15 Februari 2010

Setiausaha Politik Ditahan Bersama Wang Tunai RM2j

30 Safar 1431H.

BUTTERWORTH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai lebih RM2 juta.

Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang kelmarin, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini.

Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak.

Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya.

Sebelum ini, akuan bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.

Pada 13 Disember lalu, The Star melaporkan bahawa SPRM menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.

Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

Laporan itu turut menyebut, suruhanjaya itu menyita sekurang-kurangnya empat kereta mewah dan empat rumah mewah yang dipercayai milik setiausaha politik berkenaan yang berusia 30-an.

Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.

Laporan yang memetik sumber itu memberitahu, pegawai penyiasat turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi.

Sumber itu memberitahu, satu pasukan khas dari ibu pejabat SPRM Putrajaya mula menyiasat kes berkenaan selepas mendapat maklumat bahawa setiausaha politik itu hidup mewah di luar kemampuannya.

Difahamkan bahawa siasatan berkenaan di antara kes-kes berprofail tinggi yang sedang dibongkar hasil maklumat dan laporan daripada orang ramai.

Dalam pada, menurut sumber itu, pegawai kanan menteri itu mula dijejaki selepas dakwaan bahawa dia memiliki hartanah hasil peranannya sebagai orang tengah dalam projek-projek bernilai jutaan ringgit.

Suspek dipercayai membeli kesemua hartanah menggunakan proksi.

Pengarah SPRM negeri, Latifah Md Yatim tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan tangkapan tersebut.Mstar/-

17 ulasan:

  1. duit ang pau untuk CNY kut tapi dari mana punca duit tersebut cash rm 2 juta dalm berbagai nilai...mesti ada tuanyer...gamaknya sebab itu Ahmad Said tak nak sambung tugas...pada amno tak heran rm 2 juta pada mereka itu hanya celah gigi.. itu baru kepunyaan SU politik...amno busuk macam bangkai hingga keusus

    BalasPadam
  2. Kalau tak merembat, jangan jadi orang umno la. Dah merembat baru sah jadi orang umno.

    BalasPadam
  3. Tudia baru setiusaha politik ada duit banyak tu kalau..........banyak mana tak tau la.

    BalasPadam
  4. kalau dari UMNO nama pun tak bagi tahu

    BalasPadam
  5. siapa lah agaknya gerangan boss nya tu yer?

    BalasPadam
  6. Fuh...2juta setiausaha politik punya angpaw! kalau bos dia mesti banyak lagi kot. patut le kontraktor tak berduit tak pernah dapat projek..

    BalasPadam
  7. ni mesti umno punya.. kalau PAS dah lama masuk surat khabaaaar!

    BalasPadam
  8. kalu mask umno x dpt juta2 lbh baik x pyh msk

    BalasPadam
  9. tu baru setpol ada 2juta baru 30thn bayangkan bos dia,bayangkan bos2 bos dia,bayangkan bos3 bos dia.........patut la kerajaan takdak duit depa ni sudah kebas songlap ,alfulus fi dunia wal mampus fil akhirat

    BalasPadam
  10. seburuk2 UMNO pun...ada juga pihak SPRM yg datang menyiasat...pembangkang,nak siasat ckit dah kecut kata mcm2 kat kerajaan persekutuan...sprm ejen UMNO lah dan mcm2 agi!
    masyaallah

    BalasPadam
  11. orang bodoh jer yg menyokong umno ubn nih...dah terang lagi bersuluh....

    BalasPadam
  12. ala pembangkang bukan kecut prut.masalah nya siasat benda yg xbuat pun.bg lembu kata rasuah.las-las tarik dakwaan.xda bukti. mcm BN.ingat sama sama dorang tu sama kepala ke.ada stengah tu xsuka ngan kwn sendiri pun ada. jd apa lg nak pelingkup member sendiri suruh SPRM dtg cekup.bereh...

    BalasPadam
  13. eleh brani sgt sprm kalu dh 2juta tngkp cubele sprm pg tngkp khair tyol 2 plk lbh lbh lg juta2 knp x tngkp wlpn dh ada pembkg buat laporn pd sprm knp2 x tngkp buat malu je

    BalasPadam
  14. so amacam org2 PR????
    SPRM dah siasat org menteri tu...
    SPRM xtelus lagi ke...
    kl org dia yg kena siasat dah gelabah mcm babi hutan dah...
    mesti dituduhnya SPRM agen kerajaan....
    mmg dasar pembangkan yg penuh dgn tipu helah belit membelit

    BalasPadam
  15. he monyet...tanpa nama.

    BalasPadam
  16. orang UMNO kecil wang banyak tu, kalau orang besar UMNO berapa bilion agaknya?

    BalasPadam
  17. Betulla wei. Itu baru setiausaha politik. Khir toyo buat rumah sampai juta2 beb. Kenapa tak siasat kalo betul SPRM tu telus. Setiausaha politik tu ikan bilis je. Jerung byk lagi bersepah dlm Umno tu. Kalo ikut gaji menteri berapa belas ribu je sebulan mampu ke nak buat rumah sampai berpuluh juta? Pastu tak mengaku. Piirahhh menteri2 Umno tuh...memang kaki rasuah. tak boleh pakai semua.

    BalasPadam