13 Mei 2009

Ku Li sokong DUN Perak dibubar.

Pemimpin berpengalaman Umno menyokong tindakan menteri besar Pakatan Rakyat di Perak mengusulkan kepada istana agar membubarkan DUN bagi mengatasi kemelut politik sejak Februari.

Mengulas keputusan mahkamah memberi semula jawatan menteri besar kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembubaran "satu-satunya cara" keluar daripada krisis tersebut.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata bekas naib presiden Umno itu di blognya.

Di awal krisis ini, Tengku Razaleigh telah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan.

Beliau juga telah mencadangkan pilihanraya negeri diadakan atau rakyat akan semakin meluat pada Umno.

Dalam tulisan terbarunya, bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 berkata kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir lebih kurang tiga bulan "selama ini haram dan semua keputusan serta kontrak yang dibuat olehnya tanpa asas perundangan."

Tindakan kerajaan BN di Perak juga tidak sah menghalang sidang tergempar DUN pada awal Mac dan usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan Speaker, V Sivakumar pada persidangan paling kecoh, Khamis lepas.

"Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan.

"Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan (susulan itu) ia mencemarkan Umno dan BN," katanya.

"Isu sebenarnya adalah perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan sistem beraja dilindungi selagi mendukung keunggulan perlembagaan dan hasrat rakyat."

10 ulasan:

  1. Ajak Kuli Join Pakatan Rakyat

    BalasPadam
  2. kalaulah semua pemimpin UBN macam Ku Li tak jadi huru haralah negeri Perak...

    BalasPadam
  3. ramai lagi ahli UMNO sependapat dengan TG LI termasuk saya.Hari jumaat 8.may saya hantar pendapat saya tapi pehak tuan tidak terima

    BalasPadam
  4. dah ramai yg mula lontar kemarahan dekat si ani si anu . sendiri mau fikirla beb

    BalasPadam
  5. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan YM Ku Li, selaku rakyat Perak saya mengharapkan agar Baginda Sultan dapat memperkenankan pembubaran DUN, biarlah rakyat yang menentukan siapa pemimpin yang mereka kehendaki, melalui piliharaya yang adil, telus mengikut prinsip demokrasi.
    Saya sangat menghormati YM Ku LI, seharusnya semua pemimpin UMNO berfikiran seperti beliau, berpegang kepada prinsip undang-undang, dan biarlah rakyat menjadi hakim. Rakyat sekarang sudah cerdik dan matang berfikir serta membuat keputusan. Diharapkan UMNO janganlah memperbodoh-bodohkan rakyat dengan kenyataan yang mengarut,mengugut dan berbagai-bagai lagi. Insaflah wahai pemimpin-pemimpin UMNO. bawalah muhasabah diri, zaman kamu hampir/sudah berakhir.

    BalasPadam
  6. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan YM Ku Li, selaku rakyat Perak saya mengharapkan agar Baginda Sultan dapat memperkenankan pembubaran DUN, biarlah rakyat yang menentukan siapa pemimpin yang mereka kehendaki, melalui piliharaya yang adil, telus mengikut prinsip demokrasi.
    Saya sangat menghormati YM Ku LI, seharusnya semua pemimpin UMNO berfikiran seperti beliau, berpegang kepada prinsip undang-undang, dan biarlah rakyat menjadi hakim. Rakyat sekarang sudah cerdik dan matang berfikir serta membuat keputusan. Diharapkan UMNO janganlah memperbodoh-bodohkan rakyat dengan kenyataan yang mengarut,mengugut dan berbagai-bagai lagi. Insaflah wahai pemimpin-pemimpin UMNO. bawalah muhasabah diri, zaman kamu hampir/sudah berakhir.

    BalasPadam
  7. Kalau Bubar DUN AKU TURUN... DARI KL KE PERAK... TAK PUAS HATI DUN BEHRANG TU...

    >>>BUDAK KAMPUNG<<<

    BalasPadam
  8. Macam mana kuncu2 UMNO tak nak dengar nasihat ketua2 mereka nie.Mahadet kata gopoh dan KU LI pulak kata tak ikut perlembagaan.Inilah akibatnya bila kita tak Walak kepada ketua.Buat sesuatu keputusan ikut nafsu dan jangan terjadi kepada PAS.

    BalasPadam
  9. Beberapa bulan lepas seolah2 rakyat Perak dibelenggu oleh pemerintahan kuku besi. Rakyat kata taknak, UBN paksa terima jugak. Skrg PR sedang usaha mohon bubarkan DUN supaya rantai yg membelit leher rakyat terungkai....Takbir!Beberapa bulan lepas seolah2 rakyat Perak dibelenggu oleh pemerintahan kuku besi. Rakyat kata taknak, UBN paksa terima jugak. Skrg PR sedang usaha mohon bubarkan DUN supaya rantai yg membelit leher rakyat terungkai....Takbir!

    BalasPadam
  10. bg KULI borg msuk pas kt die...
    hehehehe

    BalasPadam