27 Jun 2009

Kubur Islam di Singapore

Oleh : anuarani

Mereka berlumba-lumba mendirikan kubur bertaraf 5 Star.

Berikut adalah Kawasan Perkuburan Islam di Singapura.

Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.

wALLAHua’lam.





20 ulasan:

  1. Dah deme ada duit...agk2nya itu aje cara yg nmpak utk sedekah simati. Kat M'sia kt pn byk kubur mcmtu..

    BalasPadam
  2. DiMalaysia pun apa kurangnya. Kalau yang meninggal itu orang ternama atau keluarga kepada orang ternama maka ada juga dibina binaan marmar. Walau pun ramai mufti tapi tak berani nak tegur. mereka tidak takut pada syirik.

    BalasPadam
  3. Ikut la umat Arab Saudi..kubur raja pun sempoi jer..

    BalasPadam
  4. sebab orang alim ulamak mulut bisu,tak berani nak beritahu kebenaran. masa kebumi tu kan iman ada sekali...

    BalasPadam
  5. Ada mufti pun bukan berani nak cakap yg benar....

    BalasPadam
  6. kubur pun jadi tempat macam nak membezakan antara si miskin dengan si kaya, padahal dok kat dalamnya tu, semuanya setaraf sahaja. hanya iman yg membezakannya.....

    BalasPadam
  7. tapi ade riwayat, yang Nabi letakkan satu ranting yang berdaun kat atas kubur. sbb tu ade org letak bunga. tapi tabur2 bunga n, sy tak berani nak ckp la ape hukumnya. selagi tak bercanggah ngn ape nabi buat, takpe la. and takleh gak nak haramkan benda sesuka hati.

    BalasPadam
  8. kita kena balik pada lah ISLAM yang sebanar....

    BalasPadam
  9. Cuba lihat kubur Baqiq di Madinah dan kubur Maa'la di Mekah, kubur baqiq sejak 1430 dulu hingga kini tak penuh,penuh, tapi kubur di Malaysia Masya'Allah kita boleh bezakan kan yang mana orang kaya dan miskin kubur pun nak dibeza-bezakan itulah hakikatnya kita di Malaysia nie.

    BalasPadam
  10. alo tanpanama 7:56am .. orang bukan haramkan sesuka hati tapi berpandukan hadis sohih berikut:

    Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:
    Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
    “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
    (Hadith Riwayat Imam Muslim)

    BalasPadam
  11. nama kubur islam hiasan macam kubur cina

    BalasPadam
  12. nama kubur islam hiasan macam kubur cina

    BalasPadam
  13. kalau nak semua ikut balik zaman nabi,naik untalah kaita hari ni je....

    BalasPadam
  14. Baba siam cakap baik2...
    Silap cakap boleh gugur iman kita sebagai muslim.
    Maksud tanpa nama ikut zaman nabi tu,ikut balik ajaran asal Islam yang disampaikan nabi.
    Apa maksud baba siam semua naik unta hari ni?
    Samakah dengan maksud hukum hudud tak sesuai zaman ni sebab ia sesuai di zaman nabi je..
    Samakah maksud sebab nabi bela janggut kerana takde pisau cukur..
    Jaga percakapan jika hendak melibatkan nabi tercinta..

    BalasPadam
  15. manusia kalau takda feel islam dalam diri...macam tu lah....segala tindakan...tidak menurut fikrah islam....

    BalasPadam
  16. Hmmm...
    sepaham aku la...
    memang haram membuat binaan di atas kubur.
    tapi, hanya pada tanah wakaf.
    jika tanah persendirian boleh.
    tapi, jangan berunsurkan keagamaan lain dan bazir.

    pasal yang baba siam cakap tu pulak.
    yang aku paham.dia hanya cakap pasal zaman nabi.bukannya perihal nabi.

    BalasPadam
  17. boleh tengok keadaan camni di wakaf Perkuburan Bukit Kiara rasenye... siap guna granit mahal, rumput karpet di sekeliling kubur.. Wallahu'Alam

    BalasPadam
  18. memang da haram kubur orang ni...

    BalasPadam
  19. apelah orang nie nak buat kepok dan nisa pun nak lawa2. kan membazir berdosa kita kalau buat kubur si mati itu.

    BalasPadam
  20. Ada orang mampu bina mahar dan cantik apa awak susah ? Duit untuk kemewahan dan keselesahan. Kalau tidak apa guna perlu duit banyak-banyak.

    BalasPadam