14 Mac 2009

Plak Pokok Demokrasi dirosakkan.


Tinggal kenangan, pagi ini plak ini didapati pecah berkecai.


IPOH : Plak Papan Tanda Pokok Demokrasi yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin pada 8 Mac yang lepas didapati rosak teruk dan pecah berkecai dipercayai telah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Demikian saya dimaklumkan melalui talipon oleh seorang warga Ipoh yang melawat tempat itu pagi ini.

Beliau mempercayai papan tanda itu telah sengaja dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Papan tanda itu diletakkan di situ sebagai memperingati satu Mesyuarat Tergempar DUN Perak yang berlangsung pada 3 Mac yang lepas. Mulai itu pokok tersebut mendapat perhatian dan mendapat kunjungan ramai dari berbagai pihak.

Setelah plak diletakkan, lebih ramai pengunjung yang datang untuk bergambar di pokok itu. Blog ini pernah melaporkan sehingga 10 hingga 20 berada di pokok dalam satu-satu waktu tertentu.

28 ulasan:

  1. Plet ??? Pipeline End termination?? Plet kereta??

    BalasPadam
  2. biasa la...
    negara jakun...
    cuba barang depa yang rosak(kena sabotaj)
    hari2 keluaq TV.
    tuduh orang tu tuduh orang ni yang buat.
    hat depa buat.
    buat2 tak tau ja...

    BalasPadam
  3. apa tokmudim merepek dan merapu nie....

    BalasPadam
  4. Drs,Dlm Ekonomi merudum ni mamat si vandalisme tu tak boleh fikir mcm mana nak menjana ekonomi negeri.Kan "raintree" tu dah jadi tourist spot.Tentu pelancung akan singgah di Ipoh.Paling tidak ramai peniaga boleh meniaga cendoi,pasembor dll.Agak agak siapa punya angkara? Nona Ratana Chulaborn.

    BalasPadam
  5. itulah yg slogan Malaysia Boleh,boleh merosakkan harta benda org lain,ini mesti keje juak2 UMNO....

    BalasPadam
  6. esok, pokok pun diorang tebang....

    BalasPadam
  7. dah tentu lah akan rosak..sebab kerajaan halam bn yg duk perintah..masalah sultan bila nak pangil nizar ni..ke memang tak pangil kut..kesian sungguh la kat org perak...daripada istana sampai la polis cabuk..semua out

    BalasPadam
  8. tok mudim dah sasau dan nyanyuk maklumlah dah lanjut usia macam umno juga.rakyat dah tk nak guna khidmat tok mudim kerana dah tak sesuai dizaman yg serba maju spt skrg begitu juga umno, rakyat dah tak nak pada umno pasal umno masih guna cara lama, ketinggalan zaman..... umno dan tok mudim hanya tinggal sejarah....

    BalasPadam
  9. Letak baru punya, kemudian pasang kamera 24 jam. Orang pecah lagi, tapi dapat tangkap!

    BalasPadam
  10. Hangpa jangan buat perangai...mudah melatah.
    Mula-mula Dr hanya post perkataan "Plet" , tu yang aku tanya ??. Kemudian baru Dr post yang penuh. Plak bukan plet.

    BalasPadam
  11. jakun, dengki hasad...semualah!

    BalasPadam
  12. Don't give two hoots about the plaque.
    But please, spare the tree.

    Tree Hugger

    BalasPadam
  13. Teka siapa punya angkara? Jangan tuduh-tuduh nanti dapat dosa. Tapi kalau tak mahu tuduhpun tentu telunjuk akan tuding juga. Pada siapa? Al-maklum. Terang lagi bersuluh.

    BalasPadam
  14. SABAR,jangan marah,jangan cepat melatah,itu semua dah jadi kebiasaan.Pokok yang tak pandai bercakap,kalau lama2 dok marah kat pokok, akan bolih bercakap. Tak pecaya cakap aku,malam jumaat bulan mengambang kau orang datang ramai2 dok bawah pokok diam2,kau orang dapat mendengar suara pokok menangis dek kerana kerajaan perompak,dan pokok itu akan merayu agar DBI jangan bunuh dia,dia tak bersalah yang bersalah POLIS yang tidak benar guna dewan diSUK Perak.

    BalasPadam
  15. kalau dah 3 penjuru.

    mesti dari kalangan 3 penjuru jugak.

    huhu

    BalasPadam
  16. Dengki lah tu... memamng puak2 diorang samseng2 belaka

    BalasPadam
  17. pecah kena petir kot...

    BalasPadam
  18. Baru semalam saya ambil gambar di situ. Masa tu lunch hour jadi orang lain pun ada - Melayu, Cina, India dan anak-anak sekolah. Busuk hati betul....

    BalasPadam
  19. tok mudim...jgn marah...semua tengah emosi tentang isu ini...:)

    BalasPadam
  20. pecah 3 penjuru? adakah angkara puak 3 line? jakun sungguh puak2 ni, dengan plak demokrasi tu pon nak dengki,

    BalasPadam
  21. Rasa rasanya tak perlu cakap pun orang ramai dah tau siapa punya angkara... Ini adalah kerana dok heboh dalam media elektronik saluran tv tertentu oleh seorang yang mengaku konon jadi MB bahawa adanya pokok tersebut adalah puncak penderhakaan. Beliau tidak pula mengimbau sejarah di KT bahawa ada orng yang merentangkan kain sepanduk mengatakan natang pada Yang d Pertuan Agung sbg puncak penderhakaan. Mungkin, beliau tak suka nak mendalami sejarah walaupun ada PHD..tak taulah macam mana boleh dapat title Dr. Entah2 pakai matawang kot? May be...

    BalasPadam
  22. Buatkan lagi satu plak... kalau perlu ada giliran jadi 'JAGA', aku sanggup satu slot..

    BalasPadam
  23. khas buat tok mudim,dihari jumaat yg mulia ni saya dgn rendah hati mohon maaf andai terasa, skrg ni semua tengah tension baik orang BN atau PR...... cuti sekolah dah start ni, mesti ramai orang nak sunatkan anak.... tok mudim mesti tak menang tangan punya... ada kerja kosong ke? tolong bawa beg pun boleh la..

    BalasPadam
  24. sidang bawah pokok adalah satu sejarah, pokok pun dah terkenal seantero dunia, vandalisma pada plak satu penghinaan terhadap kerajaan yg dipilih rakyat.... saya cadangkan supaya unit amal berkawal disitu takut nanti pokok tu pulak kena tebang.....

    BalasPadam
  25. wat dgn besi la pulak.mesti xpecah.

    BalasPadam
  26. Apalah korang semua bergaduh tentang plak yang pecah di bawah pokok demokrasi ini. Daripada bergaduh, lebih baik kita cari jalan penyelesaian untuk plak yang pecah itu.

    Kalau boleh, buat satu lagi plak, gantikan yang pecah. Promosikan pokok demokrasi supaya pelancong boleh lihat dengan mata sendiri. Kalau pecah lagi plak tu, kita akan tahulah ada orang yang dengki dengan kerajaan Perak pilihan rakyat (PR). Kalau pecah lagi plak tu, kita boleh letak signboard menunjukkan ke arah pokok demokrasi. Apa salahnya kan? Siapa-siapa pun boleh tengok pokok demokrasi asalkan ada arah menunjuk ke pokok demokrasi.

    Banyak alternatif yang boleh difikirkan sebenarnya. Kita cuma kena ambil tindakan yang betul. Itu sahaja. Terima kasih.

    BalasPadam
  27. Ini mesti kerja babi hutan ipoh ni. "Pemuda celaka" betul
    Hidup MB Nizar !!

    BalasPadam
  28. Drs,Hari ni depa pecah plak entah mlm esok pi tebang pokok sena tu.Maklum lah dah dekat Perhimpunan Agong UMNO berebut nak dpt credit.Saya akan turun ke Perak esuk ziarah anak di Kolej Matrikulasi Gopeng.Satu famili nak berposing "under the raintree".Lepas tu langsung ke Taiping nak hadir majlis walimatulurus anak sdra.Agak agak dan dak lagi.Dengar khabar Mamat songkok tinggi di gaji Zombrie rekod berapa ramai pengunjung setiap hari. Cura Sicuit cuit.

    BalasPadam