26 Mac 2009

Sedikit musibah.

Kelmarin 25 Mac badan sedikit kurang selesa rasanya, makan pun kurang selera. Saya banyak berehat di rumah. Mungkin kerana sejak akhir-akhir ini tidur tidak menentu dan kurang isterehat.

sekitar jam 6 semasa bersiap untuk ke Bukit Gantang saya masuk ke dalam tandas seperti biasa. Entah kenapa musibah mendatang, tergelincir dan saya sempat berpaut di singki namun ia tidak sekuat mana lalu ia jatuh berkecai bersama jatuhnya badan ini ke lantai.

Pembantu saya Razi dan Pak Din yang berada di bawah bergegas ke tingkat atas dengan bunyi singki yang jatuh, dan jeritan dari anak kesayangan Aiman, Abi jatuh, Abi jatuh....

Kalimat pertama setelah saya sedar dari keadaan yang belaku sekelip mata itu ialah, innalillah wa inna ilaihiraajiuun....

alhamdulillah hanya tangan yang mengalami sedikit luka namun sempat darah menitis deras sebelum dihentikan dengan tuangan minyak gamat. Belakang dan badan ini masih terasa sakit sampai pagi ini.

Malam tadi saya berangkat juga ke Bukit Gantang, sempat ceramah di UPU Jebong walaupun orang tidak seramai mana dalam keadaan hujan lebat yang berterusan.

Bila menerima talipon adakah saya berangkat atau tidak dalam keadaan kurang sihat, saya katakan "jumpa pembesar suara hilanglah sakit tuu".

16 ulasan:

  1. saya doakan YB akan terus sihat dan dilindungi oleh Allah dari sebarang musibah.

    Adakalanya musibah ini sebagai kekuatan kita dalam meneruskan tugas sebagai khalifah.

    BalasPadam
  2. Setiap kejadian ada hikmahnya...Mudah-mudahan YB akan dilindungi Allah dari segala keburukan...

    BalasPadam
  3. hati hati tuan haji,
    kalau boleh lantai tandas biar kasar sedikit. terpaksa pasang tile atau lapik plastik.

    awas sedikit kerana di tandas la berkumpulnya para syaitan yang mengganggu perjuangan.

    - rentakjari -

    BalasPadam
  4. semoga tuan dilindungi oleh ALLAH..TAKBIR

    BalasPadam
  5. Alhamdullillah YB, teruskan perjuangan mu wahai anak muda. Jangan takut dan jangan gentar ALLAH bersama mu.

    BalasPadam
  6. drs, satu ujian tu..moga selamat selalu..hehe tapi bila beri ceramah tetap mantap..TAKBIR!!!

    BalasPadam
  7. Semoga YB terus istiqamah dalam perjuangan... kami tetap bersama2 YB.... TAKBIR!!!!!

    BalasPadam
  8. dugaan la tu...
    tanda nak menang...
    Allah gantikan kesakitan itu dengan kemenangan.
    Insya'allah...

    BalasPadam
  9. Syafakallah ya Drs..

    BalasPadam
  10. terima kasih dengan doa yang mengiringi sedikit musibah kecil ini...

    BalasPadam
  11. Salam, sheikh. Welkam to Jebong, dulu kawasan padi yg menghijau dan "da best laksa buyong" (org juai tuh naik gerek, sedap oooo) depa juai kat tepi "gertak" Walau bagaimana semoga Allah memulihkn YB secepat mungkin , Ameen.

    BalasPadam
  12. yang berkelapangan boleh bersama saya di balai polis changkat jering jam 2.30 petang ini...

    BalasPadam
  13. Saya mendoakan YB cepat sihat seperti sedia kala. Amin.

    BalasPadam
  14. Semoga YB sentiasa diberi perlindungan oleh Allah SWT.. aminnn..!!

    BalasPadam
  15. Drs,Semoga dah sembuh,Dek keterbatasan waktu dan kesibukan dikantor disertai ujian pondok kecil dipecah org lalu dibawa lari bersama laptop yg baru dibeli setahun lantas hasrat kerap melawat tak kesampaian.Diwaktu senggang ini hanya mampu bertandang.Wish YB with a good health and take care. Nona Ratana Chulaborn.

    BalasPadam
  16. Teruskan perjuangan semoga mendapat kemenangan

    BalasPadam