23 Mei 2009

Manek Urai: PAS harap BN tidak tanding

KUALA LUMPUR: PAS berharap Barisan Nasional (BN) yang tidak meletakkan calon di Penanti, turut mengambil langkah serupa di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil.

"Saya mencadangkan Umno tidak tanding, tidak masuk... kalau masuk pun kalah.


"Saya rasa akan kalah, insya-Allah akan kalah, bukan saya cakap besar," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali di sini hari ini.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Malek Urai, Kelantan akan diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi tadi.

Mustafa berkata, PAS tetap akan meletakkan calon di Manek Urai.

Isnin lalu Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak bertanding di Penanti, tindakan pertama sejak 8 Mac 2008 .

Selain menjimatkan kos, kata beliau, keputusan pilihan raya Manek Urai tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri.

Pilihan raya kecil kawasan DUN Manek Urai perlu diadakan dalam tempoh 60 hari sejak kekosongan wujud.

Kerusi itu disandang oleh Ismail selama lima penggal kecuali tahun 2004. Mstar.

6 ulasan:

  1. Pi mai pi mai tang tu juga!
    berani BN bertanding.Jom bantai kuat2 sama dia.

    BalasPadam
  2. ana sokong cadangan ust lim, sokong sokmo

    BalasPadam
  3. Najib tak boleh nak tipu rakyat lagi.Kalau PRK Penanti dia cakap tak bertanding sebab rakyat diutamakan tidak mahu membazir wang rakyat.Kali ini Allah akan buktikan yang Najib ni penipu besar.Kalau BN bertanding pula di Manek Urai.

    BalasPadam
  4. apa reaksi najib.....
    tak bertanding di penanti.., alasan = itu mainan politi pembangkang.... kita banyak lagi agenda yang perlu dilaksanakan.., satu pembaziran wang rakyat.., dan lain2

    kalau tak bertanding jugak di manik urai, najib dan konco2 nye memang takde telur....,sah..,

    BalasPadam
  5. sazmiesaz shah alam/kelate5/22/2009 4:00 PTG

    saya yakin BN tak berani letak calon kat Manek Urai kalau letak pun insya-Allah 'wat abis duit jah'

    BalasPadam
  6. Saya nak pulak dengar apa kata UMNO @ BN, sama ada nak bertanding atau tidak di kerusi Manek Urai ini. Sebabnya, macam di Penanti, belum bertanding dah angkat bendera putih. Sebabnya, mereka tahu UMNO @ BN akan kalah. Samalah juga di Manek Urai ni. Sure kalah punya......sebab rakyat tengah marah kat IMNO @ BN.
    Sekali pilihanraya kecil, UMNO @ BN akan habis berjuta-juta ringgit sebab nak ambil hati pengundi. Buat pembangunan ekspres, janji sana-sini. Mahu tak habis duit banyak. Bila bertanding.....kalah pulak tu. Heheeeee.....baik jangan bertanding jugalah!!!

    BalasPadam