDIKASI PADA TUGASNYA.SEMOGA ROH BELIAU DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG YANG BERAMAL SOLEH

    BalasPadam
  3. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama para syuhada dan solihin, Aamin

    BalasPadam
  4. YA ALLAH
    AMPUNKAN DOSANYA
    LUASKAN KUBURNYA
    AMANKANNYA DI ALAM BARZAKH
    MASSUKKAN LAH HJ ROSLAN
    KE SYURGA MU DENGAN HISAB YG RINGAN
    AMIN AMIN AMIN

    BalasPadam
  5. Salam semua. Kemangkatan Hj Roslan Shahrom CAMPUR kesukaran Hj Nizar mentadbir negeri adalah sebahagian MEHNAH ALLAH di sepangjang jalan da'wah. "Kebetulan" ini tidak diwujudkan Allah begitu sahaja. Kita yakin dgn Allah dan akan terus bekerja memenangkan PAS/Pakatan

    BalasPadam
  6. Moga Allah mencucuri Rahmat atas Roh Allahyarham. InsyaAllah PAS pasti Menang.

    BalasPadam
  7. agak-agak zamry MB kudeta tu boleh baca talkin..tak,

    BalasPadam
  8. Perginya seorang pejuang, semoga diganti dengan ribuan lagi. Kepada Keluarga Allahyarham diucapkan takziah dan semoga Allah mencucuri Rahmat dan Maghfirah ke atas roh Allahyarham.

    BalasPadam
  9. Ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
    tempatkanlah hamba-Mu ini di kalangan mereka-mereka yang berbuat kebajikan kepada-Mu, dan juga di kalangan para syuhada, alim ulama' dan para solihin. Amin...

    BalasPadam
  10. Al-Fatihah buat Ustaz Roslan Shahrum...Semoga Allahyarham ditempatkan bersama para syuhada

    BalasPadam
  11. Semoga Allah mencucuri RAHMAT ke atas roh Allahyarham...Semoga keluarga juga dipayungi kesabaran sentiasa...Kami Pemuda Kelantan akan berkampung di Bkt Gantang utk pastikan PAS menang besar...Allahu Akbar...

    BalasPadam
  12. Semoga Allah mencucuri RAHMAT ke atas roh Allahyarham...pejuangan Islam

    BalasPadam
  13. Al-Fatihah, Maha Suci Allah dengan segala kehebatanNya. Moga ramai lagi penggantiMu di muka bumi ini. Salam perjuangan untuk rakyat Perak. PR tetap nombor one. Iman kita pegang, Islam kita julang, PR kita perjuangkan. Takbir.

    BalasPadam