28 September 2010

Latar belakang ringkas DUN Galas.

18 Syawal 1431H.

Dun N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan petiundi majoriti Orang Asli, 2 kawasan peti undi majoriti Cina dan 5 kawasan petiundi majoriti Melayu, menjadikan jumlah kawasan petiundi kesemuanya 13.

Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas Chek Hashim Sulaima mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.

Tiga kategori kawasan iaitu kawasan kampung tradisional termasuk setinggan, kawasan bandar termasuk kawasan perumahan dipinggir bandar yang didiami oleh golongan pertengahan, manakala kawasan yang ketiga pula ialah kawasan kampung orang asli.

Dun Galas merupakan pusat pentadbiran Parlimen Gua Musang yang sekarang ini sedang berkembang pesat. Walaupun kawasan ini bukan merupakan bandar industri, tetapi kawasan ini lebih popular sebagai bandar transit, dimana ia merupakan pintu masuk dari pahang melalui Kuala Lipis, dari Perak melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Cameron Highland, dari

Sementara itu pada PRU ke 11 tahun 2004 Calon dari BN Mohamad Saufi Deraman mendapat 4148 undi telah mengalahkan Calon PAS Chek Hashim Sulaima yang mendapat 2455 undi. majoriti 1729 undi .


11 ulasan:

  1. pas kalah.insyaallah.

    BalasPadam
  2. semuga pengundi di dun galas lebih cerdik dari saudara walaupun mereka orang asli....insyaAllah calon PAS akan menang/namun yang pasti Gua Musang akan dilonggokkan dengan berbagai gula-gula oleh BN...

    BalasPadam
  3. hidud pas...takbik!!!!!
    insyaallah rakyat tolak umno
    dan pas kekal di dun galas...

    BalasPadam
  4. hidup pas,takbir!!!!!
    insyaallah rakyat akan tolak umno
    di dun galas,saya berdoa semoga
    pas kekelkan kerusi tersebut...

    BalasPadam
  5. Saya taklah menyebelahi mana-mana ; tetapi berdasarkan pengamatan saya PAS boleh menang di Galas kalau calon nya nanti sahsiahnya sepertimana Allahyarham juga.UMNO akan bungkus, lagipun Ku Li tak rapat lg dengan UMNO Pusat. Apapaun faktor calon nanti jadi penentu ...mcm di Manek Urai tempoh hari.

    BalasPadam
  6. InsyaAllah Pas akan menang dengan mejoriti yang besar. Allhu Akbar.

    BalasPadam
  7. InsyaAllah saya doakan PAS akan menang dengan mejoriti yang besar. Allahu Akbar

    BalasPadam
  8. Hulur...... Hulur..... Hulur......
    Tak hulur mano bolih monang....

    Susah boto nak tukar kalor hijau jadi biru balik
    Poning kepalo den

    BalasPadam
  9. insyallah,pas akan mngekalkn kerusi dun galas.

    BalasPadam
  10. pandangan KU LI tentang Royalti
    BN Sendiri tak ambil peduli
    Makin Hampir Hari Mengundi
    Carilah Jawapan Kepada Pengundi

    BalasPadam