06 Januari 2010

Di mana boleh cari ramai Melayu?

19 Muharram 1431H
Email : yamin saman

Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu?

Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa Melayu jadi begitu?

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu



3 ulasan:

  1. Benar sekali...saya amat setuju dgn saudara yamin saman...itu bangsaku bangsa melayu...dah terlalu mua sebab mak bapanya Islam, tok neneknya Islam, moyang2 pun Islam sampai terleka usul asal...

    Bila orang nak guna kalimah Allah konon2nya pakat bangkit berjuang padahal cuba tanya dalam diri...sembahyang aku ni cukup dak lagi...muka2 kat tv tu seperti muka tak cukup 5 waktu sembahyang konon nak bicara tentang ALLAH.

    Terlalu leka macam pengamal2 rasuah yang terdiri dari orang2 melayu...bila mati p dah orang baru pakat2 tolak hang aku.

    Pepatah melayu sendiri dok tinggal pesan masih juga tak faham2...

    Sudah terantuk....................

    Sudah gaharu........................

    Bagi betis.........................

    dan macam2 lagi yang dok ingatkan pada anak cucu....

    ada depa kesah!!!!

    Saya paling hormat pada bangsa asing yang telah menerima hidayah Allah...

    Takkanlah bangsa yang awal2 lagi dah di Islamkan pun tak boleh nak fikir baik buruknya aku ini dan betapa untungnya aku dilahirkan dalam Islam...

    Kembalilah merenung pada pohon yang dijadikan Tuhan...

    Kuat pokok pada akarnya...

    BalasPadam
  2. david ahmad muniandy1/05/2010 5:56 PTG

    keseluruhan tajuk diatas memendekkan cerita adalah macamana kita hendak belajar merendahkan diri dan bersabar apabila kita kena marahi oleh orang dan jangan lawan balik lepas itu kaji apakah kesilapan yang telah kita lakukan.

    kalau kalian boleh lakukan semua ini maka berjayalah diri kalian.

    saya percaya YB idham lim waktu memeluk Islam ramai ahli keluarga dan rakan-rakan pun tak berapa suka betul tak...

    BalasPadam
  3. Kenapa Melayu Tak Segar?

    sebab melayu tak suka berfikir.
    malas nak guna otak kanan dan kiri
    suka tengok cerita hantu
    kekasihku seru,tower 13,jangan tegur lagi menjadi kegemaran
    waktu maghrib dah tunggu depan tv
    melayu rajin bergosip sana sini
    kutuk orang ni kutuk orang sana
    bukan nak nasihat tapi mengata
    tambah2 dosa dan buat dosa kering


    melayu suka hiburan
    ada af ada malaysian idol
    terlebih kuantiti artis melayu
    qari dan qariah susah nak jumpa
    topup rm60 nak sms undi mila
    tabung anak2 yatim dan tabung masjid taknak plak topup
    not seringgit pun dah ketar tangan
    sibuk cerita artis kawin datuk
    apa kena mengena dengan korang?
    tak payah nak serabut kepala


    dikatakan miskin marah plak
    padahal pakai tak cukup kain
    dedah sana ketat sini
    nampak tahi lalat kat dada
    body pun apa kurangya
    kadang2 mengalahkan j.lo


    dikatakan berasal dari timur
    penuh adab,sopan-santun dan lemah-lembut
    merdeka sudah 52tahun
    kenyataannya masih lagi terjajah
    betul melayu mudah lupa?


    melayu suka enjoy2
    "asalkan bahagia,ada fulus"
    saudara kat palestin tak pernah hirau
    hari ni makan kfc, esok Mc d
    saudara kat Palestin 3 hari tak makan
    best dapat tidur lena ada air-cond
    saudara kat Palestin tak dapat tidur kerana ketakutan
    anak Melayu main game counter strike
    anak Palestin main baling2 batu


    melayu sanggup mati anak
    asalkan adat terjaga
    padahal ada adat yg bertentangan agama
    tak senang hati jumpa bomoh
    minta pelaris nak maju
    santau saudara sendiri
    cucuk kat hidung cucuk kat pipi
    macam2 ilmu
    last2 bomoh yang kaya, diri yang merana


    suka berlagak dan bermegah
    nak jadi datin nak jadi dato
    happy go lucky anak jadi artis
    sampai jiran sebelah pun dah tak kenal
    apa faedahnya?
    dapat dosa lagi ada la
    happy anak dapat 21A spm xpa la jugak


    melayu memang terer
    merokok no1
    merempit no2
    no3 meragut
    membuang masa menjadi hobi
    suka releks2
    bangun tidur pukul 11pagi
    sambil mengeliat dan menguap "hmm..malasnya hari ni"


    baik hati melayu
    berikan peluang pekerjaan kpd org luar
    kenapa tak mahu bekerja?
    tunggu emas jatuh dari langit?


    melayu memang kuat dan berani
    ada gengster badan besar
    bermegah ada geng ramai
    "kalau berani kacau la line kami"
    padahal satu agama,satu bangsa dan 1malaysia
    kenapa boleh jadi lawan?
    kan lebih baik teman tapi mesra rakyat


    ramai juga kat disko
    release tension katanya
    tu cara terbaik
    nak lupakan masalah keluarga,kewangan dan masalah kat pejabat
    ramai jugak kat lorong haji taib
    kesian haji taib nama dia jugak yg busuk


    umur 15tahun dah syok2 bercinta
    pmr pun belum ambik lagi
    pegang tangan perkara biasa
    tak tahu malu mungkin kot?
    ramai melayu malam 14februari,malam merdeka dan malam tahun baru
    hasilnya boleh tengok 9 bulan kemudian
    masa tu nangis tak cukup tisu
    makayah tak cukup kain tutup muka
    ada gak 2bulan tak keluar rumah
    lain yang diharap lain yang dapat
    tak sejuk perut ibu mengandung
    tapi bukan salah ibu megandung


    dimana melayu pada hari Jumaat pukul 1.20pm
    ada di rumah mimpi jadi kaya
    ada di pejabat kerana letih
    ada di shopping kompleks jalan2
    pun ada enak menjamu selera di restoran mamak seksyen 16
    bukan mimpi tapi kenyataan
    solat jemaah di surau pusat serenti makin bertambah jemaahnya
    solat jemaah di masjid dua saf pun tak sampai


    politik melayu ada kat mana2
    pejabat,rumah,atas jalan raya dan kat toilet apa kurangnya
    lepas tu mula la game
    hina-menghina,maki-memaki,tipu-menipu
    memang betul lidah tak bertulang
    jangan salahkan lidah


    Nak Salah Siapa Melayu terus melayu?
    Ibubapa,cikgu2,ketua kampung atau perdana menteri?
    ataupun polis diraja malaysia dan tok kadi?
    tepuk dada tanya iman
    bila nak insaf?
    bila nak sedar?
    bila nak taubat?
    jangan tunggu Malaysia turun salji
    jangan tunggu selat melaka terbelah dua


    Bagaimana Melayu nak segar?
    al-Quran dan as-sunnah menjadi pegangan
    ikutilah akhlak Rasulullah S.A.W

    ADA PINTU YANG SENTIASA TERBUKA

    BalasPadam