06 Mac 2009

Akhbar : Najib jumpa Altantuya di kelab.

Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.


Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.
http://www.malaysiakini.com/news/99621

18 ulasan:

  1. habis lah najib lepas nie....nampaknya makin botak la tengah kepala dia yang dah tak dak rambut.nak pikiaq macam mana nak tutup kes antaltuya nie.pastu nak pikiaq boleh ka dia nak jadi PM. inilah balasan ALLAH terhadap sumpah yang dia lakukan.sikit demi sedikit ALLAH tunjuk apa yang dia lakukan. tak tau la PLAN apa pula dia nak buat lapas nie, mungkin X mungkin Y mungkin Z semata-mata nak tutup perbuatannya. sekarang nie ramai orang dah letak tanggapan negetif pada dia. malulah wartawan luar sampai boleh buat cerita tenyang dia. bertaubatlah selagi pintu taubat masih rebuka lagi.dah berapa banyak dah orang yang kau tindas.

    BalasPadam
  2. Salam,

    mungkinkah ini permainan dalaman orang 'kerajaan' bagi menafikan peralihan kuasa akhir bulan ini. Tambahan pulak termakan sumpah dah kawan kita ni... jangan sekali permainkan sumpah. Kita nantikan adakah peralihan kuasa bakal dilaksanakan..

    BalasPadam
  3. Salam.. najib... bersumpah la bnyk2 lagi.. org x der pun yg suruh dia bersumpah.. tiba2 jer kluar tv dok bersumpah.. poodahhh... ko tunggu la nasib ko najib. mesti ko sekarang xleh tido lena kan.. dibayangi hanti altantuya... wakakakaka... baikkkkk punyeeeeeeeeee.......

    (harapan63)

    BalasPadam
  4. Hmmmm, Zambry tak malukah dengan hal ini? Bila ADUN bersidang bawah pokok kerana dihalang masuk bangunan SUK malu konon kerana dunia melihat...
    Hairan dengan manusia jenis ini yang malu dengan usaha menegak kebenaran tapi tak malu dengan dosa, maksiat dan jenayah.

    BalasPadam
  5. Salam.....

    Aku tak nak tau sapa yang siar secara meluas berita Bijan Mulut Merah nih.

    Yang aku tau...marilah sedara sedara sekalian bersama Pakatan Rakyat...kita kuburkan Bijan Mulut Merah, Big Mama, UMNO dan BN nih. Aku sanggup jadi si penggali kubur dalam hal nih.

    Ayahanda Lajin tu jangan kita lupakan pula. Dia tetamu utama tu nanti.

    BalasPadam
  6. Ha..ape lagi najib? Nak nafikan? Saman la kalau brani...

    BalasPadam
  7. najis, najis...mampuih hang

    BalasPadam
  8. Salam... dr ahmad.ayahanda lajin? ayahanda PUKIDA tu?..wakakakaka... apa barang dia.. dia makan besi ke? klau setakat mkn nasi juga xpayah la lajin. dah nama pun jin.. laaaa... jin.... wakakaka... ko ni perasan yg org takut kat ko ke? dgn budak2 boleh la ko bertempek. ko jadi otai budak2 jer la..nak membela agama,bangsa dan tanahair konon. nak kena belasah lari lintang pukang sampai tertumus-tumus menyorok belakang fru. ko x malu ke jin? nama ganas, muka piang.. tp penakut. sapa punya ayah-anda la ni? anak2 dia x tanya ker.. kenapa bapak jin lari lintang pukang? bapak takuuuut? wakakaka.. puihhh..!!! xtau malu punya org. aku ni mengidam nak terajang muke ko jer jin.

    (harapan63)

    BalasPadam
  9. Sape pengerusi PEKIDA Malaysia?

    BalasPadam
  10. dengar je pekida, aku meluat tahap gaban.

    BalasPadam
  11. Pendedahan akhbar Peranchis sudah pasti memburukkan nama Malaysia di mata dunia.

    Inilah yang terjadi apabila keadilan tidak ditegakkan kepada yang hak. Seandainya ini masih tidak menyedarkan rakyat tentang keburukan manusia bernama Najib, pastilah ia suatu bencana buat negara ini selepas dia dilantik menjadi PM.

    Saya yakin Sirul Azhar dan Azilah Hadari DIARAHKAN MELAKUKAN TUGASAN, dan inilah hakikatnya.

    BalasPadam
  12. Munkin juga ada benar cerita ni...Hm, Najib tu kan handsome, berkulit sawo matang macam Rahim Thambi Chik...wwakakaaa...- mana pompuan tak gila...!!! Rosmah pun sanggup tinggalkan laki dia dulu...!!! He..He..
    Macamana rekod Imigeresen masuk Atantuya ke Malaysia boleh hilang...??..dia masuk cara haram ke...?..Mana dapat bom untuk letupkan arwah tu...? Tak masuk akai..!!..
    Di negara2 Barat, kita dikenali dengan nama bapa kita (Surname). Cuba bayangkan bila Atantuya masuk Malaysia, pegawai imigeresen mesti tanya, apa tujuan datang ke Malaysia...sudah pasti arwah kata nak jumpa Razak... maka persoalan timbul...adakah Najib RAZAK atau Razak BAGINDA..?? Berapa banyaklah Najib bayar nak dapatkan Rosmah tu... Selain Allah, Najib aje yang tahu or may be Razak..or yang dapat upah makan tak habis tujuh keturunan...siapa arah lenyapkan arwah..!!!
    Aduhai...malu Malaysia ada bakal PM with records...

    BalasPadam
  13. kenapa la rakyat Malaysia ni payah sangat nak paham.
    hampa sedaq dak,tak lama lagi sekoq penyangak besaq bakal memegang kuasa paling besaq negara.
    habih punah la Malaysia yang dah nak punah ni...

    BalasPadam
  14. ha ha ha kalau Najib Altatuya tu bukan tpm aku rasa bukan Altatuya..opah dia pun tak sio...kah.kah..kah bukan hensem pon..tapi pasai dia tpm ...banyak duit....sapa pun jatuh cinta pandang pertama ..ha ha haa..kalau dugong betina pandai kira duit pun akan kata jatuh cinta bila tengok Najib....ha...ha...ha...lagi satu bila tengok bini dia Rosmah Mansur...jenuh aku perhatikan..tapi tak naik pun nafsu nengoknye..heran aku..apa yang lawa sangat..dia ni...jauh lawa mendiang Altatuya....Najib ni dah juling ke paa???Woi Najib kalau aku jadi hang si Rosmah tu aku letak c4 letupkan...kah kah kah kah....pasai nengok muka dia yang pakai botox tu pun...hilang selera dekat tiga minggu....uwekkk...aku ingat masa dia cium salman khan pun jenuh Salman khan balik cuci pipi dia..wakakakakaka....

    BalasPadam
  15. Ngeri membaca laporan Sirul Azhar. Begitu mudah anggota polis kita melakukan pembunuhan, seolah-olah tiada nilai pada nyawa manusia langsung. Apakah jenis manusia yang tergamak melakukan tindakan begitu? Asalkan dapat upah lumayan, sanggup lakukan apa saja. Kalau begitu anggota polis kita tak lebih dari 'hired killer'. Apalah nasib rakyat Malaysia, pihak yang patutnya membela kita, adalah penjenayah dan pengkhianat! Polis, pemimpin, Sultan, semuanya tiada rasa kasih atau kasihan pada rakyat.
    Mudah-mudahan ujian yang menimpa PR akan meningkatkan keimanan dan keinsafan. Jangan sampai terleka dengan dunia hingga hilang sifat kemanusiaan

    BalasPadam
  16. esok wartawan francies pula akan hilang....tunggu n lihat jee...pastu lepas 1 week wartawan tarik balik kenyataan.....hehe under table la

    BalasPadam
  17. Saya dok di Kg Weng, Baling, kerja potong (menoreh) getah, tidak bersekolah tinggi. Namun saya mampu menilai kerja2 pendakwa, dan hakim dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

    fikirkan; rekod imegresen kemasukan Altantuya hilang, Razak dibebaskan pembela tanpa membuat rayuan, Amy (sepupu Altantuya) dihalau selepas beliau mengemukakan gambar Najib bersama Altantuya kepada mahkamah, perbincangan dalam bilik Tim Perdana Menteri, Saksi Musa Safre tidak dipanggil, Najib tidak dipanggil memberi keterangan dan lain-lain lagi tak larat nak tulis dah.

    BalasPadam
  18. najib najib...asik nak berdalih je...bukti gambar ngan altantuya ada,masih x nak ngaku salah...bleh wat statement x kenal mangsa...camne nak kenal klu da buta mata hati...pemimpin camni ke kita nak pilih?mcmana nak ta'at pada pemimpin klu pemimpin bnyak tuduhan skandal ngan pemimpin ada hubungkait ngan jenayah?memang dalam AL-QURAN ALLAH perintahkan kita ta'at pada pemimpin...tapi pemimpin tersebut perlu ta'at dulu pada ALLAH DAN RASUL-NYA...ingatlah...di mahkamah dunia kita mungkin dapat lepas,akhirat sana x de can nak lepas...
    "pada waktu itu KAMI TUTUP MULUT MEREKA DAN TANGAN2 MEREKA MEMBERITAHU KESALAHAN MEREKA DAN KAKI MEREKA PULA MENJADI SAKSI TENTANG APA YANG MEREKA USAHAKAN"[YAASIIN,AYAT 65]
    INSAFLAH....WASSALAM

    BalasPadam