15 Februari 2009

Parlimen Bukit Gantang: PAS ada enam calon

PAS mempunyai enam calon berpotensi bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada April 7 depan dan kini dalam proses menentukan calon yang paling sesuai.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pandangan daripada akar umbi juga penting dalam pemilihan calon.

“Pendapat daripada parti komponen dalam Pakatan Rakyat akan turut dipertimbangkan sebelum calon dinamakan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam menganalisa calon PAS yang mungkin akan bertanding di Parlimen berkenaan, saya sebelum ini telah mengemukakan 3 nama awal iaitu DS. Muhammad Nizar Jamaluddin, Ust. Idris Ahmad dan Ust. Nor Azli Musa.

Dalam beberapa hari terakhir ini saya menerima beberapa csdangan lain dari komen pembaca. Nama lain yang disebut ialah Ust. misbahul Munir masduki, Dr. Khairuddin Dato' Malek, Hj. Asmuni Awi dan, Hj. Mohd Sabu.

Apun nama yang disenaraikan, InsyaAllah saya yakin TG. Hj. Abdul Hadi Awang akan menggunakan kaedah yang sama untuk memilih siapakah calon yang paling sesuai iaitu dengan menggunakan kaedah solat istiqarah.

Itulah yang terbaik dan paling tepat serta mengelakkan pertikaian panjang pelbagai pihak dengan cadangan dan hujah masing-masing.

21 ulasan:

  1. kalu payah2 nak pilih tok guru.... kita pilih yb khali lam je la. bukan saja orang islam sokong kita,pasti orang cina juga akan sokong, masalahnya orang india tapi tapo, kapal sing kita ada kan....

    BalasPadam
  2. saya anak perak nak Ustaz Haron Din Al-Hafiz.........

    BalasPadam
  3. saya anak perak. tak kira siapa, janji menang dgn majoriti besar. moga pilihan tuan2 guru kita tepat macam di KT

    BalasPadam
  4. from areeve87.wordpress.com
    Amirul Mukminin tidak berhak memulangkan kuda dalam keadaan tempang ! Tuan mengambilnya dalam keadaan baik, maka seharusnya dikembalikan dalam keadaan baik pula ! Demikianlah dengan jelas dan penuh keyakinan seorang tabi’iy yang mulia membuat keputusan dalam perselisihan melibatkan khalifah Islam yang berpengaruh Umar al-Khattab r.a dengan seorang awam.Kes ini terjadi apabila kuda yang dibeli oleh khalifah menjadi tempang setelah digunakan.Tabi’iy yang dimaksudkan adalah seorang lelaki cerdik berakhlak mulia dari keturunan Yaman, dari kabilah al-Kindah, Syuraih bin al-Haris.Beliau yang tidak pernah dikenali sebelum itu di kalangan penduduk Madinah yang terdiri dari kalangan sahabat dan tabi’in yang hebat kini membuat keputusan yang membingungkan khalifah.Meskipun beliau tidak berkesempatan bertemu dnegan Nabi s.a.w namun keikhlasannya memeluk Islam disertakan dengan pengalamannya berada di zaman jahiliyyah sebelumnya menjadikan beliau seorang yang sangat memahami selok belok dan asam garam kehidupan.

    Kebijaksanaannya mengendalikan kes yang rumit itu telah menjadikannya masyhur, sehinggalah Umar r.a melantiknya menjadi hakim Negara Kufah yang merupakan salah satu wilayah besar Negara Islam yang beribunegarakan Madinah.Ternyata pemilihan Umar r.a itu merupakan firasat yang tepat apabila semua khalifah yang datang selepasnya hingga ke zaman permulaan Bani Umayyah, Mu’awiyah r.a terus mengekalkan Syuraih r.a sebagai hakim tertinggi mahkamah.Beliau diamanahkan jawatan itu selama lebih kurang enam puluh tahun, memutuskan hukuman secara adil , tidak berat sebelah dan saksama.Tidak kurang pula keputusan yang dibuat itu menyebelahi orang awam, sekalipun pedakwanya adalah orang bangsawan yang mempunyai kedudukan mulia.Antara kes yang turut mendapat perhatian dunia hingga ke hari ini adalah dakwaan khalifah Islam ke empat, Ali bin Abi Talib r.a terhadap seorang yahudi yang didakwa mengambil baju besinya yang keciciran darinya.Apabila kes itu diadili, Syuraih dengan emah lembutnya telah mengatakan : Wahai Amirul Mukminin ! saya meyakini bahawa Amirul Mukminin tidak akan berbohong.Namun kehakiman Islam menetapkan setiap pendakwa agar mengemukakan dua orang saksi.Ali r.a menyahut ya , bersama saya Qanbar , pembantu saya dan al-Hasan , putera saya sebagai saksi.Jawab Syuraih, maaf Amirul Mukminin, Islam tidak mebenarkan anak sebagai saksi ! Khalifah islam itu hanya mampu bertasbih dengan Subhanallah mendengar jawapan ringkas tetapi bermakna itu.Bukankah semua orang memaklumi bahawa al-Hasan dan a-Husin r.a telah dinobatkan sebagai ketua pemuda ahli syurga di akhirat kelak..Apakah orang berilmu seperti Syuraih tidak mengetahui hakikat ini atau dia mempunyai kepentingan tertentu? Tidak, sama sekali tidak kerana hukum yang telah ditetapkan Allah dan NabiNya adalah suatu yang tidak boleh diubah sesuka hati.Walaupun ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah disepakati oleh semua umat Islam tetapi perjalanan pentadbiran di dunia mestilah berdiri di atas kaedah-kaedah yang digariskan.Persaksian dalam Islam tidak boleh disokong oleh kaum keluarga, bagi mengelakkan conflict of interest.

    Ali bin Abi Talib r.a yang menjawat jawatan tertinggi dalam Negara akur dengan keputusan hakim mahkamah kerana bagi beliau keputusan hakim perlu dihormati bukan untuk dipertikaikan.Di luar jangkauan para pemerhati, yahudi yang didakwa tadi akhirnya telah mendedahkan bahawa baju besi itu sememangnya milik Ali yang ditemuinya tercicir.Beliau akhirnya mengisytiharkan keislamannya di hadapan khalayak selepas melalui pengalaman peribadi yang membenarkan keadilan Islam bahawa tiada siapa yang akan teraniya di bawah naungan Islam.(petikan dari Majalah Solusi bil. ke-3)

    BalasPadam
  5. Rakyat Perak memang jenis yang rasional terutama pengundi Bukit Gantang. Saya perhatikan penyokong PAS disini tidak bersifat kedaerahan. Calun yang bertanding disini bertukar-tukar dari calun luar dan tempatan dan terdapat juga kes calun dari BG bertanding keluar daerah.

    Cuma peluang untuk menang kali ini nampak terbentang luas dan calun yang paling berwibawa hendaklah jadi pilihan.

    Secara peribadi ... jgn marah ye .... saya memilih Naib Presiden PAS Tn Hj Mohamad Sabu untuk menggalas tanggung jawab sebagai ahli parlimen nanti.

    BalasPadam
  6. saya pon nak mat sabu jadi calon..hehe

    BalasPadam
  7. Siapa pun yang dipilih, kita harus sokong. Jangan ada lobi melobi, dan jika tak terpilih, jangan pula berkecil hati.

    Apa yang penting ialah semangat dan ukhuwah harus diperkukuhkan.

    BalasPadam
  8. salam,isteri saya orang perak,saya melaka.,kami nak Mat Sabu d calonkan

    BalasPadam
  9. mat sabut kaki betina, tak layak untuk parti islam kita

    BalasPadam
  10. salam..
    Nasihatku pada yang pakai nickname 'paslama'... pergilah jumpa abg mat mintak maaf sebelum ajal menjemput kamu... dia pasti maafkan... Amat malang jika dikau menghembuskan nafas terakhir kelak dalam keadaan kamu menanggung dosa menfitnah... sekadar peringatan...

    BalasPadam
  11. paslama-awk tahu mne matsabu kaki betina????ade bukti yg sahih???

    BalasPadam
  12. Drs,Sudi apalah kiranya calon harapan ,pimpinan masadepan tersenarai dlm perhatian pimpinan atasan.Setinggi penghargaan seandai beliau menjadi pilihan.Best Wishes to Ustaz Idris Ahmad. Ma Xiao Xze

    BalasPadam
  13. www.pemudakemehe1.blogspot.com memberi undi kepada MAT SABU.

    BalasPadam
  14. kito ake mane besar..anak2 mudo pakat mari

    BalasPadam
  15. ambo pilih ustaz ahmad awang..............

    BalasPadam
  16. nizar vs zambry

    BalasPadam
  17. kami Ahli Bukit Gantang nak calon tempatan yang umumnya telah dikenali ramai. Anak tok guru pula tu. semua orang tahu. Tak payah nak diperkenalkan lagi. Orang akan ingat jasa2 bapanya. Orang alim , ulama besar, . Dia pun dah kenal ramai orang. Orang ramai pun dah kenal dia. Keluarganya pun baik. Ini boleh mempengaruhi pengundi. Namanya Uataz Idris Hj. Ahmad

    BalasPadam
  18. saya amat setuju dengan cadangan Sahar tu....

    BalasPadam
  19. ustaz ahmad awang juga calon yg baik selaku Pesuruhjaya PAS Perak. Takbir!

    BalasPadam
  20. Sume nama yg tuan2 sebutkan adalah pemimpin yg hebat!.. mmg baik menjadi org penting, tetapi lebih penting menjadi org baik..

    BalasPadam
  21. Kami mahu calon tempatan. Orang ramai dah kenal keluarganya. Kami sokong ustaz Idris. Kelulusan pun baik. UMNO ambil calon tempatan, kita kena ambil calon tempatan juga. Saya tahu calon Umno I.... S.......

    BalasPadam