09 Oktober 2009

Kapal TLDM terbakar.

Asap berkepul-kepul naik dari KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut kira-kira 6 pagi tadi. -Foto THE STAR.

14 ulasan:

  1. cokoh cik latih10/08/2009 10:56 PTG

    asalamualaikum YB, kejadian ini berlaku 6.30 pagi tadi.KD Sri Inderapura yang telah diguna selama 15 tahun dalam perhidmatan TLDM sebenarnya berusia 40 tahun yang telah digunakan oleh Amerika,dan kejadian kebakaran ini telah berlaku kali yang kedua dimana pada kejadian yang pertama telah melibatkan ratusan juta duit rakyat untuk membaik pulihnya,beli kapal buruk nak guna macam kapal baru,selagi enjin hidup selagi tu nak suruh berlayar.Main belasah saja,nasib baik tak melibatkan nyawa anggota TLDM kita

    BalasPadam
  2. boleh beli baru pulop laa lebih canggih lebih banyak sikit emmmmmm.

    BalasPadam
  3. salam YB,,suruh MP PR bangkitkan perkara ni dalam persidangan nanti,,betul kata ulasan yg pertama tadi,kejadian ini telah 2 x berlaku..barang lama berlagak pakai cam barang baru,,sampai bila aset2 ketenteraan kita nak guna benda2 lama

    BalasPadam
  4. mcm di rancang je.... sb p.raya nak guna duit.masuk lagi komisen..kali ni zahid pulak ..paling kurang 50 juta beb...

    BalasPadam
  5. Ataupun praktikal bomba TLDM?

    BalasPadam
  6. abih lagi duit aku....bn2.

    BalasPadam
  7. salam yb
    kapal tu dulu pernah mencetuskan kes rasuah yang melibatkan orang atasan,kontractor dan orang awam..mengakibatkan ada anggota tldm yang diberhentikan dari perkhidmatan..
    kenapa...sebab tak jujur..pembaikan ada unsur rasuah dan keji..menipu..benda tak rosak dikatakan rosak..spare part di dalam pegangan kapal di kitar semula oleh kontraktor dan anggota yang tak tahu halal haram..
    saya yakin yang kejadian ini berulang ulang dan ALLAH menunjukan kuasaNYA kerana manusia cuba menunjukkan ketidakalpaan mereka terhadap amanah yang diberikan...
    yang menjadi masalah pastilah anggota bawahan yang akan pasti menjalani board of enquires..yang duty..dan mungkin ada yang kena hukum...
    rasuah itu adalah amat biasa di dalam tentera..sampaikan peralatan tulis pun boleh dapat berjuta seorang..apa lagi peralatan yang mahal...
    tidak hairan lah jika kita lihat ada pihak kontraktor dan supplier yang mampu ber BMW dan ber MATA BELALANG dalam satu atau dua bulan baru berkecimpong dalam bidang itu..heran tak..pasti orang orang yang berkenaan dan warga tldm serta manjung dan lumut sedia maklum tentang perkara ini..
    yang menjadi masalah adalah rakyat sekelian..yang terpaksa membayar untuk semua sedangkan yang kenyang adalah segelintir cuma..
    kesiannya rakyat malaysia..dihina oleh pemimpin..dan juga sesama rakyat yang sedikit bertuah seterusnya dihina pula oleh pendatangpendatang asing yang semakin bermaharajalela disana sini..
    luahkan saja perasaan anda sebab paling kurang dapat memberi kelegaan yang sementara sebab jika harap kerajaan untuk mengatasinya..ibarat menunggu altantuya hidup kembali..bukan sampai kucing bertanduk ya..kah..kah..kah..

    BalasPadam
  8. telanjangkan terus apa yang terjadi sebenarnya biar dunia tahu rasuah adalah perosak rakyat.

    BalasPadam
  9. david ahmad muniandy10/09/2009 9:26 PTG

    semua kenderaan angkatan perang adalah kenderaan secondhand.

    BalasPadam
  10. petanda nak kalah di bagan pinang, takbir

    BalasPadam
  11. dulu aku keje jual alatulis cuba masuk tender2 ... bape sangat ler dapat nya..oleh sebab aku tak reti nak 'hulur', aku tak dapat..bsru graduate,universiti dan mak bapak aku tak ajar aku sume tuu..orang ajak aku kuar,paling tidak, expect aku belanja makan..tu yang aku ketawa sorang kalau teringat kisah ni..dia ajak aku makan kat 'THE SHIP'Pertama Kompleks..mahal tuu..bila nak bayar, aku diam jer..dia terpaksa bayar...RM90 sekali makan..aku ada RM2jer.. naik bas lagi..mendengus mamat tuu kena bayar..tobat tak nak jumpa aku lagi..ha ha..maaf lah, memang aku fresh graduate dari kampung dulu..

    BalasPadam
  12. Salam YB. mmg betul byk peralatan angkatan ATM terkini semua nye dibeli secara secondhand..

    BalasPadam
  13. mula2 kapal laut TLDM 'ter'bakar, lepas tu enjin jet TUDM plak kena curi.elemen keselamatan xder lansung atau dibuat2 bagi mengantikan yag baru?

    BalasPadam
  14. Hangpa semua ni tahu cakap je.... Cakap org tu salah, org ni tak pandai, org ni makan rasuah.... Cermin diri tu sikit.. Takde org yang nak susah... Mereka kat TLDM dah berusaha sehabis baik... Berkhidmat untuk negara... Buat yang terbaik untuk negara, bangsa dan agama... Hangpa buat apa kat pada negara?????? Bayar cukai je??? Dah bayar ke??? Org TLDM tak bayar cukai???? Kerajaan beli kapal tu mungkin masa tu kita tak mampu... Jadi, apa yang termampu kita beli, kita guna sebaik-baiknya... Kemalangan dah terjadi, kita buat siasatan dan jadikan sebagai iktibar..... Ingat TLDM je makan rasuah...kat luar sana tu baik sgt la..... ADUN Perak hari tu tak dapat SEDEKAH seks ke???? Cakap je banyak .... Apa pun Tarak pakai....

    BalasPadam