19 Februari 2010

Anwar lantik tiga pakar DNA, forensik asing

4 Rabiul Awwal 1431H

Pasukan peguam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan tiga pakar asing dalam bidang DNA dan forensik untuk membantu mereka dalam kes tersebut.

Dalam satu kenyataan, peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau akan membawa tiga pakar tersebut ke Mahkamah tinggi Kuala Lumpur esok.

Mereka ialah pakar DNA, Dr Brian Mc Donald dari Sydney Australia, dan pakar forensik - Dr C Damodaran, dari Chennai, India, Dr David Wells dari Melbourne, Australia.

Esok ialah keputusan terhadap permohonan Anwar supaya Hakim yang sedang mendengar kesnya - Datuk Mohamad Zabidin Mohd Dian - menarik diri.

Manakala Mahkamah Rayuan pula telah menetapkan hari ini untuk memutuskan rayuan ketua umum PKR itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Sejak beberapa hari lalu, Malaysia berdepan dengan tekanan dari ahli parlimen Australia yang mendesak supaya digugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Pada masa yang sama, ahli parlimen Amerika pula mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memastikan perbicaraan kes Anwar berjalan secara adil.

Dr Mc Donald adalah seorang ahli patologi dari Universiti Western Australia. Beliau juga merupakan pengarah DNA Consults.

Beliau dipanggil untuk menyediakan Kepakarannya dalam bidang DNA yang dijangka dikemukakan dalam perbicaraan nanti.

Dr Damodaran pula mempunyai 28 tahun pengalaman dalam bidang forensik dan pengalaman mengajar, di samping 36 tahun pengalaman dalam bio-kimia, toksilogi dan forensik.

Sementara itu, Dr Wells merupakan prof madya dalam bidang jenayah di Universiti Melbourne.

Beliau kini merupakan ketua bahagian Perubatan Klinikal Forensik, Institut Perubatan Forensik Victoria.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.


Harakahdaily.net/-


17 ulasan:

  1. Berapa banyak duit rakyat digunakan untuk bayar pakar DNA ni?

    BalasPadam
  2. banyak pun hang peduli apa janji puas hati...jgn jadi pencacai umno sudah.

    BalasPadam
  3. hai.. kenapa tak tanya berapa banyak duit rakyat habis kerana buat tohmahan ni? Habis kepala rakyat 1 malaysia dikotorkan oleh perkataan 'liwat' .. sungguh menjijikkan mahkamah Malaysia!

    BalasPadam
  4. Pakar-pakar ini dipanggil oleh pihak Anwar bukan pihak Kerajaan Malaysia, jadi guna duit Anwar lah! (Mamat ini memang banyak duit, apa dia kesah)

    BalasPadam
  5. sendiri bayar lah... bila pulak kerajaan nak tanggung kes perbicaraan bengong...

    BalasPadam
  6. Duit rakyat kepala hotak hang
    Hang ingat nuar tu orang amenu ke?
    Hang ingat nuar kaki sapu macam geng hang ke?

    Hang ingat nuar tu orang biasa macam hang ke?
    Hang ingat nuar tu sengkek macam hang ke?

    Otak letak kat bontot

    BalasPadam
  7. orang baik mesti ader ramai yg bantu tanpa pakai duit...
    biar mereka mengglupor nak jawap keputusan DNA tu nanti...
    MAMPOS UMNGOK...

    BalasPadam
  8. ko ingat anwar guna duit kjaan(rakyat)ke? ko punya otak letak kat lutut ke???....

    BalasPadam
  9. nape plak gune duitr rakyat..PKR dah jadi kerajaan ker...jangan bercakap kalo x tahu..klo tidak orang tahu kite ni bodoh...bile kerajaan anjur konsert tak tentu arah,x tanya plak bn gune duit sape??/

    BalasPadam
  10. bukan dia perdana menteri nak paka i duit rakyat.

    BalasPadam
  11. bukan perdana menteri nak habiskan wang rakyat Berkorban apa saja demi menegakkan kebenaran.

    BalasPadam
  12. duit aku...duit aku
    duit rakyat....duit aku.....jgk

    heheheheheh

    BalasPadam
  13. Ala selambalah sakau duit, bank dah ada dua apa, satu kat Penang dan satu kat Selangor...patutlah lately lampu jalan Selangor asyik duk takdak...duit tak cukup rupanya

    BalasPadam
  14. Boleh kata Anwar pakai duit rakyat. Memang sah sengal. Ada otak letak kat lutut. Kesian...ni mesti pencacai Umngok ni.

    BalasPadam
  15. apa ke punya bengap ko nie, masa aku dok kat johor dulu, bukan setakat lampu jalan tak nyala, tiang lampu pun tak de...kjaan perabih boras je...

    BalasPadam
  16. BANYAK BERSABAR DAN BERUSAHA MENENTANG KEJAHATAN. JANGANLAH BERTELAGAH SESAMA KITA. AYUH CARI KEBENARAN ITU YANG DITUNTUT.

    BalasPadam
  17. UMNGOK..=bongok...ade otak bagi kat lembu...bukan bagi saje...tapi tukar ngn otak lembu...senang sket dicucuk idung...

    BalasPadam