16 Januari 2010

Pemangku Raja imam solat hajat di stadium

M Faqih Foto Rizal Tahir

KOTA BHARU, 15 Jan: Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali.

Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.

Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.

Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir.

Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ.

Malam tadi suatu kelainan disaksikan sepanjang PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun.

Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya.

Biar pun kehadiran pada program itu tidak mampu menandingi program politik dianjurkan PAS dan Pakatan, namun suatu kelainan dirasakan apabila ia turut dihadiri Pemangku Raja.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.

“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.

“Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.

“Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan,” katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut.Harakahdaily/-

13 ulasan:

  1. Teringat Sultan Muhammad Al Fateh... Keep up the good work!

    BalasPadam
  2. Daulat Tuanku..Patik Hamba Rakyat mendoakan kesejahteraan tuanku. tahniah rakyat Kelantan

    BalasPadam
  3. alhandulillah,raja macam ni baru lah rakyat jelata sejuk seronok dpt berlindung bawah daulat ketua negara,harap2 istiqamah.amin.

    BalasPadam
  4. apa apa hal pun, Allah juga yang Maha Besar!

    kagum melihat fenomena di kelantan ini. sungguh di kelantan agama islam diangkat martabatnya ke tahap tertinggi.

    namun bukannya tidak ada masyarakat kaum lain di sana.

    pihak pembangkang (di kelantan maksud saya) tak habis2 berceita soal prasarana, soal ekonomi negeri, soal duniawi.

    tapi bila bab yang ini langsung mereka tak dapat nak tiru.

    harap2 fenomena ini akan terjangkit ke seluruh negeri di Malaysia. kita memerlukannya.

    BalasPadam
  5. bakal sultan jadi imam
    mb ulama besar
    ketua polis baca khutbah

    contoh kerajaan islam
    negeri lain macam mana?

    selangor kena bagi tauliah
    baru sultan dan mb boleh jadi imam

    BalasPadam
  6. ni yang buatkan UMNO tak tidur lena.

    BalasPadam
  7. UMNO semakin ditumbangkan oleh rakyat dan istana

    BalasPadam
  8. kerja meruntuhkan UMNO berjalan dikaki lima, menara gading hingga istana

    BalasPadam
  9. Salam untuk semua...
    ini baru dikatakan PEMIMPIN, saya tumpang bangga dengan rakyat kelantan yang mempunyai bakal sultan begini.

    BalasPadam
  10. teman harap di perak ni pun akan ngikut gak ..mudah2an...Raja AlHiss kena main peranan...kankah Raja ketua agama

    BalasPadam
  11. bagus betul la pemangku raja 2 jarang2 bleh tegok anak raja imam solat oooii.... .

    BalasPadam
  12. selain dr yg 1 ni, jgn kata jadi imam solat, depa ni nak solat pun payah... yang famous bila bergaduh di kielab malam acu-acu pistol n kes2 minum arak yang diketahui umum.. ketua agama kah begitu?

    BalasPadam
  13. Alhamdulilah. Hamba sebagai rakyat Kelantan bersyukur ALLAHswt telah memakbulkan doa hamba. Insyaallah, Tuanku sentiasa diberkathi dan dirahmati ALLAHswt. Insyallah Kelantan akan menjadi sebuah negeri yang makmur dengan kehadiran Tuanku seperti zaman pemerintahan nenda,Sultan Muhamad IV. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku

    BalasPadam