12 Oktober 2009

Tanda-tanda kemenangan di Bagan Pinang.

Cina islam menulis...

Hari ini adalah hari yang bersejarah bagi penduduk Bagan Pinang setelah mereka diberi peluang sekali lagi untuk memilih wakil rakyat dalam tempoh tidak sampai 2 tahun sejak PR ke 12 pada tahun lepas. Tempoh PAS yang mewakil Pakatan Rakyat dan BN "meminang" mereka berakhir pada jam 12.00 malam tadi dan pada jam 8.00 pagi tadi mereka mula keluar untuk membuang undi di semua Pusat pembuangan undi yang telah ditetapkan.

Saya agak berminat untuk menfokuskan sekitar 3 hari kempen yang berjalan di Bagan Pinang. Dipihak BN kita menyaksikan aksi-aksi ganas yang dilakukan oleh "samseng" yang memukul dan menyerang pemuda PAS tanpa belas kasihan. nampaknya seperti kata Tok Guru yang UMNO mewarisi tindakan primitif sejak 1960 an benar-benar berlaku di bagan pinang.

Provokasi yang berlaku sehingga malam tadi oleh petugas BN semacam dirancang oleh orang yang sangat terdesak menggambarkan BN sudah kekeringan modal sehingga itulah modal terakhir untuk mematahkan serangan jentara PAS dan pakatan Rakyat yang terus bergerak dengan tersusun rapi.

Melihat kepada serangan jentara Pakatan Rakyat pada tiga hari terakhit dan turunnya Tok Guru Nik Aziz dan turunnya DS. Anwar disaat akhir menyebabkan apa yang saya istilahkan sebagai BN sudah terdesak di tepi gelangang. isu JE dan tanah serta Rasuahnya Isa Samad disamping kemelut Orang CIna dibawah MCA yang cuba diselesaikan dalam EGM kelmarin masih gagal.

Selain itu BN cukup terdesak apabila usaha Najib menaja dan menubukan Parti baru makkal Sakti dengan beliau hadir merasmikan nampaknya bagi saya masih gagal untuk menarik sokongan orang India di UPU yang majoriti pengundinya dari kaum India.

Contohnya di UPU Pekan Siliau kita mendapat maklumat terakhir kaum India lebih mesra dan tertarik dengan cara kempen yang dilakukan oleh petugas Pakatan Rakyat. Inilah antara asakan akhir yang saya sifatkan Bn dalam keadaan sangat terdesak.

Kerana itulah tanda-tanda kebimbangan yang terserlah bila Najib bercakap di Paris bahawa yang penting menang bukannya majoriti. Saya sifatkan inilah gambaran BN sudah terdesak.

Sesudah itulah aksi serangan ganas dilakukan dan tindakan provokasi lain mula dilakjukan di Bagan Pinang. BN semacam tidak ada isu untuk dibangkitkan dan dalam keadaan terdesak menjawab pelbagai isu yang dibangkitakan Paktan Rakyat termasuklah Undi Pos.

Demikianlah situasi yang saya gambarkan sebagai suasana akhir yang menghiasi suasana kempen di Bagan Pinang.

Saya berkesimpulan calon PAS ounya peluang yang cerah untuk menang dan saya jangkakan akan menang walauppun mungkin sangat tipis walaupun 1 atau 2 undi

35 ulasan:

  1. perkembangan positif, insyaallah PAS akan menang

    BalasPadam
  2. sy tidak berpihak mana2...bagi pendapat sy umno akan menang...

    BalasPadam
  3. bagi pendapat sy umno akan menang...

    BalasPadam
  4. Cross reference yang hancus...

    BalasPadam
  5. BN menang...undi pos bantu.Tapi Mojoriti merosot teruk.

    BalasPadam
  6. saya yakin umno akan menang undi pos.undi biasa akan kalah.

    BalasPadam
  7. GURU NGAJI QURAN
    vs
    GURU BAHASA INGGERIS
    SAPA MENANG?

    BalasPadam
  8. Suasana pagi ini agak tenang. Bumi Teluk Kemang di basahi dengan Hujan diawal pagi lagi. Langit juga mendung....

    Hujan ini membawa seribu makna. Tetapi yang pasti Hujan adalah Rahmat dari ALLah..

    Saya terkenang suasana ini ketika Pilihanraya UMUM di kelantan pada tahun 1990. Suasana begini lah yang akhirnya memberi keputusan disebelah malamnya kepada Pejuang-Pejuang Islam, PAS bersama Gagasan APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dapat menawan Kelantan daripada UMNO/BN.

    Adakah senario ini akan berulang di Bagan Pinang NS? Sesungguhnya ALlah tetap bersama dengan orang yang memperjuangkan Islam..


    * NH Shah Alam *

    BalasPadam
  9. USAHA HAK KITA....YANG MENENTUKAN HAK ALLAH...INSYA ALLAH DENGAN IZIN ALLAH...KEADILAN AKAN MUNCUL....KEZALIMAN AKAN TERHAPUS...SAMA2 KITA BERDOA

    BalasPadam
  10. Insaallah kita kuburkan UMNO/BN di Bagan Pinang ini sama-sama kita berdoa dan bertawakal kepada allah takbir!

    BalasPadam
  11. ASAL PARPU TAK MEMANG SAYA SOKONG. SIAPA YG SOKONG PARPU SAYA LAWAN

    BalasPadam
  12. berita hairan melaporkan menteri cium keris kata naib presiden PAS tak buat laporan polis pasal kes petugas PAS kena tetak dgn parang, sedangkan kes2 kecik seblum ni cepat je buat laporan polis... mohon tuan jelaskan kat sini supaya tidka kelirukan sesiapa... t.kasih - Neo

    BalasPadam
  13. ok..dah jumpa.. ada dalam mkini :

    www.malaysiakini.com/news/114628

    BalasPadam
  14. insya ALLAH pas akan menang ALLAHUAKBAR

    BalasPadam
  15. berite,,terkini di suatu tempat rahsia aku..dah apat baju satu 3 payung bn. tapi dia tak tau aku org bulan,,,,kekekekekeee.....post mortem aku...memang berat pada bn..tapi masih mengharap pakatan menang dari pengundi atas pagar , kaum india dan kaum cina...allah hu..akbar

    BalasPadam
  16. saya tidak mengikuti dengan rapat pilihanraya ini, sekadar melalui internet dan media saja. namun begitu saya menjangkakan buat kali ini umno akan menang tetapi dengan majoriti undi yang menyusut.

    BalasPadam
  17. Sama2 lah kita berdoa semuga PAS menang dengan agak bergaya, Isya Allah.

    BalasPadam
  18. Salam...antara2

    samada bn menang tpis atau pa menang tipis

    BalasPadam
  19. Apapun berlapang dada pada keputusan...Dia lebih berhak menentukan...

    BalasPadam
  20. SAYA BERPENDAPAT BN AKAN TEWAS TIPIS TETAPI SPR AKAN MEMENANGKAN ISA...

    BalasPadam
  21. sy doakan pas menang... pas menang bermakna islam menang...

    BalasPadam
  22. Kedua-dua pihak telah berusaha berkempen untuk memenangi hati rakyat dan pengundi Bagan Pinang..Hanya Allah yang menentukan. Manusia merancang untuk menangtertapi Allah adalah sebaik-baik perancang.Kemenangan calon walau dari parti mana sekalipun akan merencana satu situasi politik baru.

    BalasPadam
  23. pemudapaskijal10/11/2009 1:24 PTG

    Salam..

    Sama-sama kita berdoa semoga kemenangan berpihak kepada parti yang bertuhankan Allah bukannya parti yang bertuhankan wang ringgit.

    BalasPadam
  24. orang baik akan pilih orang baik sebagai wakil. Perompak tidak akan pilih tok imam sebagai ketua mereka. Yang menang ? .... tunggu malam nanti

    BalasPadam
  25. insyallah klu ada rezeki PAS akan menang, yakinlah

    BalasPadam
  26. dengan keadaan masyarakat semasa yg amnya materialisma umno harus menang.tapi tak mustahil pas boleh menang dgn materialismanya org2 umno lebih tebal dari org awam.puak mat hassan tak kan biarkan puak isa bertapak sebagaimana pimpinan baru umno2 di perlis,t'ganu & s'gor.mereka kan 1malaysia, 1guru & dh tentu 1kepala.

    BalasPadam
  27. sape yg bawak islam lillahitaala pasti menang.x di sini di akhirat itu pasti.....

    BalasPadam
  28. kepada pejuang islam kemenangan dan kekalahan adalah milik Allah mri kemeita berusahan dan berdoa semoga Allah memberi kemenangan kepada islam

    dari http://abiarwahida.blogspot.com

    BalasPadam
  29. menang..pasti pas.

    BalasPadam
  30. Bagi insan yang berjuang pada jalan Allah, nescaya lambat laun akan diberi kejayaan justeru itu suasana di Bagan Pinang ... InsyaAllah PAS akan mebuat kejutan..TAKBIR.

    BalasPadam
  31. UMNO AKAN BERKUBUR . HANYA YANG TINGGAL SISA - SISA RASUAHNYA. TAKBIRRRRRRRR.........ALLAHUAKBAR

    BalasPadam
  32. Dari ulasan dan reaksi PM kita, ada tanda-tanda mereka terdesak dan insyaallah jika Allah bukakan pintu hati-hati pengundi Bagan Pinang PAS dan PR bakal menang di Bagan Pinang. Calon BN ISA tidak dapat MengISA kan Calon PAS. Kita lihatlah keputusannya nanti.

    BalasPadam
  33. MAKLUMAT BARU DITERIMA: BN AKAN KEKAL KERUSINYA DENGAN MAJORITI TIPIS.TEPAT KATA NAJIB YANG PERLU ADALAH MENANG.

    TAHNIAH KEPADA YANG MENANG

    BalasPadam
  34. soal menang atau kalah seperti ada sahabat kita yg hantar tadi, itu hak Allah. hak kita adalah terus memperjuangkan islam. akhirat nanti Allah tak tanya kamu menang atau kamu kalah dalam perjuangan itu, tapi Allah akan tanya adakah kamu pernah berjuang untuk Islam atau tidak. teruskan perjuangan ini. jgn putus asa bila kalah tapi jangan pula riak bila menang. itu yang ana rasa lagi penting. Takbir!!!! Allahu Akbar!!!

    BalasPadam
  35. BERITA TERKINI:

    KIRAAN UNDI DI BEBERAPA TEMPAT CALON BN MENDAHULUI CALON PAS.NAMUN MAJORITI AGAK TIPIS.

    JAM: 05:24

    BalasPadam