16 Jun 2010

Berapa yang Khesvinder dapat ?

3 Rajab 1431H.


Berita sebelum ini saya petik dari berita pada 25 Februari 2009 sekitar 19 hari selepas berlaku rampasan kuasa di Perak, Khesvinder Singh bersama saya ke SPRM untuk melaporkan bagaimana dia cuba dirasuah dengan wang jutaan ringgit Malaysia supaya meninggalkan pakatan Rakyat menjadi bebas.

"IPOH: ADUN Malim Nawar, Yb. Khesvinder Singh sampai ke perkarangan pejabat suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi untuk membuat laporan rasuah terhadap pimpinan BN.

Laporan beliau pada hari ini adalah dipercayai sama dengan apa yang dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau setelah aduan pertama telah dilaporkan kepada SPRM oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Khalil Idham Lim.

Tindakan membeli ADUN Pakatan rakyat secara kotor dan jijik itu telah menumbangkan Kerajaan Negeri Perak Pakatan yang yang telah diamanahkan pada 8 Mac 2008 yang lepas.

Mereka berdua semasa berita ini ditulis masih berada di pejabat SPRM untuk memberi keterangan masing-masing kepada pegawai yang bertugas secara berasingan."

11 ulasan:

  1. jangan ditanya berapa adun itu dpt tetapi tanya apa yg PR buat sampai dia sanggup melompat tglkan PR..
    kata ada adun bn nk lompat..tup..tup...adun PR yang isytihar..malu betui..

    BalasPadam
  2. Anwar bijak membuat spekulasi untuk mengeluarkan musuh dalam selimut pakatan rakyat, tahniah... penting sebagai persediaan untuk PRU13

    BalasPadam
  3. Teropong Rakyat6/15/2010 3:10 PTG

    Alangkah murahnya jiwa-jiwa yang dapat dibeli ini. Makin kita bercakap tentang kredibiliti, makin terserlah kecurangan jiwa. Mata dan hati buta melihat wang yang ditabur di sekeliling kita

    BalasPadam
  4. Tahniah....kini terbukti yang UMNO Perak memang bermasalah. Sejak timbulnya isu 3 orang ADUN UMNO nak lompat, nampaknya Zambry open balik tawaran pembelian ADUN dari PR untuk selamatkan kedudukannya sebagai MB Perak. Hasilnya, berjaya gak mamat nie dibelinya. Apa pun, petualang dalam PR telah dikenal pasti & semoga petualang-petualang lain akan dapat diketahui siapakah mereka selepas nie...

    BalasPadam
  5. Tahniah PR yang telah berjaya mengeluarkan pengkhianat seterusnya.... spekulasi sebelum ini merupakan gimik terbaik agar segala saki baki katak dapat melompat keluar.

    BalasPadam
  6. kalau keluar PR dipanggil petualang kalau umno yg kena dipanggil malang. sekarang dah terbukti siapa yg petualang dan siapa yg malang..............

    BalasPadam
  7. Saya tak menyokong mana2 parti spesifik, tapi sikit hairan cara PR. Kenapa bila Adun PR lompat parti dikatakan dia dibeli tapi bila Chua Jui Meng lompat takde masaalah pulak? Bila kalah kata pengundi hantu, bila menang diam je? Respons PR yg stereotype membuatkan saya sangsi.

    BalasPadam
  8. ADUN -ADUN yg melompat parti itu sebenarnya telah memberi pengundi2 kawasan mrk peluang utk tidak lg mengundi mrk dlm pilihanraya yg akan dtg. Mrk diundi atas parti yg disokong oleh pengundi. Ttpi apabila mrk membelot, tiada lg lah undi utk mrk pd masa akan dtg. Trm ksh.

    BalasPadam
  9. duit rakyat habis coz beli adun PR...HEHEHE

    BalasPadam
  10. Mengikut kenyataan di TV YB Malim Nawar sebab beliau keluar PR kerana tiada pembangunan dapat dilakukan di kawasannya. Rasanya lebih afdal dan LEBIH BAIK DAN BERMANAFAAT kepada penduduk Malim Nawar sekitarnya beliau dengan IKHLAS dalam perjuangan membela pengundi (rakyat) dengan meletak jawatan sebagai Adun. Adakan PRK. Telah terbukti rakyat akan LEBIH MENIKMATI PEMBANGUNAN DAN FAEDAH DAN KESELESAAN di mana-mana tempat pun yang diadakan PRK.

    BalasPadam
  11. macamana ye..bila kata ada adun UMNO nak lompat, tiba-tiba adun kita pula yang lompat dulu. Dulu adun depa lompat dulu. Bila dia berpatah balik dia tarik 2 adun kita pula. Ya tolong beringat...ada perancangan jahat mereka.

    BalasPadam