06 Ogos 2010

BENGONG - TUN MAHATHIR PUN TAK FAHAM `1 MALAYSIA' ?

24 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

KITA selama ini ingat rakyat biasa sahaja yang tidak tahu apa bendanya `1 Malaysia' itu. Rupa-rupanya mantan PM Tun Mahathir pun tidak tahu apa kejadahnya `1 Malaysia' yang dihebohkan sangat oleh pentadbiran Najib.

Jika sudah Tun Mahathir yang bijak pandai itu tidak tahu apa itu `1 Malaysia', usah ditanya pada Ketua-Ketua Umno Cawangan beserta semua JKKK di kampung-kampung. Ini diakui sendiri oleh TPM Muhyiddin. Melucukan.

Melucukan bila Tun Mahathir berkata, jika ditanya pada orang Melayu apa itu `1 Malaysia', mereka akan memberi jawapan yang berbeza pula dengan jawapan orang berbangsa Cina dan India. Belum lagi ditanya masyarakat yang menetap di Sabah dan Sarawak. Lagi parah, jawabnya.

Itu bukan sahaja menandakan kegagalan konsep `1 Malaysia', tetapi cukup untuk membuktikan satu kegagalan Najib. Dasar yang sepatutnya lebih difahami terlebih dahulu oleh orang yang cerdik pandai seperti Tun Mahathir, nampaknya begitu membingungkan Tun sendiri. Justeru itu, apa sangatlah mahu diharapkan kepada rakyat biasa.

19 ulasan:

  1. memang bengong dan membengongkan orang melayu

    BalasPadam
  2. Inilah UMNO..pembawa dasar "BANGANG"
    DULU..BERSIH CEKAP AMANAH..
    lingkup habis..sampai duit anak yatim pun depa sapu..
    LEPAS TU..ISLAM HADHARI..
    linkup habis..sampai ada orang UMNO bunuh diri
    LA NI..1MALAYSIA..
    lingkup habis...TOKDET sampai BENGONG..
    LEPAS NI..APA PULAK?????

    BalasPadam
  3. 1Malaysia ialah peringatan buat Najib..
    Rosmah suruh buat tu..dia nak laki dia "INGAT" dalam apa isu pun semua kena "1" .
    Agak2 TUN bole faham dah kut..

    BalasPadam
  4. 1 malaysia kena tipu dengan najib dan rosmah

    BalasPadam
  5. 1 malaysia kena tindas UMNO dengan saman ekor

    BalasPadam
  6. 1 malaysia nak ditipu UMNO dan pemuda UMNO yang pandai berlakon dan bersandiwara

    BalasPadam
  7. 1 malaysia disuruh sokong UMNO supaya UMNO boleh perintah dulu, kini dan selamanya sambil makan rasuah dan seleweng wang rakyat

    BalasPadam
  8. 1 malaysia diminta sokong kenaikan harga minyak dan barangan supaya UMNO boleh tipu dan perintah lagi

    BalasPadam
  9. 1 malaysia kena bayar insuran mahal kerana UMNO ada kepentingan dalam syarikat kewangan, nak cari wang dari rakyat untuk Pilihanraya UMNO?

    BalasPadam
  10. 1 Malaysia apa,orang Melayu sekolah melayu,orang cina sekolah cina,orang India sekolah India.Tidak macam diIndonesia dan Thailand,semua bangsa dan agama bersekolah disekolah yang sama.Sbb itu rakyatnya hidup harmoni.Berlainan diMalaysia,lepas SPM/STP baru
    berjumpa diUniversiti.Disinilah nampak keburukan sistem persekolahan,3 bangsa ini berpuak2 dalam darjah/kuliah.Itu belum lagi di
    tempat kerja selepas tamat pengajian.Mana 1 Malaysianya.Pandangan saya,wujudlah semula satu sekolah macam tahun 50an dan 60an dulu.Kami mesra antara satu sama lain.Jangan
    politikan isu pelajaran,habis cerita.

    BalasPadam
  11. 1 malaysia rakyat kena bayar pelbagai perkara untuk biayai wang pentadbiran dan pengurusan kerajaan BN, kerana wang negara sudah habis diboros UMNO.

    BalasPadam
  12. 1 malaysia kena bala saman ekor, kenaikan harga minyak, gula dan sebagainya kerana pengundi Bagan Pinag dan Hulu Selangor serta MP PKR bebas menyokong UMNO, jadi bodoh lagi, rakyat yang susah

    BalasPadam
  13. UMNO hanya pencipta slogan tapi penindas rakyat

    BalasPadam
  14. kalau mahathir tak faham orang UMNO pun tak faham, hanya angguk faham saja, maklumlah orang UMNO hanya kuda tunggangan najib

    BalasPadam
  15. ALLAH TUHAN YG SATU8/05/2010 11:03 PTG

    SALAM,
    DRPD DUK INGAT 1MALAYSIA, BAIK INGAT PD ALLAH YG 1, DPT JGK KETENANGAN...

    ASYIK DUK INGAT 1MALAYSIA..1MALAYSIA... BENG BENG KENA 1PELURU/1C4...TAK KE SEDIH 1MALAYSIA. KALU INGAT 1 ALLAH, TAK MUNGKIN TERJADI TERKENA 1PELURU/1C4 TU...

    INGAT PD ALLAH YG 1, PAHALA DPT, KETENANGAN PON DPT...TAK DERLAH JADI TAMAK MCM UMNONGOK...

    P/S : HITLER TELAH MEMPERKENALKAN SLOGAN YG ADA 1 JUGAK PD MASA SEBELUM PERANG DUNIA KE-2, ...SELEPAS TU, PARTI DIA HANCUR, NEGARA DIA LINGKUP, DIA BUNUH DIRI....:

    1FOLK 1REICH 1FUHRER...

    ADAKAH MALAYSIA/UMNO AKAN SENASIB HITLER AKIBAT PERKENALKAN SLOGAN YG ADA NOMBOR '1' INI???

    SEBAGAI INGATAN KEPADA SEMUA YG TAKSUB GILA DGN 1MALAYSIA....!!!!

    BalasPadam
  16. Falsafah kosong, dulu bersih, cekap, amanah, habis semua (mahkamah, polis, spr, dll agensi) punah ranah,

    lepas tu islam hadhari, habis duit negara dibawa lari,

    kini 1 malaysia, bini mengucing, laki menikus. anak-anak jadi macam bohsia.

    inilah falsafah yang dibawa oleh pemimpin umno, tak banyak faedah untuk rakyat. 'big mama didahulukan, keperluannya diutamakan'.

    BalasPadam
  17. najib pandai2 sj buat sloga 1 malaysia..skrg apa jd? dulu muhyidin Yassin pun tak brpa setuju, sekarang mantan pm lg x faham.sakit/bingung najib.terpaksa cuti2. tenang2..atau ke Perancis merisik cerita Bala sbb namanya dan rosmah trlibat dgn kes altantuya..Tun M bukan apa, dia mau najib letak jawatan..muhyidin yassin jadi PM..anaknya Mokriz faham2 lah msti timbalan pm..percaturan tun M jarang terpesong,melainkan mengena!! ceng..ceng..

    BalasPadam
  18. walau apa pun keadaannya kita mestilah tepuk dada tanya iman
    jangan ikut kata hati untuk menyedapkan telinga dan memuaskan nafsu sendiri. berfikirlah secara positif kerana setiap yang dilakukan adalah di bawah penilaian Allah. Peliharalah keagungan agama Islam.

    BalasPadam
  19. 1malaysia kena tipu!

    BalasPadam