24 Februari 2010

Unik: Ceramah Maulidur Rasul di Surau turut dihadiri bukan Islam

9 Rabiul Awwal 1431H
http://bumiperak.blogspot.com/2010/02/ceramah-maulidur-rasul-di-surau-turut.html

IPOH 21 Feb 2010 Sukar untuk diterima akal dalam Ceramah Maulidur Rasul yang tajuknya berkisar tentang kemuliaan junjungan besar Rasulullah S.A.W dan keagongan sejarah Islam dihadiri bersama dengan beberapa orang bukan Islam termasuk Ahli Parlimen Gopeng, YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang.

Ceramah tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Rakyat Negeri Perak, YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin di Surau Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, Ipoh malam tadi.

Antara yang disampaikan Nizar apakah kewajaran serta nas dan dalil-dalil yang menegah penggunaan nama Allah oleh bukan Islam?. Sikap begitu mengundang umat Islam kepada perbuatan syirik kerana beriktikad adanya tuhan selain Allah dengan mengatakan Tuhan sebahagian insan lain itu bukan Allah. Bahkan ayat AlQuran yang pertama surah Al-fatihah menyatakan Alhamdulillahi Rabbul alamin (Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta)

Kelihatan YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah Surau selepas solat Fardhu Maghrib penuh teliti mendengar ceramah.

YB Dato' Seri Ir Nizar menjamu selera bersama wakil rakyat bukan Islam selepas ceramah disampaikan di Surau Taman Rapat Koperasi, Ipoh


14 ulasan:

  1. INI BARU SATU MALAYSIA. SEMOGA MASYARAKAT ALA MADINAH INI AKAN BERKEKALAN

    BalasPadam
  2. Syabas diucapkan pada YB Nizar dan YB-YB bukan melayu tersebut. YB Nizar telah berjaya memecahkan tembok fobia terhadap Islam oleh org2 bukan Islam.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...inilah suatu tarbiah yg dibawa oleh pihak PAS...
    tidak seperti puak2 UMNO,dah memerintah selama 50 tahun,tetapi x reti2 nak berdakwah kepada MIC,MCA...

    BalasPadam
  4. ini baru kaedah islam yang sebenar

    BalasPadam
  5. Niat pergi majlis bukan nak dengar ceramah.. niat sebab politik..

    BalasPadam
  6. Alangkah aman dunia ini kalau konsep Islam dapat difahami oleh semua manusia. Semuaga usaha anda diberkati Allah.

    BalasPadam
  7. Memang aman kalau konsep Islam difahami kepada semua manusia tetapi bukan dengan cara politik.Zaman dulu pun tidak ada politik tp mampu diterima oleh semua...Pelik???

    BalasPadam
  8. KEPADA tanpa nama 6:16AM dan 9:12AM
    Pergilee belajo-belajo sikit bab politik islam ni, jangan le duduk dan tepeghap dibawah ketiak ustaz UMNO yang selalu kata " politik tak boleh campur dengan ugama" - itu sebenonye ajaran sesat lagi menyesatkan yang tidak ditonjolkan.

    BalasPadam
  9. tahniah buat MB Rakyat .. perlu diperluaskan lagi, kenapa tak cuba di DUN Air Kuning

    BalasPadam
  10. FutureLeader2/24/2010 1:57 PTG

    kepada tanpa nama 6:16AM dan 9:12AM, kalau dulu tak ada politik. macammana negara Islam Madinah terbentuk... pegi balik buka kitab balik... Islam ada cara politiknya tersendiri, melalui hikmah, kebijaksanaan dan keadilan sejagat.

    BalasPadam
  11. niat politik pun kalau pegi dgr ceramah pun allah terima jugak..kalau ke sana tetiba mati pun niatnya sb nak dgr ceramah nizar tentang rasul dan kebaikan islam..kalau dgr ceramah najib tak dapat apa2 pun....

    BalasPadam
  12. (Tanpa Nama berkata...
    Niat pergi majlis bukan nak dengar ceramah.. niat sebab politik..)- sedarlah org yg kata macam ni , bukan islam di Malaysia dah mula ingin mengenali Islam.Tidak mustahil, kalau Allah takdirkan,bangsa lain di Malaysia akan memperjuangkan Islam,bangsa Melayu sendiri akan menyesal tak sudah. lihatlah sendiri akhlak generasi muda melayu(tak solat,tak menutup aurat dan jahil tentang agama). Mufti buat tak nampak ke..tak kan kejar harta aje..

    BalasPadam
  13. Dengar ceramah maulidur rasul biarlah niat kerana ASWT semata2. Kalaupun yg.bercakap tu orang politik UMNO ke PAS ke PKR ke....janji yg berceramah itu orang Islam yang arif kita dengarlah...kan dapt pahala....bukan cari bala....

    BalasPadam