07 Ogos 2009

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Email Oleh : safarizal saleh

Kenyataan Media (4 Ogos 2009)

HIMPUNAN BUBAR DUN PERAK; STADIUM PERAK DIPILIH

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kerana Kerajaan Pusat bersedia untuk menyediakan tempat yang bersesuaian untuk berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan akan dikotakan.

DPPN Pk akan menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran untuk mendesak supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak seperti yang telah dibenarkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini. Himpunan tersebut bakal akan diadakan di Stadium Perak, Ipoh dan tarikh bagi himpunan tersebut akan dimaklumkan kemudian.

DPPN Pk amat menunggu kenyataan seperti yang telah dinyatakan oleh Datuk Seri Najib dan dengan keputusan Kerajaan ini akan melebarluaskan sistem demokrasi dalam negara kita. DPPN Pk amat yakin juga bahawa semua pihak mesti akur tuntutan demokrasi yang ada didalam negera kita ini.

DPPN Pk berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan memberikan kerjasama penuh nanti. DPPN Pk juga berharap kenyataan Datuk Seri Najib adalah benar dan tidak berselindung dengan motif politik kotor Umno / Barisan Nasional (BN).

DPPN Pk akan mengutus surat kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi memohon menggunakan Stadium Perak, Ipoh manakala akan juga mengutuskan surat kepada Ketua Polis Negeri Perak untuk memberikan kebenaran perhimpunan tersebut. DPPN Pk berharap semua pihak akan akur dengan kebenaran daripada Datuk Seri Najib.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


22 ulasan:

  1. hahaha.. kita tengok, apa reaksi tok jib. kalo kobau atau lombu, kita pegang pada talinya. manusia ni, kita pegang pada cakap atau janjinya.

    mana tokjib pilih? tok jib pilih nak jadi manusia, kobau atau lombu?

    BalasPadam
  2. Pemuda melangkah gagah,merentasi kaum.Pemuda membawa perubahan. Perak milik rakyat negeri Perak.

    BalasPadam
  3. dol kakirempit8/06/2009 5:57 PTG

    ini satu lagi lahabau,
    nak bubar apa lagi. kalau dah tak ada kiusa majoriti diam2 ajalah.

    bodo betul la pemikiran mamat ni. tu pasal budak2 pas tu bodo2. dah la bodo ambil orang bodo jadi ketua. pas tu buat kenyataan bodo.

    tak tahu kira ker...

    28+3 sama ke dengan 28. yang lebih tu namanya majoriti. kalau dah majoriti maknanya dialah yang menang.

    yang nak sorak2 nak buat perhimpunan tu buat apa

    bila dah kumpul ramai2 kutip duit. itu lah kerja korang. last2 kutip duit, yang mamat2 ni pun bagi lah

    sudah la.....DPPN Pk

    BalasPadam
  4. buyung ara payung8/06/2009 6:32 PTG

    Bab ini kome nak bebenor ya !. Kalau ke masjid haram nak. Kalau nak dengor ceramah agama langsung la. Kalau ceramah politik oleh Tok Guru sesat kome it bepusu pusu kome datang.

    BalasPadam
  5. insyaallah dia bagi tu kalau dia janji

    BalasPadam
  6. saya harap kali ni , kita buat perhimpunan ni secara besar-besaran , jemput semua pegawai tertinggi NGO yg menyokong pembubaran dun seperti suhakam dan ngo-ngo lain , jemput juga Tg razaleigh.Biar semua pihak melihat isu dun perak ini bukanlah isu terpencil atau hanya melibatkan negeri perak tetapi ia akan jd rujukan di masa depan sbg dibolehkan sekiranya tiada tindakan diambil untuk mendesak dan menekan pihak Umno dan Istana Perak untuk membubarkan DUN .Dulu mungkin rakyat perak majoriti menghormati dan taat kepada institusi diraja melayu terutama raja perak namun kini rasanya sultan perak patut sedar,jika benar sultan adalah payung rakyat , sepatutnya sultan mendengar kehendak rakyat dan bukannya mendengar kehendak parti politik yang zalim seperti UMNO .

    "Tanpa rakyat , siapalah raja , tanpa rakyat , siapalah pemimpin"

    BalasPadam
  7. saya risau je dalam tengah kita berhimpun dalam stadium tu nanti dibuatnya dikurung kita dari dalam ditembaknya dengan bom asap 300 das .... peerrfffhhh

    BalasPadam
  8. hahaha... biasa la.. depa dah main wayang lagi... tgk kenyataan zambryyy kt mstar.com.my dia kta kita nk berseronok shj berkumpul di stadium tu nanti... haha kong koli kong... kom kam

    BalasPadam
  9. najib kata leh gunakan stadium bertempik la sampai ke subuh

    BalasPadam
  10. ramai tgh tunggu komen najib ni termasuk berkaitan tuntutan pemuda PAS ingin menggunakan stadium bukit jalil utk perhimpunan rasaksa pemuda pakatan...

    lambat bebenor najib ni cari jawpan..hehe

    BalasPadam
  11. masalahnya depa jenis khinzir so ada saja alasan nya nak kata tak boleh!

    BalasPadam
  12. jadi sesumpah

    BalasPadam
  13. Ya manusia berpegang pada janjinya. Jangan pula sudah berjanji nanti memungkirinya pula..MUNAFIK namanya.. Boleh ke Dato Seri Najib tunaikan janjinya itu.. Boleh ke Menteri KDN tolong DSN tunaikan janji itu.. nanti permit polis entah kemana janji entah ke mana...

    BalasPadam
  14. tokjib klu pilih jdi kobau, konpom rye aji nie, ana cop dlu utk wt korban or akikah hahahahaaa....

    BalasPadam
  15. "..opsss... ruginya aku terlepas cakap ari tu. Macam mana ni.. dia org dah betul2 mintak nie..."

    mungkin itulah antara dialog dalaman diri Najib sekarang ini... kan dah menyesal tak sudah.

    Bagi Najib jangan tak bagi... jangan sampai rakyat tengok Najib lidah bercabang.

    BalasPadam
  16. tokjib cume bagi cadangan aje, keputusan muktamat - polis.

    Klu polis tak kasi permit - haram.

    Tindakan undang2

    Ingat tu.

    BalasPadam
  17. kakirempit memang celaka!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  18. MAJLIS ILMU BERSAMA TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL BANJARI AL MAKKI:

    Rujuk jadual kuliah di bawah:

    http://ibanmuslim.blogspot.com/2009/08/jadual-kuliah-bersama-tuan-guru-syeikh.html

    BalasPadam
  19. macam2 dah janji. bukan nie saja...
    mana dia berani..
    1malaysia & semenjak malaya tau..

    BalasPadam
  20. kaki2 ampu amno gila di persilakan BLAH dari blog ni ye...komen sedara macam pemimpin2 kamu juga yg lidah bercabang.

    BalasPadam
  21. kalo boleh sblum puasa la kita buat himpunan besr-besaran,ak dh tak sabo ni...hahahaha
    najib dh bg lesen..

    BalasPadam
  22. cantiklah tu berhimpun dlm stadium..
    pastu pggl artis buat konsert tunjuk bontot..
    hahaha....

    BalasPadam