02 November 2009

Wibawa Nik Aziz yakinkan DAP kepada PAS

IPOH, 1 Nov: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang semalam melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana masyarakat bukan Islam, termasuk para pemimpin DAP negeri sudi menjemputnya bersama-sama memperkukuh majlis Pakatan Rakyat di Perak.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS negeri tidak lagi menjemput saya dalam program parti, tapi Ngeh Khoo Ham...pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak."

Demikian kata Nik Aziz ketika memberikan ucapan di majlis penutup konvensyen Pakatan Rakyat Perak.

Dalam nada berjenaka, Nik Aziz melahirkan rasa terkejut kerana pemimpin PAS tidak lagi menjemputnya, disebabkan beliau menyokong Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan perasmian itu juga, Nik Aziz mengajak semua pemimpin parti-parti peringkat negeri menjadikan parti masing-masing berusaha mengenal Pencipta dunia ini, iaitu Allah.

"Sebelum (Allah) mencipta manusia, bumi ini telah ada. Kalau Allah cipta dulu manusia baru cipta bumi, di mana manusia nak tinggal...dia (manusia) kata dia cipta (dunia)...Umno tak kenal Pencipta, sebab itu dia rampas kerajaan...dia (Umno) anggap bumi ini dia punya," jelasnya.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana para pemimpin Pakatan Rakyat Perak berusaha untuk saling mengenali antara satu sama lain.

"Begitu juga manusia, Allah cipta tak sama muka...supaya kenal-mengenal...saya jadi Melayu kebetulan (dan) Ngeh Khor Ham jadi Cina kebetulan sebab itu rahmat."

"Kalau Allah jadikan manusia sama semua muka macam (seperti) selipar Jepun, susah nak kenal mana satu Nik Aziz dan Ngeh Kor Ham," jenaka Nik Aziz lagi.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menjelaskan tohmahan Umno kononnya budaya membaca ayat al-Quran oleh beberapa pemimpin DAP sebagai suatu penghinaan kepada Islam.

"Nabi pun mengutus surat pada semua pemimpin kerajaan bukan Islam, Raja Najasyi di Habsyah, Kaisar di Parsi, Heracleus di Rom, Nabi mula dengan tulis ayat al-Quran."

"Nabi tulis untuk pemimpin bukan Islam baca, bukan Nabi tulis: jangan baca ayat al-Quran ini sebab nanti hina Islam. Pemimpin Umno bodoh agama dan tak suka ikut Nabi," tegas Nik Aziz lagi.

Tegas Nik Aziz lagi, perjuangan PAS berdasarkan ajaran Islam, bukannya politik perkauman Melayu sebagaimana yang diamalkan Umno.

Jadi, beliau mengajak masyarakat bukan Islam mengenali Islam sebelum mengenali perjuangan PAS di Malaysia.

Ngeh Khoo Ham yang berucap sebelumnya mengakui bahawa DAP dan beliau sendiri sebelum ini percaya bahawa PAS adalah parti ekstrem, disebabkan terperdaya dengan propaganda Umno.

"Dulu saya memang ingat PAS (sebagai) parti ekstremis agama, fundamantelis dan tidak suka orang Cina (dan) dan bukan Islam. Itu semua sebelum kenal Tok Guru dan Hj. Nizar lah," jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak menyuarakan rasa kagum dengan kepimpinan amanah Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana bersabar dan terus mempertahankan mandat rakyat, walaupun selepas Umno merampas kerajaan negeri.

Katanya lagi, kewibawaan Nizar menyebabkan majoriti rakyat terus bersama Pakatan Rakyat, walaupun beberapa Adun Pakaran Rakyat mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.

Beliau juga berharap hubungan antara PAS, PKR dan DAP di Perak kekal kukuh, walaupun masing-msing mempunyai beberapa perbezaan dari segi ideologi kepartian.

Turut menyertai majlis perasmian penutup Nik Aziz itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Mustafa Kamil Ayub, Speaker DUN V. Sivakumar dan Setiausaha DAP Perak Nga Kor Meng,

Dipercayai kekaguman para pemimpin Pakatan Rakyat Perak terhadap peribadi Nik Aziz kerana Mursyidul Am PAS itu kebelakangan ini tegas mempertahankan gagasan Pakatan Rakyat dari diperdaya oleh Umno.

Ianya sekaligus menjadikan Nik Aziz bukan sahaja berwibawa dalam kalangan ahli-ahli PAS, malah mula dikagumi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sendiri.

17 ulasan:

  1. "Dalam nada berjenaka, Nik Aziz melahirkan rasa terkejut kerana pemimpin PAS tidak lagi menjemputnya, disebabkan beliau menyokong Pakatan Rakyat."

    salam
    boleh tuan masukkan ucapan sebenar TGNA? kerana bg saya pernyataan diatas boleh menimbulkn persepsi negative thadap keseluruhan kepimpinan PAS. kenapa TGNA menguluarkan kenyataan seperti itu?

    semakin lama semakin terhakis rasa hormat saya kepada TGNA. maafkan saya :(

    Semoga Allah selamatkan jemaah PAS dari berpecah belah!

    BalasPadam
  2. mari kita semua berdoa semuga pakatan rakyat menang pilihanraya ke13 nanti,perkukukkan lg kerjasama , berusaha lebih kuat dan saling tolong menolong....insyaallah kemenangan akan berpihak kpd kita.

    BalasPadam
  3. Kekuatan Pas terletak kepada mursyidul am TGNA, bukan pada presiden atau timbalannya, ahli lebih komitmen dengan Pas kerana TGNA..

    BalasPadam
  4. Umno dan kumpulan UG sebenarnya ingin menyingkirkan TGNA, kerana menjadi batu penghalang...

    BalasPadam
  5. TGNA begitu ikhlas dan istiqamah dengan perjuangan PAS...

    BalasPadam
  6. Kalau TGNA inginkan jawatan, dah lama dia dapat jawatan penting dalam kerajaan UBN...tapi beliau mengutamakan perjuangan dan setiakawan..

    BalasPadam
  7. Kepimpinan yang menjadi contoh ada pada TGNA, Dalam Pas sekarang ramai pemimpin tak ikhlas dan inginkan jawatan...

    BalasPadam
  8. Kenyataan bahawa pas hanya bergantung kpd TGNA sahaja adalah bermatlamat jahat utk menimbulkan sifat berpuak dlm PAS. Ini perlu dijauhi kerana pas bergantung kpd setiap pemimpin dan ahlinya yg ikhlas.
    Kenyataan bahawa dalam PAS ramai pemimpin tidak ikhlas juga suatu kenyataan serkap jarang tanpa asas dan kajian ilmiah yang boleh dipercayai. Ini adalah perang psikologi utk memburukkan kepimpinan PAS.

    Ketelitian dan kewaspadaan dalam penulisan perlu ditingkatkan agar kita tidak terjebak dalam perangkap musuh sehingga memudharatkan jamaah.

    BalasPadam
  9. Sebenarnya TGNA hanya berjenaka, bukannya betul-betul. Saya rasa para pemimpin tertinggi PAS dan rakyat yang faham tidak akan tergopoh-gapah membuat kesimpulan.

    BalasPadam
  10. bgs tuan guru..semoga Allah merahmati TGNA..ALLAHUAKHBAR!!!!

    BalasPadam
  11. Saudara Adam,Tok Guru kalau dia berceramah ada
    unsur jenaka,sindir dan seumpamanya.Orang Negeri Tok Guru faham jenakanya.Sabenarnya tidak timbul orang Pas tidak jemput dia kemajlis2 resmi Parti.Kalau dia tidak uzur dan
    tidak ada komitmen lain,dia pasti pergi kemana2
    majlis yang dijemput.Majlis bercukur anak,melawat orang sakit,sembahyang hajat pun dia pergi tanpa protokol.DiPejabat masa rehat,kalau tidak berpuasa makan nasi bungkus
    je.Keikhlasannya tidak boleh dibandingkan dgn
    Saf Pimpinan BN sekarang ini.
    dia

    BalasPadam
  12. Sebenarnya PAS tidak akan berpecah belah, sekiranya Pro UMNO dalam PAS dikeluarkan, malahan menguatkan Pas, kerana kalau timbalan presiden dan Hasan ali dan masuk UMNO ahli pas tak akan ikut ...

    BalasPadam
  13. Kami sokong TGNA 100%...

    BalasPadam
  14. Satu yang aku tak paham tentang ni, beliau bersungguh2 untuk berbaik dengan DAP atau PKR tetapi terlalu marah pada UMNO. Apa salahnya beliau memaafkan UMNO yang telah mengkiati beliau, tetapi TGNA mengungkit balik pasal kerajaan perpaduan. Aku kesian kan TGHH, Ust Nasha dan yang lain2 tu. aku juga semakin terhakis rasa hormat aku pada beliau. Maafkan saya TGNA. itulah perasaan saya sekarang . Harap Allah selamatkan PAS dari anasir2 jahat.

    WallAh Hu Aklam

    BalasPadam
  15. PERGI JAHANAM DENGAN UMNO/BN
    PERGI JAHANAM DENGAN KEBANGSAAN
    HIDUP ISLAM
    HIDUP KEADILAN
    HIDUP KEBENARAN

    ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!!!

    BalasPadam
  16. Sebesar manapun kekaguman terhadap TGNA, tolong jangan perkecilkan Presiden TGHH. Masing2 ada lebih ada kurang. Hanya jauhari yg mengenal manikam.Senda gurau jangan diambil kira sangat kalau kita lebih cintakan Allah.

    BalasPadam
  17. byk sungguh la cyber khinzir umno duk cari makan kat blog yb khalil ni, plis la cari rezki halal bg anak bini makan

    BalasPadam