12 April 2009

Polis halang program Nizar dan Anwar di Ipoh.

Pihak polis telah menghalang program Forum Rakyat anjuran Angkatan Muda PKR yang sepatutnya dihadiri sama oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin di Dewan Orang Ramai Sungai Rokam. Semua laluan ke dewan tersebut telah ditutup oleh pihak polis sejak petang tadi lagi. Orang ramai begitu kecewa dengan sikap pihak polis yang telah menutup pintu demokrasi di Perak. Sedangkan program tersebut dianjurkan oleh sebuah parti yang halal di Malaysia. Pihak polis tidak memberi sebarang sebab dan alasan yang munasabah mengapa program tersebut dihalang. Penganjur memang tidak memohon permit, kerana ia diadakan di permis JKKK yang Ketua Kampung memberi kebenaran untuk digunakan. Tempat berlangsungnya program tersebut diadakan di dalam dewan dan kawasan sekitar yang berpagar.

Menurut Cikgu Ali Husein, Ketua Kampung Sungai Rokam, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana pihak menggunakan dewan tersebut. UMNO atas tujuan apa program sekalipun, beliau sebagai Ketua Kampung tiada halangan untuk membenarkannya. Beliau tidak faham mengapa kebenaran yang diberikan olehnya sebagai Ketua Kampung dihalang oleh pihak polis, sedangkan permis tersebut adalah di bawah kuasanya sebagai Ketua Kampung. Program tersebut pula diadakan di dalam dewan.

Tindakan polis menghalang program tersebut diadakan jelas bertentangan dengan slogan PM yang baru iaitu 'rakyat didahulukan'. Program ini adalah program antara pimpinan PR dengan rakyat. Rakyat ingin tahu perkembangan terkini isu-isu negara pasca pilihanraya Bk. Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Rakyat ingin mendengar penjelasan dari pucuk pimpinan tertinggi PR iaitu Anwar Ibrahim. Selain itu, rakyat Perak khususnya warga Ipoh ingin mendengar ucapan Ahli Parlimen baru Bukit Gantang, Hj Nizar Jamaluddin.

Orang ramai percaya, Anwar Ibrahim dan Hj Nizar semakin berpengaruh dalam merubah pemikiran dan pendirian politik rakyat di Perak yang seterusnya akan mewujudkan satu gerakan menjatuhkan kerajaan haram BN di Perak. Gelombang Bukit Gantang bakal melanda bumi Perak. Lantaran itulah, polis digunakan oleh UMNO BN untuk menyekat pengaruh ini.

Posted by MisbahulMunir at 10:58 PM

8 ulasan:

  1. Kezaliman demi kezaliman yg ditaja UMNO mesti kita tentang, pastikan rakyat tahu betapa zalimnya mereka dalam menindas rakyat.

    BalasPadam
  2. Umno dah terdesak.Najib memulakan tugas sebagai PM terakhir BN dengan kekalahan yang memalukan.Terlampau rakus dan terlampau mengikut nafsu sehingga lupa Allah yang menentukan semuanya.

    BalasPadam
  3. push for vote of no confidence and call all aduns in perak again. This time make sure we able to do in dewan. if this are not allowed, we wait until dewan is not functional anymore which will push for dewan to be dissolved by itself. InsyaAllah.

    BalasPadam
  4. Apabila PM Najib melantik sepupunya sendiri menjaga KDN, maka kita dapat meramalkan perkara-perkara yang akan berlaku, dan tidak akan berlaku, sepanjang Najib menjadi PM.

    BalasPadam
  5. kalau UMNO, buat apa pun polis tak kacau!
    tarian semi-bogel pun no problem..

    BalasPadam
  6. TUNGGU PR MEMERENTAH BARU DEPA TAU!
    BAGAN TIANG(ada tiang kah?)Titi Serong(ada titi kah?) TANJUNG PIANDANG(ada tanjung kah?)
    PARIT BUNTAR?(ada YB LIMidham kah?)

    BalasPadam
  7. harapanmalaysia4/12/2009 12:33 PTG

    Akanku haramkan anakku kerja polis selagi kerajaan tidak bertukan kepada Pakatan Rakyat.Huhu

    BalasPadam
  8. Lambat laun ada pengambilan POLIS, anak-anak PAS/PKR lah yang duyun duyun datang ambil borang,tinggi x cukup pun datang juga,perut buncit pun datang juga. Ha Ha Ha ....

    BalasPadam