22 Mei 2009

ADUN Manek Urai Kelantan meninggal dunia.

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang saya terima sebentar tadi dan juga saya telah mendapat pengesahan dari Speaker DUN Kelantan, Ust. Nasharuddin Daud yang memaklumkan kepada saya dia juga menerima mesej yang sama selepas sembahyang subuh pagi ini.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..

Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.

Al Fatihah.....

30 ulasan:

  1. Salam takziah.
    Dari ALLAH kita datang kepada NYA kita dikembalikan.

    BalasPadam
  2. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,,
    saya mewakili kaum kaluarga dan sahabat handai ingin mengutuskan salam takziah baat waris dan kaum keluarga ALMARHUM HJ ISMAIL,,SEMUGA JASA2 TUAN KAT DUN MANIK URAI DIRAHMATI ALLAH DAN SENTIASA DI KENANG OLEH KAWAN MAHUPUN LAWAN

    DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH JUA LAH KITA KEMBALI

    GUGURNYA SEORANG LAGI PANGLIMA PAS DI BUMI INI

    TAKBIR!!!!!

    BalasPadam
  3. salam takziah..buat keluarga allhyarham...semuga allah mencucuri rahmat atas roh nya..amin

    BalasPadam
  4. takziah..
    Al-Fatihah

    BalasPadam
  5. PENDEKAR LAUT5/22/2009 8:07 PG

    Semoga Allah mencucuri Rahmat atas Roh Allahyarham dan ditempatkan di golongan syuhada'..Amin..
    Kepada kita yang masih hidup..PERJUANGAN MASIH PANJANG DAN MESTI DITERUSKAN...Pemimimpin datang dan Pergi..

    BalasPadam
  6. Al-Fatihah....Pergi seorang Syahid

    BalasPadam
  7. AL-FATIHAH......PERGINYA SEORANG SYAHID

    BalasPadam
  8. Salam Takziah kepada ahli keluarga YB.Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas ruhnya.

    BalasPadam
  9. takziah.. semoga rohnya bersama org2 dicintai Allah... dan kami insyaAllah akan mengikuti tuan kesana juga nanti...

    semoga Allah permudahkan segala urusan al marhum ketika didalam kubur...
    amin!

    kekosongan lagi satu.... semoga kebenaran sentiasa mengatasi kebathilan... PAS tidak akan pernah gentar dalam menegakkan agama Allah dibumi ini... insyaAllah.. Allahu Akbar!

    BalasPadam
  10. Takziah di ucapkan,,sesungguhnya setiap orang daripada kita ALLAH telah menetapkan tarikh dan masa untuk untuk menemuiNYA,,,,tunggulah giliran kita seterusnya,,,,aminnnn

    BalasPadam
  11. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. kehilangan seorang pejuang Islam yang lama di DUN Kelantan.

    BalasPadam
  12. Al-fatehah,semoga roh Allahyarham paksu mail dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,kepada keluarga Allahyarham semoga tabah menghadapi ujian dari Allah,darinya kita datang dan kepadanya kita kembali,Amin.

    BalasPadam
  13. Al-fatehah,semoga roh Allahyarham paksu mail dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,segala jasa dan pengorbanan akan tetap dikenang,kepada keluarga Allahyarham semoga tabah menghadapi ujian dari Allah.Darinya kita datang dan kepadanya kita kembali.Amin

    BalasPadam
  14. Salam takziah untuk keluarga allahyaham. Semoga rohnya dicucuri rahmat. semoga ahli keluarga dan rakan2 srta sahabat handai juga rakyat yang beliau wakili agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah ini. Akhirnya kita juga akan menyusul nanti cuma beliau telah menamatkan janjinya dengan Allah pada hari ini.
    AL Fatihah

    BalasPadam
  15. Al-Fatihah..Moga Allah membalas segala amalannya..amin.

    BalasPadam
  16. perginya seorang mujahid bertemu rabbul jalil...semoga ditempatkan bersama roh2 pejuang islam...amin...

    BalasPadam
  17. Al FATIHAH SEMOGA ROHNYA DICUCURI ALLAH TAALA

    BalasPadam
  18. AL FATIHAH

    BalasPadam
  19. Alfatiha

    BalasPadam
  20. Alfatihah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para solihin.

    BalasPadam
  21. سلام تعزية!!! الفاتحة للمرحوم يغبرحرمت إسماعيل يعقوب. لعل الله يجعلك من أهل جنته الفردوس, ودعاءنا معك يا مجاهد فى سبيل الله, اللهم آمين يا رب العالمين!!!

    BalasPadam
  22. al fatihah Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para solihin.

    BalasPadam
  23. al fatihah....
    kita kehilangan seorang lagi pejuang islam..
    semoga ALLAH akan mengantikan dengan yang lebih baik..

    BalasPadam
  24. Al-fatihah

    Saya merupakan anak jati kg Manek Urai
    Takziah diucapkan utk keluarga Allahyarham Paksu Mail

    Insyaallah Sy akan balik ke Manek Urai utk mengundi nanti...

    Perjuangan Tetap Diteruskan!
    Allahuakbar

    BalasPadam
  25. Al-Fatihah

    Sy merupakan anak jati Kg Manek urai
    Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Paksu Mail

    Insyaallah sy akan balik mengundi nanti

    Perjuangan Tetap Diteruskan!
    Allahuakbar!

    BalasPadam
  26. AL FATIHAH...

    BalasPadam
  27. SAYA ANAK JATI KAMPUNG MANEK URAI MENGUCAPKAN SALAM TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA ALLAHYARHAM PAK SU WILL.....
    KAMI PEMUDA TERUS MENYOKONG PEJUANGAN ISLAM...

    TAKBIR.......ALLAHU AKHBAR...TAKBIR ALLAHU AKHBAR........

    BalasPadam