24 Februari 2009

Speaker Perak beri keterangan kepada Polis.

IPOH, 23 Feb.:-Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hari ini memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya kepada sepasukan tiga pegawai dan seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak.

Pasukan yang diketuai Ketua JSJK, Supt Amarjit Singh mengambil keterangan beliau di pejabat guamannya di Jalan Tun Sambanthan di Ipoh mulai jam 2.45 petang hingga 5.15 petang demikian maklumat yang dilaporkan kepada WM Cina Islam oleh ADUN Buntong, Siva Subramaniam sebentar tadi.

Hadir sama di pejabat guaman itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong Sivasubramaniam sendiri, Adun Canning Wong Kah Woh, Adun Simpang Pulai Chan Ming Kai, dan Adun Pokok Assam Yee Seu Kai.

Dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita selepas memberi keterangan itu, Sivakumar berkata beliau telah dihubungi oleh seorang pegawai dari JSJK yang memperkenalkan dirinya sebagai S.C Ng, semalam yang memaklumkan bahawa beliau perlu hadir di Balai Polis Sungai Senam bagi membolehkan polis mengambil keterangannya.

Bagaimanapun, katanya tujuan dan keperluan untuk kenyataannya itu direkodkan oleh polis tidak dinyatakan.

"Memandangkan saya mempunyai perkara lain yang perlu ditangani, saya memaklumkan kepada pegawai polis berkenaan bahawa saya bersedia menemui beliau pada 23 Februari (hari ini) untuk kenyataan saya direkodkan," katanya.

Sivakumar berkata beliau telah memberikan sepenuh kerjasama kepada polis dalam proses tersebut.

"Dengan bertemu pegawai polis berkenaan hari ini untuk merekodkan kenyataan saya, saya telah memberikan sepenuh kerjasama sehingga ke tahap kerjasama saya itu tidak melanggari atau menyalahi apa-apa peruntukan undang-undang di negara ini," katanya.

10 ulasan:

  1. Ya! Sungguh cekap dan pantas Polis bertindak terhadap aduan ... Teruskan usaha murn\ni anda pak polisi... hahhahaa

    BalasPadam
  2. aduan bekas adun bukit selambau terhadap ugutan2 yang telah diterimanya sehingga sanggup meletakkan jawatan exco dan adun dah siasat ker pak polisi.... Sonyap jer den tengok...

    BalasPadam
  3. Alangkah baiknya kalau polis kita secekap ini dalam kes kanak-kanak yang diculik.

    BalasPadam
  4. Ya!!! Dimanakan Sharlinie??? dah jumpa ker...

    BalasPadam
  5. Harap PDRM lakukan hal yang sama (siasat) pemimpin2 UMNO/BN setelah ada dakwaan salahguna kuasa/rasuah... sebagaimana moto, "MESRA CEPAT & BETUL"

    BalasPadam
  6. motto sebelum ni, MESRA CEPAT & BETUL
    motto PDRM sekarang; TEGAS ADIL & BERHEMAH.
    Harap2 mereka x langgar prinsip yang dibuat, kota apa yang dikata!

    BalasPadam
  7. Polis hanya cekap bila Tuannya UMNO tuding jari kat dia...."ayuh...bereskan..." maka berterbanganlah polis-polis mencari mangsa hingga kel lubang kubur sekali pun....Tapi kalau budak hilang...emmm....polis buat tak kisah jer....sebelah mata pun tak pandang...
    Inilah dia...bila Umno /BN dah terkena batang hidung sendiri dan dah sesak nafas...seperti biasa...orang suruhan kan ada, iaitu :
    1. POLIS
    2.SPRM
    3. RAJA/SULTAN

    BalasPadam
  8. baguih yb siva..kasi ajar itu b-end..diorang tarak ikut itu undng2 kerajaan tubuh negri wktu maw amik alih kerajaan negri..itu kuasa sdah termktub,itu b-end lg maw lawn ka??? sdah kna btg hdung sendri bru klam kabut..to zambry,u pnya muka mana mau tarok?? u tarak malu ka itu rakyt xda ska sama lu??lg maw tunjuk kata u mb. ka?

    BalasPadam
  9. betoi tu, si mamak bendahara haram 2 tak sedar diri, kerajaan haram dihujung tanduk, sampai kena pi London nak query...guna duit sapa nie...

    BalasPadam
  10. BETUL..BETULL..POLIS DI RAJA UMNO CUKUP CEKAP MENJALAN KAN TUGAS YANG DI AMANAHKAN OLEH PEMIMPIN UMNO...HARAP2 KAT BALAI2 DAN LOGO KAT BAJU POLIS TU TUKAR JER..POLIS DIRAJA UMNO(1 lagi komponen parti Bend)

    BalasPadam