14 Ogos 2010

Resepi Buah Melaka

3 Ramadhan 1431 H
Oleh: newsfowarder


Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
Jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka(parutkan)
1/2 biji kelapa muda parut.
Garam secukup rasa.

Cara menyediakan:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan bebola pulut tadi.
5. Bila kueh timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
6. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam dan hidangkan.

2 ulasan:

  1. resepi tumbangkan UMNO juga patut disiarkan, rakyat dah meluat dengan UMNO

    BalasPadam
  2. Resipi nak tumbangkan Umno:

    1 liter Usaha yg gigih
    8 sudu Doa
    1/2 Munajat
    5 solat jemaah
    100% iman dan taqwa
    Cara masak

    Didihkan doa dengan usaha yg gigih selama mana yg anda mahu,

    Masukkan Munajat sebanyak yg anda suka, kalau lebih lagi bagus

    Hiaskan dengan Solat Jemaah

    Kalau nak elok lagi tambahkan ilmu secukup rasa

    BalasPadam