29 April 2009

Kesahihan MB Perak: Mahkamah Tinggi diminta putuskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai siapa Menteri Besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan wujud pertikaian fakta dalam dua afidavit yang diikrarkan oleh Mohammad Nizar dan Penasihat Undang-undang Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Prosiding untuk meneliti afidavit Ahmad Kamal akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada Isnin.

Ini merupakan kali kedua kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi.

Kali pertama ialah pada 23 Mac apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan isu membabitkan tafsiran Perkara 16(6) Undangundang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi dan hanya boleh dirujuk semula ke Mahkamah Persekutuan melalui rayuan.

Alauddin, Hakim Besar Malaya Datuk Ariffin Zakaria dan hakimhakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusuf dan Datuk James Foong hari ini dijadual mendengar permohonan Zambry, yang difailkan pada 21 April, untuk memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah. BERNAMA

BERITA TERDAHULU
KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan memutuskan agar Mahkamah Tinggi yang menentukan fakta-fakta yang menjadi pertikaian berhubung soal pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam krisis politik Perak, yang bermula awal Februari lalu.

Sidang lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Mohd. Sheriff membuat keputusan sebulat suara hari ini dengan menekankan bahawa terdapat fakta-fakta dipertikaikan yang harus didengar oleh Mahkamah Tinggi.

Permohonan untuk semakan kehakiman ditetapkan 4 Mei ini.

Dalam permohonannya, bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar negeri itu.-mstar.

22 ulasan:

  1. Bubar je le.Tak payah menyusahkan hakim.banyak kes tertangguh

    BalasPadam
  2. Nampaknya hakim-hakim bermain bola beracun. Masing-masing cuba "pass" bola ke pihak yang satu lagi supaya tidak terkena badi kemarahan rakyat.Kita tengok siapa yang berani membuat keputusan dan kepada siapakah ia mengalah, rakyatkah atau raja...?!

    BalasPadam
  3. betul tu bubar kan je DUN Perak..biar rakyat yang pilih sape menteri besar..

    BalasPadam
  4. betul tu bubarkan je Dun Perak..biar rakyat yang tentukan sape menteri besar..

    BalasPadam
  5. Jebat Musibat4/28/2009 4:50 PTG

    Penting...
    nak tgk Mahkamah malaysia nih duduknya kat level mana.

    BalasPadam
  6. Sebenarnya mereka cuba setiap penjuru untuk menunjukkan kuasa demi menidakkan kuasa rakyat. Tapi mereka lupa bahawa apa saja yang mereka lakukan tetap membazirkan harta rakyat termasuklah perbicaraan mahkamah.

    BalasPadam
  7. MAMAK CAPATI4/28/2009 5:12 PTG

    EI TAMBI! BUBARE!!!!

    BalasPadam
  8. Drs,Se andai takdir selsema khinzir.Dr Mexico ia terlepas semena mena bersin nya terpalit pada ADUN ADUN Bebas lalu di istihar SPR .DUN negeri Perak dibubar! Jentera piliharaya PR dah bersiap siaga? Nona Ratana Chulaborn.

    BalasPadam
  9. saya sokong mamak capati.

    matstim.

    BalasPadam
  10. ala besa la,hakim2 dh mula nak main wayang...
    suara rkyat dh x pnting bg mereka2 yg tamak.

    BalasPadam
  11. Bubar je Tuanku. Patik harap sgt ni..

    BalasPadam
  12. Rasanya tak kan bubar. Sebab mereka tahu mereka akan kalah. Dulu masa kuat, mempermainkan mandat rakyat. La ni, dah nak masuk kubur, barulah mohon restu rakyat. Allah Maha Berkuasa dan Bijaksana. Takbir!

    BalasPadam
  13. krisis diperak...sekira pihak hakim tinggi akal budi, penegak keadilan dijagat maya ini...,tiada pilihan lain, keputusan yang benar demi kebenaran ialah 'bubarkan dun' adakan pilihan raya, biar rakyat yang menentukan siapa pemimpin mereka. bukan mahkamah atau hakim atau raja. sekiara hakim atau raja nak gunakan kuasanya, tidak perlu pilihan raya, tidak perlu demokrasi, pilihlah siapa saja pemimpin yang mereka nak.

    BalasPadam
  14. kamek org sinun4/28/2009 8:07 PTG

    kenakla si mamaktu nya takut gilak bubar duntuk? mamak baculke?

    BalasPadam
  15. saya setuju kalau DUN di bubarkan.
    serah mandat pada rakyat.

    BalasPadam
  16. Ampun Tuanku! Sembah patik harap diampun - Izinkan patik menutur sembah - apalah kiranya atas budi bijaksana duli Tuanku, maka dititahkanlah agar DUN Perak dibubarkan! Patik menyembah ampun ke duli tuanku kerana negeri Perak negerinya hebat, antara negeri yang kaya di Malaysia, rakyatnya rajin berkerja, orang-orang banyak yang cerdik, ianya adalah negeri kepada Nenek Mentua Patik dan negeri yang kerap menjadi ulangan patik ke Kuala Kangsar.

    Tuanku adalah tunggak negeri - rakyat sentiasa mengharapkan kebijaksanaan Tuanku - Lupakanlah Nizar - Lupakanlah Zamrey - Rakyat menjunjung kasih tuanku dalam negeri demokrasi!

    Jika sembah patik ini tidak perkenan oleh tuanku, janganlah diapa-apakan patik kerana patik hamba yang dhaif tidak ada niat dan daya upaya menentang tuanku! Ampun Tuanku! Sembah Patik harap diampun!

    BalasPadam
  17. kenapa perlu jalan yg jauh untuk selesaikan masalah di perak sedangkan perlembagaan telah menunjukkan arah yang paling mudah, ia itu pembubaran DUN. mengapa perlu belajar undangx, jika tidak mahu memahaminya. inilah masa UMNO/BN boleh menunjukkan kebaikkan mereka kepada rakyat yang sebenar. rakyat sekarang memandang hakim dimalaysia IQnya sama taraf dengan kerani walaupun gaji mereka mahal.

    BalasPadam
  18. Tah kalau tak nak bubar lepas ni pilihanraya bagi je Hakim2 tu je yang gi ngundi....

    Sesuka hati je rakyat yg patut pilih sape yg patut memerintah.Tu ler namanya Sistem Raja Berparlimen.

    Ni tak pakai sistem Ber pak dia je....tak paham betul ler orang giler kuasa

    BalasPadam
  19. ....slow slow bubar pun tak apa, biar mamak zambry menderita dari hari ke hari cakap pun dah merapu....

    BalasPadam
  20. Kalau kita membaca buku 'Saya Pun Melayu' oleh Zaid Ibrahim, kita dapat mengetahui Zaid begitu keciwa menjadi menteri undang-undang kerana keenganan pemimpin-pemimpin UMNO merombak perlantikan hakim dan ketua hakim supaya bebas dari pengaruh orang politik dan hartawan.

    Mungkin salah satu sebabnya UMNO boleh dapat banyak faedah dari hakim yang tidak bebas ini.

    BalasPadam
  21. Beberapa bekas hakim kata bubar, Mamak Mahadhirpun kata bubar,Tengku Razalipun kata gitu, masalahnya dua budak hitam (MB dan SUK dan penyebuk 'Anak Antung' masih syuk sendiri kalau tak cepat dah proses bubar: kalau mereka ni dah kata bubar Sultan nak kata lain tak betullah..!

    BalasPadam
  22. bubarrrrrrrrrrrrla tuanku. kami rakyat nak pilih pemimpin kami. kami yang tahu sape layak.
    kalau tak de rakyat sape nak sembah tuanku. pemimpin tak sembah cyme cium tangan je itu pun dlm kejijikan.

    BalasPadam