22 Februari 2010

36 Orang Maut Dalam Kes Keruntuhan Bangunan Masjid di Maghribi

7 Rabiul Awwal 1431H.


Kementerian Dalam Negeri Maghribi mengumumkan , kes keruntuhan bangunan masjid yang berlaku di bandar Meknes di bahagian utara tengah negara itu jumaat lepas telah mengakibatkan 36 orang maut, lebih 70 orang lagi cedera.



Ketika sembahyang Jumaat lepas, menara azan di Masjid Khnata Bent Bekkar yang dibina pada abad ke-16 tiba-tiba runtuh. Operasi menyelamat menghadapi kesukaran disebabkan masjid itu terletak di kawasan kuno dan kelengkapan benda dan penyelamat yang besar susah memasuki ke masjid tersebut. Jumlah kematian dijangka akan meningkat lagi. CRI/-

Tiada ulasan: