05 September 2009

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

11 ulasan:

  1. member pencen keramat9/04/2009 4:26 PTG

    Al Fatihah.......
    Semuga saf kepimpinan PAS bersedialah dari sekarang untuk PRK dan intai2 lah siapa yang benar2 layak yang akan menjadi ayam tambatan pada PRK kali ini.Biarlah anak tempatan yang berkelayakan dan mesra rakyat. Insya Allah PAS akan memperolehi kejayaan. Takbirrrrrrrrrrr

    BalasPadam
  2. dulu, BN majoriti 4k
    sekarang, BN majoriti 2k
    nanti, BN hilang majoriti terus la...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, nampaknya satu lagi gelanggang medan tempur baru dibuka oleh Allah SWT... Mudahan2 sekali lagi PAS memungut mata prestasi terbaik di PRK DUN Bagan Pinang..
    InsyaAllah..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. al fatihah

    http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=metro0909

    http://www.panduanafd.com/index.php?ref=metro0809

    BalasPadam
  6. innalillahhiwainnailaihirajiun... pilihanraya dikawasan anak tiri, sebab permatang pasiir anak emas, tumbangkan UBN

    BalasPadam
  7. Kemenangan di kwsn ini jika diperolehi akan membuatkan BN semakin goyah! Bg PR, inilah masa utk buktikan dan rampas kwsn BN. Yg lepas2..sume kwsn PR kan..Oleh itu..buktikan PR boleh!

    BalasPadam
  8. Drs,Setelah kalah 7-0 di Semenanjung,rasa nya BN akan "all out" utk mengembalikan maruah nya yg hilang.Sekali lagi peranan bloggers PR akan menggempur kubu kuat UMNO.Bersama kita berdoa di limabelas Ramadhan terakhir agar ALlah mengurniakan kemenangan buat PAS.Berusaha dan bertawakal. Nona Ratana Chulaborn.

    BalasPadam
  9. member pencen keramat9/05/2009 10:34 PG

    Di NS ada 36 DUN
    BN 21
    DAP 10
    PKR 4
    PAS 1
    SEMUGA DUN PAS JADI 2

    BalasPadam
  10. insyallah kapal selam akan timbul di bagan pinang, KD ??????????

    BalasPadam
  11. InsyaALLAH berkat doa dan kesungguhan semua PAS akan menang.

    BalasPadam