01 Jun 2010

Dr Rani selamat, Jamuliddin dan wartawan Awani tidak diketahui

17 Jamadil Akhir 1431H.
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Semua rombongan rakyat Malaysia yang menyertai Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza selamat walaupun 16 dari anggota konvoi itu terbunuh dan lebih 30 cedera.

Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman dalam smsnya berkata beliau selamat dan kini kapal yang dinaikinya dipaksa berlabuh di Haifa.

Namun begitu, keadaan Timbalan Pengarah Yayasan Amal, Jamuliddin Elias belum diketahui lagi kerana tidak ada sebarang perhubungan dengan beliau. Setiausaha Politik MB Selangor, Nik Nazmi berkata, Jamuliddin berada di atas salah satu kapal dalam konvoi itu.

Lapan rakyat Malaysia disahkan berada dalam Mavi Marmara, kapal utama dalam flotila pro-Palesti yang diserang tentera Israel hari ini

Manakala itu, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan kini berada di Istandul dan sedang berusaha untuk menyertai penduduk tempatan Turki yang sedang berdemo menentang tindakan Israel terhadap konvoi damai itu.

Turut selamat adalah tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) iaitu Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan anggota parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria.

Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Namun begitu nasib dua wartawan Astro Awani tidak diketahui.

Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza.

"Kami telah mendengar mengenai IHH (kapal Turki). Rancangan sekarang adalah untuk terus maju dan berpatah balik sekiranya terdapat amaran daripada tentera Israel," katanya.

7 ulasan:

  1. alhamdulillah..
    muga semua selamat dan misi perjuangan diteruskan..kami doakan

    BalasPadam
  2. Sama-samalah kita berdoa semoga semua rakyat Malaysia selamat. Teruskan perjuangan. Kami sentiasa mendoakan keselamatan semua ....

    BalasPadam
  3. rakyat britain pn ade 30 org..saya sedg belajar di UK.juga ade tentangan hebat terhdp tindakan israel yang sungguh x berperikemanusiaan

    BalasPadam
  4. Diseru kepada pencinta keamanan dan masih ada perasaan cinta kepada saudara seislam, marilah kita berdoa mereka diberi kekuatan untuk meneruskan penyerahan bantuan kepada saudara seislam di palestin.

    BalasPadam
  5. Yahudi...tetap teguh pada kepercayaan agamanya..bahawa makhluk selain MEREKA..adalah HAIWAN..

    Tetapi ramai orang ISLAM tidak berpegang TEGUH pada tali QURAN dan HADITH..maka terimalah BALAnya..dari Allah SWT..

    BalasPadam
  6. Yang paling jahat adalah Mesir.. Yahudi memang laknat .. pasaipa tak buka sempadan.. tidak bantuan terus boleh bagi kepada Gaza.. Inilah bahayanya pemimpin otak APCO

    BalasPadam
  7. Mudah-mudahan yang pergi diberikan ganjaran syahid

    BalasPadam