18 Februari 2010

Liwat : Mahkamah menghina dirinya sendiri!

3 Rabiul Awwal 1431H
Herman Samsudeen

Seorang pemanggil Radio IKIM pagi tadi mendakwa bahawa Mahkamah yang membicarakan kes Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari sebagai “menghina diri sendiri”. Dakwaan itu dibuat sebagai respon kepada tajuk perbincangan hari ini iaitu tentang isu “Wajarkah kes Mahkamah dijaja di media dan dijadikan polemik dalam masyarakat”.

Majoriti pemanggil mengatakan bahawa perbuatan itu tidak wajar apalagi dalam kes seprti yang dilalui oleh Anwar Ibrahim kerana kes masih dibicarakan dan belum tentu dia bersalah.

Tindakan Mahkamah yang membenarkan keterangan Saiful pada hari pertama dirakam dan disiarkan oleh akhbar utama Kerajaan seperti Utusan Melayu, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, The Star dan sebagainya menunjukan bahawa “mahkamah telah menghina dirinya sendiri” dan gagal mempertahankan kredibilitinya kerana tidak menegur sehinggalah peguam Anwar, Karpal Sing membankitkan hal ini.

Pengerusi Perkasa, Ibrahim Ali pula sibuk mendesak Kerajaan mengharamkan ceramah Pakatan dari membicarakan isu Anwar kerana kononnya menghina Mahkamah, walhal dalam ceramah Pakatan semua menuntut perbicaraan yang adil. Jika Umno-BN boleh malukan Anwar mengunakan saluran media dalam isu ini, salahkah jika Pakatan mengunakan saluran yang sama serta medium ceramah sebagai medan untuk menyampaikan fakta dan hujah yang benar.

Najib juga terhegeh-hegeh arahkan Wisma Putra buat program Penerangan kepada 50 ahli parlimen Australia tentang isu Anwar. Apa yang beliau mahu terangkan. Siapa Najib dalam kamar Mahkamah. Adakah dia Hakim atau tuan lawyer. Apa hak dia untuk bagi penerangan tentang kes Anwar yang belum ada keputusan lagi.

Kalau kita membaca komen dan kenyataan didada-dada akhbar pun, kita akan melihat bahawa hanya pemimpin Umno sahaja yang ghairah nak cerita isu kes Anwar ini, sedangkan pemimpin komponen BN lain senyap dan tidak peduli.

Jika Najib dan Umno boleh gunakan segala medium yang ada bagi memalukan Anwar, kenapa Pakatan tidak boleh. Kenapa Pakatan dianggap menghina mahkamah bila cerita kes Anwar, tapi Najib dan Umno tidak?

Mahkamah kena menunjukan kredibilitinya kerana isu Anwar ini bukan sahaja dibicarakan oleh Mahkamah, tetapi rakyat diseluruh negara dan diseluruh dunia. Semua orang mahu tahu, dan semua orang mahu bercerita. Pergi kedai kopi orang cerita, pergi ke pasar orang bercerita, pergi beli belah orang cerita, pergi seminar orang bercerita, turun naik LRT dan bas pun orang…semua orang bercerita. Yang tak bercerita hanyalah orang yang dalam kubur.

Harakahdaily.net/-

18 ulasan:

  1. Biar Mahkamah Akhirat yang tentukan. kita patut berdiam diri, tidak jahat mulut, fitnah memfitnah dan saling mengata. hanya menambah dosa kita..
    kebenaran pasti akan datang..

    BalasPadam
  2. buktikan...kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai, kalau takut dibaham harimau jangan tinggal di dalam kandang harimau...sejarah telah membuktikan nabi yusof tak bersalah apabila cuba difitnah , aisyah tak bersalah. imam-imam yang mahsyur tak bersalah ,pejuang-pejuang islam tak bersalah,walaupun ramai yang dipenjara, gantung, pancung, dll.bacalah kisah perjuangan para pecinta islam. baru kita nampak.

    BalasPadam
  3. kita tunggu keadilan di AKHIRAT..kita akan menyaksikan HAKIM-HAKIM yang menjalan penghakiman diatas DUNIA hanya mengikut telunjuk dan arahan PENGUASAnye..HAKIM-HAKIM ni lah yang akan mendapat PEMBALASAN YANG MENYIKSAKAN DARI ALLAH S.W.T. diALAM KUBUR DAN AKHIRAT NANTI..INSYALLAH...(HANYA HAKIM-HAKIM YANG MENGAKU BERAGAMA ISLAM SAJE YANG AKAN DIHITUNG DOSAnye nanti...)

    BalasPadam
  4. bila islam hanya di mulut sahaja,inilah akibatnya.
    Mcm manalah agaknya dgn kehidupan anak2 yg akan datang?

    BalasPadam
  5. tetapi malangnya ramai penyokong2 UMNO terus judge ANWAR bersalah...ANWAR peliwat dan sebagainya...ya atau tidak..tunggu lah habis bicara..jangn kes digugurkan sudah..

    BalasPadam
  6. Kenapa isu liwat atau isu sensasi lain yang sering mejadi tajuk utama dimedia? Apakah isu2 sebegini yg menjadi perhatian kita? Adakah ini kayu pengukur taraf pemikiran kita?
    Apa dah jadi kepada Malaysia kita? Dimanakah kita 10 tahun akan datang?

    BalasPadam
  7. mahkamah di Malaysia ni dah lama dah bersifat lebih kurang "kangaroo court" jer. Tambahan pula kalau kita lihat semenjak akhir-akhir ni sudah tidak ada lagi "Rule of Law" sebaliknya yang ada adalah "Rule by Law". Undang-undang sudah tidak lagi luhur sifatnya. Undang-undang di Malaysia ni dilaksanakan secara berpilih-pilih tanda-tanda sebuah negara yang akan MELUNGKUP. Institusi mahkamah/Badan kehakiman tidak lagi menjadi sebuah institusi di mana rakyat boleh bergantung harap untuk mendapatkan keadilan sebaliknya telah menjadi tempat di mana kerajaan mengesahkan segala tindakannya sahaja. Hakim-hakim sekadar menjadi PAK TURUT sahaja dalam memberikan penghakiman mereka.

    Secara mudahnya di Malaysia ni janganlah berangan-angan untuk mendapatkan keadilan di mahkamah. Mahkamah di Malaysia boleh disifatkan sebagai "Corrupt to the core!!!".

    BalasPadam
  8. Najib cuma mimpi di siang hari. Pada hal dia harap nama al marhum ayah nya sahaja. Kalau tidak dia tu cuma kerani sahaja.

    BalasPadam
  9. salam semua, gua setuju dengan sume pendapat lu orang, memang sekarang sume dah tak boleh harap, SPRM ke, PDRM ke SPR ke, ATM ke semua tak boleh harap, hidup macam pengkhianat negara, malu nak mengaku yang gua ni rakyat 1Malaysia,

    BalasPadam
  10. saya cadangkan kita ikut cara kebiasaan bile ada orang tuduh kita berbohong,BERSUMPAH...

    bukan kena duit pun,hanya lah sebaris ayat dan keyakinan kepada allah yang maha esa...

    kita tutup buku biar dunia yang menilainya dan kita yakin pada orang yang bersumpah supaya kalau dia berbohong balasan allah akan tiba...

    jadi, sapa yang dituduh berbohong beranikan diri untuk bersumpah..

    Dato Seri Anuar beranikah...ayat nya cukup simple

    BalasPadam
  11. Dalam kes ini bersumpah bukan jalan yang dituntut. Dalam islam mereka yang menuduh di liwat perlu mengemukakan 4 orang saksi.

    BalasPadam
  12. Tak perlu laporan muka depan utk kes yang aib sebegini. Akhbar arus perdana bukan sahaja dibaca oleh org dewasa tetapi kanak-kanak seawal usia 5 tahun. Fikir-fikirkanlah..

    BalasPadam
  13. 2/17/2010 12:25 AM
    baluk @ BERUK berkata...
    saya cadangkan kita ikut cara kebiasaan bile ada orang tuduh kita berbohong,BERSUMPAH...

    bukan kena duit pun,hanya lah sebaris ayat dan keyakinan kepada allah yang maha esa...

    kita tutup buku biar dunia yang menilainya dan kita yakin pada orang yang bersumpah supaya kalau dia berbohong balasan allah akan tiba...

    jadi, sapa yang dituduh berbohong beranikan diri untuk bersumpah..

    Dato Seri Anuar beranikah...ayat nya cukup simple


    WOIII SENGGAL..!!!
    ORG MUNAFIK SAJE YG SUKA BERSUMPAH....

    BalasPadam
  14. Kalau X bersalah, bersumpah aje lah....Buat apa nak takut???

    Lepas dah bersumpah, beranikan diri untuk hadir ke mahkamah. Bukan setakat mahu menangguhkan perbicaraan atau menggugurkan kes!!!

    Lawanlah dengan cara terhormat dan bukan mencari "kemenangan" melalui pintu belakang....

    Mengapa janya menghina mahkamah, institusi polis, SPRM dan lain-lain tidak adil hanya apabila DSAI berada di luar kerajaan???

    Mengapa masa menjadi orang nombor dua, semuanya ok? Sebagai manusia, terutamanya yang beragama Islam anda buta hati dan mudah terpengaruh dengan "penipuan" manusia yang bertopengkan agama.....

    BalasPadam
  15. 2/17/2010 6:36 AM
    ISAC berkata...
    Kalau X bersalah, bersumpah aje lah....Buat apa nak takut???

    Lepas dah bersumpah, beranikan diri untuk hadir ke mahkamah. Bukan setakat mahu menangguhkan perbicaraan atau menggugurkan kes!!!

    Lawanlah dengan cara terhormat dan bukan mencari "kemenangan" melalui pintu belakang....

    Mengapa janya menghina mahkamah, institusi polis, SPRM dan lain-lain tidak adil hanya apabila DSAI berada di luar kerajaan???

    Mengapa masa menjadi orang nombor dua, semuanya ok? Sebagai manusia, terutamanya yang beragama Islam anda buta hati dan mudah terpengaruh dengan "penipuan" manusia yang bertopengkan agama.....


    INI SORANG LAGI SENGGAL TAHAP PUTAR ALAM. KO INGAT DGN BERSUMPAH BOLEH LEPAS SEMUANYA, MCM DS NAJISB BUAT SEBELUM NI, TAPI X BERANI PUN PEGI MAHKAMAH...?? DIULANGI, HANYA MANUSIA MUNAFIK SHJ YG SANGUP BERSUMPAH. KLU MCM TU, KO SURUH LA BANDUAN2 DI DLM PENJARA TU BERSUMPAH....

    BalasPadam
  16. ulama2 tersohor di dunia antaranya Sheikh Dr. Yusuf Qardhawi menasihati Anwar tiada guna untuk bersumpah.. hanya undang2 qazaf yang lebih berkesan di mahkamah syariah

    BalasPadam
  17. Salam,
    Rasa2 aku, tak pernah berlaku lg org yg bersumpah lepas tu tak perlu lagi dibicarakan di mana2 mahkamah..

    Ada tak kes macam ni.

    BalasPadam
  18. Adalah. Najibla. Lepas bersumpah tak pernah kenal Al-Tantuya, mana ada kena panggil Mahkamah. Mana ada polis siasat dia.

    Tapi paham2lah ye. Dah mahkamah tu dia yg punya.

    Kalau DSAI bersumpah pun, mesti kena bicara juga. So, takde maknanya.

    BalasPadam